Sepatutnya rakyat Ganu Kite 15 tahun dulu semua dah senang lenang dan tiada yang masih papa kedana. Hasil mahsyul emas hitam berbillion ringgit dari perut bumi Terengganu jika disalurkan atau dibelanjakan dengan betul dan berhemah telah lama meningkatkan taraf hidup serta mengurniakan kemewahan kepada rakyat 'Kuwait Kecil' ini.
Kalau tidak semewah rakyat Brunei pun, andai 50% sahaja daripada kesenangan sebegitu tempias kepada rakyat Ganu rasanya sudah memadai. Kita pun bukanlah menagih hak kita secara melampau tetapi sekurang-kurangnya kesamarataan dan keadilan dalam pengagihan khazanah emas hitam tersebut yang dituntut.
Malangnya sejak dari awal hasil berbillion ringgit kurniaan Allah Taala itu jatuh ketangan puak lanun darat Umno-Apco dan diratah secara rakus oleh kepala-kepala lanun laknat. Rakyat ternganga melihat kedurjanaan sedemikian rupa, sekadar berupaya menjamah cebisan-cebisan atau sisa-sisa basi si lanun laknat.
Begitulah nasib malang kita rakyat Ganu diperkotak-katikkan oleh mereka setan yang bangang. Terkini kerajaan AbgMad mengumumkan peruntukkan 15 billion ringgit untuk memajukan Ganu Kita.
Persoalannya 'benarkah ia?' atau 'sekadar retorik cuma?'. Sedangkan permohonan orang kampung untuk sebuah padang bola pun terpaksa memakan masa bertahun lamanya.
Aku terbaca slogan pada baju dipakai oleh seorang yang 'hilang ingatan' iaitu "Biar Orang Nampak Kita Selekeh Gila Asalkan Bijak Daripada Macho Tetapi Bangang"...
Mengemis jadi kegiatan ‘darah daging’
Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu, Norazaman Ab Manaf berkata, rahsia itu diketahui hasil soal siasat dilakukan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini.
“Sebahagian besar individu diselamatkan adalah terdiri daripada penghuni di Taman Rahmat, Pulau Kerengga yang sememangnya telah pun mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM300.
“Apa yang menyedihkan, mereka mendakwa melakukan kegiatan mengemis di bawah pengetahuan ahli keluarga dan bagi yang sudah berumah tangga, mereka menyatakan anak yang membantu menghantar ke lokasi tumpuan orang ramai bagi tujuan mengemis,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau yang diadakan di sekitar bandar raya ini termasuk di lokasi perbankan.
Norazaman berkata, antara lokasi yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan hangat pengemis untuk mencari pendapatan adalah berhampiran kawasan perbankan, Dataran Shah Bandar, Pantai Awam Batu Burok, Pasar Besar Kedai Payang, Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan di pasar malam di sekitar bandar raya ini.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati dalang di sebalik kegiatan mengemis yang dilakukan individu tertentu di sekitar bandar raya ini adalah melibatkan waris atau keturunan pengemis itu sendiri yang seolah-olah menjadikannya sebagai kegiatan ‘darah daging’.
Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu, Norazaman Ab Manaf berkata, rahsia itu diketahui hasil soal siasat dilakukan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini.
“Sebahagian besar individu diselamatkan adalah terdiri daripada penghuni di Taman Rahmat, Pulau Kerengga yang sememangnya telah pun mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM300.
“Apa yang menyedihkan, mereka mendakwa melakukan kegiatan mengemis di bawah pengetahuan ahli keluarga dan bagi yang sudah berumah tangga, mereka menyatakan anak yang membantu menghantar ke lokasi tumpuan orang ramai bagi tujuan mengemis,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau yang diadakan di sekitar bandar raya ini termasuk di lokasi perbankan.
Norazaman berkata, antara lokasi yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan hangat pengemis untuk mencari pendapatan adalah berhampiran kawasan perbankan, Dataran Shah Bandar, Pantai Awam Batu Burok, Pasar Besar Kedai Payang, Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan di pasar malam di sekitar bandar raya ini.
0 comments:
Post a Comment