Wednesday, February 23, 2011

Imtiaz Antarabangsa

Kalau idea yang molek, aku takde masalah nak angguk, kita pakat sokonglah. Demi kebaikan anak-anak kita juga, demi masa depan mereka. Baguslah kalau kerajaan MadSaid terfikir nak advance kan Imtiaz. Pasti Deris bangga sebab Imtiaz ni bekas tangan dia.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri akan mewujudkan Sekolah Imtiaz Antarabangsa dalam usaha memenuhi permintaan tinggi daripada pelajar luar Terengganu dan negara asing untuk mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, berkonsepkan sekolah internasional lain, Imtiaz Antarabangsa dijangka beroperasi di Kompleks Imtiaz, Bukit Keluang, Besut awal tahun depan.

Menurutnya, penubuhan sekolah itu adalah wajar kerana setiap tahun, Yayasan Terengganu (YT) menerima lebih 2,000 permohonan pelajar untuk memasuki SM Imtiaz, sedangkan tempat yang disediakan amat terhad.

“Setiap tahun, kita terima banyak permohonan tapi hanya 400 pelajar yang akan diterima dan daripada jumlah itu 90 peratus adalah rakyat Terengganu, manakala selebihnya pelajar luar sama ada dari negeri lain atau negara luar.

“Tempat terhad ini menyebabkan ada pihak luar memberi cadangan kepada kita supaya mereka diberi peluang mengikuti Imtiaz swasta dan atas idea ini, YT berhasrat mewujudkan Imtiaz Antarabangsa agar orang luar turut mendapat tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog antara beliau dengan media yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, kelmarin.

Beliau berkata, selain dapat memenuhi permintaan pihak luar, penubuhan Imtiaz Antarabangsa juga mampu menjana pendapatan kepada pengurusan sekolah itu yang sebelum ini 100 peratus bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri turut bangga kerana SM Imtiaz mendapat tempat di hati orang luar sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan Terengganu memperkasakan bidang pendidikan bagi melahirkan ramai cendekiawan.

“Imtiaz Antarabangsa akan dilaksanakan di Kompleks Imtiaz yang boleh menampung 1,000 orang pada satu masa bersama Imtiaz Besut dan ia menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

“Dalam merealisasikannya banyak proses yang perlu dilakukan termasuk mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan jika berjaya, kita akan mulakan dengan pelajar Tingkatan Satu pada awal tahun depan,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET