Thursday, December 1, 2011

Bekas Bakal MB Kelantan Tin Kosong

Dia sombong, dia gah, dia cakap besar, dia hati besar dan...... dia malu besar. Angan nak jadi Menteri Besar akhirnya maruah tercalar.

Dia tak fikir, dia tak studi, dia tak kaji akhirnya...... ucapan tin kosongnya makan diri, nampak bodoh macam bebiri.

Kata-kata kelentong;


Hakikatnya ialah ;

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP.

Anwar juga mempersoalkan pihak yang mengarahkan KWSP meminjamkan jumlah yang begitu besar dan tidak pernah dibentangkan di parlimen.

Menurut Anwar, pihaknya percaya bahawa bayaran balik bagi pinjaman berkenaan akan ditangguhkan kerana kerugian yang ditanggung kumpulan Felda, Felda Global Ventures.

“Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian,” kata Anwar ketika sidang media di lobi parlimen hari ini.

Anwar berkata, pelaburan tersebut yang dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul dari tahun 2007 hingga 2010 hampir RM500 juta.

Menurutnya lagi, pihaknya juga difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia- dengan Pelaburan awal sebanyak RM175 juta.

“Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin Rivers Tecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepada Twin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

“Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers Technologies US, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama menimbulkan persoalan samada Felda Global telah membuat pinjaman daripada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta.

Anwar berkata, sekiranya benar Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, Pakatan Rakyat menuntut siasatan dilakukan, sama seperti penyiasatan yang dibuat ke atas Sime Darby.

Menurutnya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara.

“Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 2007, dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.

“Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato ‘Seri Najib.

“Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat,” tegasnya.

Dalam Dewan yang mulia pun mamat ni sanggup kelentong, apatah lagi kat padang di depan rakyat maka akan lebih-lebih lagi lah kelentongnya. Nasib baik Awang kalah tak sempat naik takhta MB Kelantan, kalau tidak rakyat Kelantan hari-hari makan kerabu kelentong Awang Adek.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET