Tuesday, February 1, 2011

RON97 Naik Lagi: Terimakasih Pada Kebodohan Sendiri

Apalah nak jadi kepada puak gerombolan ni, sampai sudah tak reti-reti dan tak faham-faham. Mati-matian mempertahankan kedustaan dan retorikan pemimpin bangang mereka. Takkan sampai pasir masuk dalam mulut pun baru nak kelih cahaya kebenaran, sudah terlewat sahabat, tatkala mungkar nakir mengajukan soalan subjektif nya.


Kemenangan di Tenang menghidangkan satu lagi episod bangang kepala pemimpin gerombolan. Rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RON97 lagi 10 sen menjadikannya RM2.50 seliter. Bn-umno-apco apa nak takut. Walau macam ni sekali tekanan dan kezaliman yang mereka kenakan ke atas rakyat marhain, tetap gerombolan jahiliyyah menang juga. Peratusan rakyat Malaysia yang buta hati, baghal, bodoh piang dan sombong masih ramai mengatasi mereka yang celik cerdik.

Tahniah rakyat Tenang!! Tapi hatimu kering kontang. Matamu pasti akan bergenang...

RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

2 comments:

joecharlie said...

ALAMAK RON97 naik SEPOSEN AJA?NI KAN UNTUK KETA DAN MOBIL BAPAK-BAPAK KAYA RAYA YANG SONGLAPKAN TABONG ANAK YATIM JANDA MERANA MEMALI DAN PITIH KOHILAL RON 95 UNTUK MOTO DAN KETA MURAH AJA MEMANG CELAKO CELAKO CELAKO PUAK PAS, DAN memang hamPAS DEMO WEH LADANG RAKYAT BUKAN UNTUK OGANG ASLI DAN PENDUDUK TEMPATAN.

wohulu said...

tahniah joe kerana menjadi pengampu Barang Naik yang terbaik..

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET