DS Shafie Apdal mendakwa konon 500,000 ahli parti setan dari kalangan pontianak, jerangkung, penanggal, pelesit, hantu kubur, hantu susu, hantu kopek, pocong dan seangkatannya belum bangkit untuk mendaftar sebagai pemilih berdaftar.
Maksud katanya lagi tara guna semua hantu duk hisap darah orang aje tapi tak main peranan dalam mengundi untuk memilih kepala setan a.k.a. iblis yang seterusnya.
500,000 ahli UMNO belum daftar mengundi
KOTA TINGGI – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan, kira-kira 500,000 ahli parti tersebut di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Mohd. Shafie berkata, ia merupakan jumlah yang besar dan berharap UMNO bahagian dapat memainkan peranan dalam memastikan ahli-ahli mendaftar bagi membolehkan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Jelasnya, usaha berterusan oleh semua jentera UMNO dalam memastikan kesemua ahli berdaftar sebagai pengundi mampu membawa kejayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.
“Kita akan berdepan masalah sekiranya mereka sekadar menjadi ahli tetapi tidak pernah mengundi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment