Wednesday, May 26, 2010

Lagi Cakap-cakap Bangang Orang Umno-Apco

Semua orang tahu hatta lembu walau pun takde otak tapi lembu tahu bahawa Umno-Apco merasuah para Adun dan MP Natang dari PR yang berpaling tadah. Laporan bersepah di internet dan akhbar bebas telus menyatakan sekian Adun dan MP menerima suapan sekian banyak juta ringgit. Mana nak 'susuk' lagi taik kat ekor tu? Busuk Kohong!

Ni ada sekor lagi lembu dari Kedah yang perasan macho tapi otak bangang! Cakap-cakap bodo.

Negeri Kaya Rakyat Masih Papa

Sepatutnya rakyat Ganu Kite 15 tahun dulu semua dah senang lenang dan tiada yang masih papa kedana. Hasil mahsyul emas hitam berbillion ringgit dari perut bumi Terengganu jika disalurkan atau dibelanjakan dengan betul dan berhemah telah lama meningkatkan taraf hidup serta mengurniakan kemewahan kepada rakyat 'Kuwait Kecil' ini.

Kalau tidak semewah rakyat Brunei pun, andai 50% sahaja daripada kesenangan sebegitu tempias kepada rakyat Ganu rasanya sudah memadai. Kita pun bukanlah menagih hak kita secara melampau tetapi sekurang-kurangnya kesamarataan dan keadilan dalam pengagihan khazanah emas hitam tersebut yang dituntut.

Malangnya sejak dari awal hasil berbillion ringgit kurniaan Allah Taala itu jatuh ketangan puak lanun darat Umno-Apco dan diratah secara rakus oleh kepala-kepala lanun laknat. Rakyat ternganga melihat kedurjanaan sedemikian rupa, sekadar berupaya menjamah cebisan-cebisan atau sisa-sisa basi si lanun laknat.

Begitulah nasib malang kita rakyat Ganu diperkotak-katikkan oleh mereka setan yang bangang. Terkini kerajaan AbgMad mengumumkan peruntukkan 15 billion ringgit untuk memajukan Ganu Kita.

Persoalannya 'benarkah ia?' atau 'sekadar retorik cuma?'. Sedangkan permohonan orang kampung untuk sebuah padang bola pun terpaksa memakan masa bertahun lamanya.

Aku terbaca slogan pada baju dipakai oleh seorang yang 'hilang ingatan' iaitu "Biar Orang Nampak Kita Selekeh Gila Asalkan Bijak Daripada Macho Tetapi Bangang"...

Mengemis jadi kegiatan ‘darah daging’

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati dalang di sebalik kegiatan mengemis yang dilakukan individu tertentu di sekitar bandar raya ini adalah melibatkan waris atau keturunan pengemis itu sendiri yang seolah-olah menjadikannya sebagai kegiatan ‘darah daging’.

Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu, Norazaman Ab Manaf berkata, rahsia itu diketahui hasil soal siasat dilakukan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini.

“Sebahagian besar individu diselamatkan adalah terdiri daripada penghuni di Taman Rahmat, Pulau Kerengga yang sememangnya telah pun mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM300.

“Apa yang menyedihkan, mereka mendakwa melakukan kegiatan mengemis di bawah pengetahuan ahli keluarga dan bagi yang sudah berumah tangga, mereka menyatakan anak yang membantu menghantar ke lokasi tumpuan orang ramai bagi tujuan mengemis,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau yang diadakan di sekitar bandar raya ini termasuk di lokasi perbankan.

Norazaman berkata, antara lokasi yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan hangat pengemis untuk mencari pendapatan adalah berhampiran kawasan perbankan, Dataran Shah Bandar, Pantai Awam Batu Burok, Pasar Besar Kedai Payang, Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan di pasar malam di sekitar bandar raya ini.

Tuesday, May 18, 2010

Era Najib: Rela Tak Cukup Makan Jadi Setan

Kata pepatah "Bapak Borek Anak Rintek". Kalau dah "bapak" boleh bunuh orang bom orang, maka sikap nakal "anak-anak toyol" belaan si bapak ni apalah sangat. Bunuh orang bom orang boleh tutup kes semudah yellow pages, setakat kerja jahat mencopek genteng saja nak setel kot.


Baca kat sini.

Para penjahat yang dulunya sekadar orang kata nak mencuba atau acuh tak acuh sekarang ini tentunya dah banyak kali buat "praktikal". Maklumlah tuan besar mereka sedang membudayakan rasuah, ugutan, membunuh, mengebom orang dan seumpamanya dalam masyarakat Malaysia.

1Malaysia lah katakan. 1Kepala pun iya juga. 1Neraka pun kemungkinan tidak. Neraka ada banyak tingkat. Si bapak tingkat lain. Si anak toyol tingkat lain.

Subhanallah!!

PRK Sibu: Kalau Nak Haprak Pon Biarlah Berpada

Bibir berair merah mu rupanya bijak melayangkan kata auta dan ugutan. Orang Umno mendabik dada konon Umno telah matang seusianya 60 tahun lebih. Tapi yang nyata disaksikan mata dan telinga bahawa pemimpin Umno sendiri tidak matang-matang.


Lojik ke sorang pemimpin negara berkempen macam ni? Menatang sungguh kau Najibbb!!!

“If Robert Lau becomes the MP on Sunday, on Monday I will ask the cheque to be prepared. Do we have a deal or not? We do! You want the RM5 million, I want Robert Lau to win,” Najib reportedly told the crowd.

His remarks sparked an uproar among Pakatan Rakyat (PR) leaders and election observers who described Najib’s campaigning manner as an insult and a form of “blackmail” to the voters.

Budaya ugut rakyat makin menjadi-jadi oleh ketua haprak lanun nombor wahid negara. So kita jangan hairanlah jika sedari awal pengambil alihan tampuk pemerintahan daripada PakLah oleh Najib maka kegiatan jenayah dan maksiat makin tenat seolah tiada lagi terkawal.

Bila agaknya nak termakbul doa laknat terhadap Najib seperti saranan TokGuru suatu ketika dulu?

Saturday, May 1, 2010

1 Malaysia: 3 Sekawan Barua

Teringatkan tentang 1 Malaysia ni terimbas aku sewaktu membaca buku sekolah darjah 2. Ada sorang nama Ali, ada sorang nama Maniam dan sorang lagi nama Ah Kow. Ringkas je kisah persahabatannya tapi melambangkan kerukunan dan persefahaman antara kaum. Takde lebih-lebih buat cerita. Sebuah kisah selamba menyelami jiwa. Takde yang 'menebeng' kata orang Ganu.

Tapi hari ni bila melewati baris-baris laporan dari Barnama... huhhh... merenyam hotak aku memikirkan generasi 1 Malaysia kini semakin lemah otak akibat banyak makan otak udang...otak taik. Hidup semata-mata untuk mengampu.

Kerja utama adalah mengampu dan memfitnah. Tanpa mengampu dan fitnah depa boleh kering kebulur macam mangsa-mangsa kelaparan di Sudan. Mereka besar kepala buncit perut kerana kekurangan zat. Tapi generasi 1 Malaysia sekarang pun besar kepala buncit perut juga. Tapi akibat berlebihan zat dan kolesterol. Itu pasal otak takleh jalan betul pasal perut yang kontrol.

Tiga ekor barua 1 Malaysia ni pun sekadar mencari keseronokan individu semata. Bukan pun mewakili kaum utama di Selangor. Siapa yang arahkan mereka? Atau siapa yang wakilkan mereka? Najib tak tahu ni. Kalau dia tahu pun dia pakai angguk aje.

Kalau betullah si Nizar menghasut orang ramai pada masa tu juga 'Bond2' atau SB yang berkeliaran kat majlis tersebut dah buat 'onar'. Dan keesokannya Nizar menjadi tetamu kehormat kat Balai Polis beri keterangan. Tapi takde apa-apa pun. Ganggu keselamatan negara atau keselamatan jalanraya?

Sebaliknya si tiga ekor barua ni yang mengganggu waktu tidur orang. Kalau ada laporan terpaksalah polis ambil tindakan walaupun laporan tu sekadar kacang untuk bagi beruk makan.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET