Tuesday, February 8, 2011

BN Konar Baring: Kalau Telus Takde Rasuah

Macam lah orang tak tau. Dah Lama dahh... Kerja gerombolan ni kalau tak makan duit haram tak senang duduk, panas je punggung. Maklum la bunga-bunga neraka tu makanan depa kat atas dunia ni. Kita rakyat biasa ni walau melalak sekuat sepower mana pun tak maunya pemimpin gerombolan mendengar dan ambil iktibar. Mau nya diseret pulak para pelapor kerja serong gerombolan ni ke penjara. Begitulah selagi rakyat tak sedar selagi itulah rakyat dikepalai oleh lanun.

Hilang jutaan ringgit setahun

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kerajaan rugi berjuta-juta ringgit setahun kerana tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara wajib.

Kebanyakan pesara berkenaan masih mampu untuk bekerja dan mereka sebelum ini telah mendapat banyak pengalaman sama ada di dalam dan di luar negara setelah lebih 20 tahun berkhidmat dengan pihak tentera.

Contohnya, kerajaan terpaksa menggunakan kepakaran asing untuk membaiki dan menaik taraf sistem elektronik peralatan ketenteraan sedangkan ramai bekas anggota ATM yang mampu melaksanakannya pada harga yang jauh lebih murah.

Pengarah Urusan Tronomatic Elektronic Systems Designer Sdn. Bhd. (Tronomatic), Jayah Said berkata, kerajaan dapat menjimatkan hampir 90 peratus kos membaik pulih sistem elektronik ATM jika menggunakan kepakaran tempatan.

Menurut beliau, hampir 90 peratus daripada jurutera Tronomatic terdiri daripada pesara ATM dan berkepakaran mengendalikan sistem elektronik lebih 20 tahun.

“Mereka dilatih di luar negara dan mempunyai pengalaman luas tentang peralatan ATM. Oleh itu tidak menjadi masalah kepada mereka untuk membaikinya.

“Ketika ini, kerajaan terlalu bergantung kepada syarikat asing untuk melakukan kerja-kerja berkenaan dan kos yang perlu ditanggung sangat besar selain memakan masa yang terlalu,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Jayah yang juga Yang Di Pertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Perak berkata, daripada aspek keselamatan, sesebuah negara yang mampu mengawal sepenuh sistem pertahanan akan menyukarkan pihak lain untuk menganggu gugat kekuatannya.

‘‘Kita akui negara sememangnya terpaksa membeli sistem elektronik dari luar tetapi kerajaan tidak perlu lagi bergantung kepada pengeluar sistem itu selepas tamat tempoh jaminannya.

“Perkara ini dilakukan banyak negara apabila mereka menaik taraf sistem ini menggunakan kepakaran tempatan untuk memastikan keselamatan sistem berkenaan dan kos baik pulih lebih efektif.

“Tronomatic misalnya mampu menawarkan perkhidmatan sehebat syarikat asing tetapi pada kos yang lebih rendah,’’ jelas beliau.

Jayah berharap kerajaan dapat memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk membuktikan keupayaan mereka.

Tronomatic merupakan salah sebuah syarikat tempatan yang terlibat dengan projek pembinaan empat buah Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPV) yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) iaitu Kapal Diraja (KD) Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan yang terakhir KD Selangor yang ditauliahkan pada 28 Disember tahun lalu.

Jayah berkata, syarikat tempatan telah membuktikan keupayaan mereka membina kapal perang menggunakan kepakaran tempatan jika diberi peluang.

Selain projek NGPV, Tronomatic turut terlibat dalam beberapa projek lain dengan syarikat terkemuka antaranya Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dan beberapa buah universiti tempatan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan Tronomatic adalah membaik pulih peralatan elektronik, pembangunan perisian bersepadu (GUI), pembangunan serta menaik taraf sistem komersial serta ketenteraan dan mereka semula sistem elektronik.-meloya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET