Sebelum apa-apa lebih baik Haji Najib tempah pesawat dan angkat kaki cabut lari. Haji Najib anak jantan keris melayu, malangnya dengan bigmama dia layu. Andai keputusan perbicaraan kes Scorpene di mahkamah Perancis Haji Najib kantoi, tambah pulak PR pegang Putrajaya selepas PRU-13 nanti, alamat berak cair la Haji Najib.
KUALA LUMPUR 31 Mac: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.
Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.
“Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.
“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.
Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.
Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.
Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.
“Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.
Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.







.jpg)


0 comments:
Post a Comment