Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Kita Pakat Sembahyang Hajat

sedutan dari malaysiakini

Mengimbas kembali kehebatan dan kemenangan Pas/PR dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu seketika dulu diiringi oleh iltizam dan tekad yang amat ketara untuk melihat umno-apco tumbang. Sewaktu tempoh berkempen para pimpinan mengarahkan dan amat mengharapkan semoga dengan seikhlas hati para pejuang dan ahli parti yang ingin melihat kecundangnya parti bathil itu melakukan puasa sunat satu hari berserta sembahyang hajat, dengan dipanjatkan doa dan memohon keiizinaNya agar pihak yang benar mencapai kemenangan.

Dan aku dapat merasakan aura itu, seolah semua jiwa yang mendokong dan mencintai perjuangan suci murni bersemangat serta berlumba-lumba untuk melakukan niat itu. Tidak terkecuali aku yang selama ini amat payah untuk mengerjakan puasa sunat tiba-tiba diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah bagi melakukan amalan suci tersebut. Dengan niat ikhlas semoga Allah memperkenankan doa insan yang ingin melihat cahayaNya bergemerlapan menguasai persada ini.

Dan hasilnya tanpa disangka, tidak terucap, Pas/PR memenangi PRK tersebut. Kekuatan di pihak Pas/PR amat dirasai. Semua pihak yang terlibat tanpa mengira 'panas' dan 'hujan' menerobos setiap ceruk kubu umno-apco, menebarkan kepincangan umno-apco supaya terpahat diminda para pengundi yakni rakyat, justeru agar rakyat faham siapa sebenarnya umno-apco.

Lebih-lebih di Merlimau ini yang lebih rencam karenah para pencacai umno-apco seperti menyebarkan gambar porno para pemimpin utama PR. Singkatnya pemikiran mereka, hinanya maruah mereka, ceteknya iman mereka, kosongnya jiwa mereka, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga Allah memberi hidayahNya serta membuka pintu hati mereka untuk melihat nikmat dan kemanisan iman serta keadilan Islam. Kesian kerana jiwa mereka itu terus terusan diseleweng dan disendatkan dengan pemikiran kolot, kotor dan busuk.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET