Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:
Wednesday, September 30, 2009
Tuan Guru Nik Aziz: Istilah Akidah Umno
Hasilkerja oleh wohulu at 22:59 0 comments
Labels: copy-paste, politik
Giliran Obama Pula Iktiraf Islam Hadhari
PakLah dan negara pernah dibanggakan dengan pengiktirafan George Bush terhadap Islam hadhari. Siapa pengasas gagasan Islam hadhari yang membenamkan pentadbiran kerajaan Pas di Terengganu jika bukan PakLah. Majoriti rakyat Ganu terpengaruh dengan kosmetik Islam hadhari yang konon menerajui Umno kearah Islamisasi, sebaliknya membawa malapetaka terhadap masalah sosial yang semakin meruncing dalam persekitaran budaya rakyat Ganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Negara AS, James B. Steinberg kepada beliau dalam kunjungan ke pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Menurutnya, Obama turut berharap Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.
"Pada asasnya mesej daripada pentadbiran Obama adalah mereka mahu menjalin hubungan produktif dengan negara ini.
"Mereka juga menyatakan bahawa Malaysia begitu progresif dan memastikan kesederhanaan dalam mengamalkan nilai-nilai Islam," katanya.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:04 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
Non-Malayu Lebih Reti Bahasa
Setelah lebih 50 tahun diperbodohkan oleh Barisan Nasional, disuap dengan rasuah ekonomi serta pembangunan, kini non-Malayu telah mula membuka mata mencelikkan hati bahawa semua sogokkan itu sekadar hiasan semata. Sekarang mereka lebih terarah untuk mencari keadilan dan kebajikan sebagai resam hidup. Bukan lagi material semata.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:52 0 comments
Labels: BN, kedai kopi
Takziah Buat Sahabat
Terkejut isteriku bila dimaklumkan padanya bahawa KakDa telah pulang ke rahmatullah. Terkedu dia. Pada raya ke-4 kami sempat mengambil peluang untuk beraya sambil melawat beliau di Kg Tebing Tembah. Rupanya itu adalah pertemuan terakhir kami dengannya.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:26 0 comments
Labels: keluarga
Saturday, September 26, 2009
Janji Munafiq: Mana Baki Wang Royalti
Aku memihak pada AbgMad sebagai rakyat Ganu yang berhak menuntut hakmilik kita yakni pitih royalti untuk rakyat Ganu. Bukan menyokong beliau atas dasar politik atau jauh sekali sokong Umno, takde selera langsung dengan Umno, ibarat kalau sedang menelan makanan pasti akan terluah balik a.k.a. muntah.
Hasilkerja oleh wohulu at 08:01 0 comments
Labels: Terengganu, video
Friday, September 25, 2009
Bila KULPRIT Bersuara
Kata P.Ramlee ; Eloklah tu..Penyamun menipu Penyangak (3 Abdul)
Hasilkerja oleh wohulu at 12:20 0 comments
Labels: BN, copy-paste, krisis
Exco Baham Pitih, MB Terkapur
Sangkaan ramai bahawa MB Ahmad tiada sokongan langsung dari Umno Pusat semakin nyata. Antaranya ialah kerisauan AbgMad untuk membubarkan DUN bukan disebabkan beliau takut kalah jika diadakan PRK Terengganu tetapi beliau lebih arif terhadap dendam puak Deris yang pastinya menghasut Hishamah untuk menyingkirkan semua kroni AbgMad dari bertanding.
KUALA NERUS – Kegelisahan rakyat dan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh semakin bertambah, apabila disana sini kedengaran cakap-cakap yang wakil Rakyatnya tidak lagi ’cakna’ rakyat.
”Rata-rata rakyat DUN Tepoh sekarang rasa, YB tidak lagi seperti dulu, sewaktu penggal pertama menjadi wakil rakyat,”kata seorang ahli Umno yang ditemui Buletinonline.
Malah, yang paling malang bagi YB Ramli Nuh, ada tuduhan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang sebok mengumpul harta bernilai jutaan ringgit.
Ahli Umno dan pengundi DUN Tepoh yang tidak mahu dikenali itu mempersoalkan, bagaimana dalam masa dua penggal sahaja, Ramli boleh membeli 3 lot tanah dan merancang membina sebuah rumah baru.
”Mu beli tanah RM500,000 dan nak buat rumah RM500,000, ambil pitih mana,”soal ahli Umno tersebut yang ditujukan kepada ADUN Tepoh terbabit.
Hasilkerja oleh wohulu at 12:00 0 comments
Labels: BN, korup, Terengganu
Rasuah Suatu Budaya
Hasilkerja oleh wohulu at 00:09 0 comments
Labels: BN, copy-paste, korup
Wednesday, September 23, 2009
Jauh DiMata Jauh Jua DiHati
Dua majlis raya berasingan oleh dua pimpinan terperasan sohor Ganu lening. Sorang di Besut manakala sorang lagi di Kuala Terengganu. Dok belaga angin. Sorang kepala angin sorang lagi mudah naik angin.
Pada majlis raya pertama itu, pelbagai juadah tradisional dihidang kepada para tetamu dan Menteri Besar juga menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
deris jusoh
Lebih 5,000 orang ramai membanjiri rumah terbuka Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh di kediamannya di Jertih, Terengganu, semalam.
Rumah terbuka pada hari raya kedua ini yang disambut secara sederhana tetapi meriah bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.
Hasilkerja oleh wohulu at 01:09 0 comments
Labels: BN, copy-paste, Terengganu
Tuesday, September 22, 2009
Hanya 27 ada sijil halal
Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.
Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.
Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.
“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.
“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.
Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.
“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.
“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.
Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.-utusan.
Hasilkerja oleh wohulu at 08:21 0 comments
Labels: copy-paste
Kerajaan Terengganu beroperasi tanpa sokongan majoriti
KUALA TERENGGANU, Sept 20 — Krisis politik Terengganu dilihat semakin runcing apabila beberapa usaha termasuk lawatan khas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Perhubungan Datuk Hishamudin Husein gagal menampakkan hasil positif untuk memulihkan keadaaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana semakin jelas beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam dewan berkenaan. "Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa perbalahan antara kumpulan Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya jelas menunjukkan krisis ini amat serius," kata jurucakap PKR Terengganu, Hashimi Datuk Haji Abbas dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Bagi menghormati amalan demokrasi kata beliau, kerajaan negeri tidak lagi layak untuk terus mentadbir dalam keadaan Menteri Besar hanya disokong oleh segolongan minoriti ahli dewan undangan negeri. Menurut beliau, kumpulan penyokong Idris yang terdiri lebih 12 ahli dewan jika dicampur dengan ahli dewan daripada PAS jelas telah menafikan majoriti penyokong Ahmad Said dalam DUN. "Kita yakin keadaan ini dari segi semangat demokrasi akan menjadikan kerajaan berjalan dalam keadaan tidak sah dan bercanggah dengan kehendak rakyat," jelas beliau. Krisis politik Tergengganu tercetus dengan desas desus sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan melompat menyertai pembangkang. Tindakan kumpulan itu dkatakan tidak menjadi kenyataan kerana pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak positif dengan pelan berkenaan. Bagaimana pun Harun menafikannya kerana tidak ada sebarang perbincangan mengenainya. Perkembangan terakhir di mana Muhyidin Yasin membuat kenyataan bahawa krisis politik Terengganu hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya menimbulkan persoalan baru bahawa pihak yang menentang Menteri Besar serius untuk mengambil tindakan drastik. Tinjauan MI di sekitar Terengganu menunjukkan kain-kain rentang ucapan selamat hari raya di kawasan dikuasai kumpulan anti Ahmad Said tidak meletakkan gambar menteri besar itu besama ADUN. Adun Kuala Besut misalnya meletakkan gambar beliau bersama dengan Idris Jusoh bukannya Ahmad Said. Ia dilihat satu keganjilan walaupun Idris adalah ketua bahagian Umno Besut.
Hasilkerja oleh wohulu at 01:10 0 comments
Labels: BN, copy-paste, Terengganu
Saturday, September 19, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Hasilkerja oleh wohulu at 11:28 0 comments
Friday, September 18, 2009
Haram Tetap Haram Walaupun 10sen
KUALA NERUS – Rasuah boleh dihapuskan sekiranya al-Quran dilaksanakan dalam masyarakat kita kerana sejarah membuktikan al-Quran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW memecahkan radisi jahiliyah dan menyelesaikan masalah sosial yang begitu parah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata rasuah begitu berleluasa berlaku dalam Negara kita.
Hasilkerja oleh wohulu at 15:20 0 comments
Labels: copy-paste, video
Thursday, September 17, 2009
RON95: Korek Hidung Lagi Best
Sejak hari pertama RON95 berada di pasaran, tangki kereta aku dah dipam isi dengannya. Bukan sebab ia penjenamaan semula tapi sebab ia murah. Dalam sesingkat waktu itu aku sekadar menerewang disekitar bandar Dungun sahaja maka tidaklah ketara aku merasai perbezaan kualitinya dengan RON97.
Hasilkerja oleh wohulu at 22:40 0 comments
Labels: ekonomi, kedai kopi, travel
Wednesday, September 16, 2009
Melayu Dapat Sikit Cina Dapat Banyak
Kisah benar pembahagian wang ihsan @ duit raya disekitar cawangan Kg Nibong Stesyen Dungun baru-baru ni. Diberitakan kesemua orang Melayu yang layak menerima sebanyak RM300 hingga RM400 sekeluarga. Bukan sahaja di Nibong Stesyen malah di Dungun mungkin seluruh negeri Terengganu. Itulah nilai popular.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:55 0 comments
Labels: BN, kedai kopi, korup
Tuesday, September 15, 2009
Dulu Khalifah Kini Pariah
"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".
Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".
Hasilkerja oleh wohulu at 23:35 0 comments
Labels: kedai kopi, pemimpin
Sentuhan Hikmah Pas
Syukur Alhamdulilah. Pas semakin memberikan asakan kepada Umno dengan mendepani masalah insan-insan terpinggir dilorong gelap belakang Pejabat Pas.
Hasilkerja oleh wohulu at 08:42 0 comments
Labels: copy-paste, Pas, society
Manusia Berbulu Musang
Pelik bunyinya. Dunia akhir zaman ni tak mustahil sesuatu yang pelik akan muncul. Kita familiar dengan peribahasa Musang berbulu ayam. Dalam dunia manusia yang tak reti bahasa ni pulak kita ada pepatah petitih baru yakni Manusia berbulu musang.
Hasilkerja oleh wohulu at 07:57 0 comments
Saturday, September 12, 2009
Najib Baru Sedar Rupanya Kaki Jejak Ke Tanah
Aku fikir dah terlambat untuk Najib sedar. Sewaktu dia melaungkan Melayu Glokal dulu pernah tak dia berfikir bahawa tidak selamanya Umno/BN akan menongkat langit. Kini Najib dan konco-konco komponen BN nya mula dilanda igau dan takut pada bayang sendiri.
"Rakyat sudah membuka pemikiran. Untuk menjadi parti terus relevan, kita mesti mempunyai hubungan dengan rakyat, mempunyai sentuhan dengan rakyat. Sekiranya ada sentuhan, kita akan mendapat sokongan," katanya.
Hasilkerja oleh wohulu at 22:54 0 comments
Mahaguru SamiBellu Bisa Berbisa
Sepeninggalan ayohPin terus SamiBellu ambil alih kerajaan langit. Kaalu dalam hirarki ulama Islam gok SamiBellu ni jatuh taraf wali lah. Wali India. Tak caya cuba korang tengok pada hari perayaan Hindu berapa calit 'line' kat dahi dia.
Hasilkerja oleh wohulu at 22:23 0 comments
Friday, September 11, 2009
At-Tarawikh Wal Henpon
Semalam aku ada sikit bengang dengan mamat kat sebelah sewaktu sembahyang sunat Tarawikh. Pada awal sembahyang Isyak aku dak perasan fe'el budak ni. Bukan nak cakap aku ni perfect dan sembahyang aku Allah terima tapi fe'el budak tu patut kita jadikan sempadan.
Hasilkerja oleh wohulu at 14:45 0 comments
Labels: kedai kopi, pedoman
Kalau Camni Bila BN Nak Kalah?
Kecuali dengan izin Allah Umno/BN tetap akan kalah akan musnah dan hancur. Tetapi melihat pada fakta dan realiti berkaitan dengan korupsi pengurusan SPR pastinya aku menjangka jauh lagi untuk Pas/PR menang di Bagan Pinang.
"PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya double standard dalam melayani pengundi-pengundi pos di seluruh negara berbanding pengundi biasa," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.
"Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.
"Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi."
Pengerusi suruhanjaya itu berkata Borang Lampiran 2 tidak akan dimansuhkan kerana prosedur itu mengikut undang-undang dan butiran peribadi termasuk nama, nombor MyKad dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos tidak pernah didedahkan.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:55 0 comments
Labels: copy-paste, politik, PRK
Wednesday, September 9, 2009
Suruhanjaya Pembunuh Pun Ada?
Semakin kukuh bukti bahawa Sprm adalah agensi pembunuhan rakyat terbaru. Kes Teo beng Hock masih tergantung dan akan terus sebegitu digantung sepertimana kes Altantuya yang hakikatnya tiada penghujung.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:32 0 comments
Labels: copy-paste, krisis, politik
Kalau Padi Katakan Padi, Tidak Umno Tertampi-Tampi
Hasilkerja oleh wohulu at 15:57 0 comments
Labels: copy-paste, politik, UG
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...