Kemain gah lagi Muhyiddin menegaskan bahawa Serawak akan terus kekal di bawah telunjuk bn-umno-apco a.k.a. pemerintahan rejim Taib Mahmud. Begitulah sembang sarat sang penakut. Takut kekalahan malah mungkin takut dengan kematian. Bukan kerana takut 'bekal' yang bakal dibawa penuh dengan sampah dan bangkai, tetapi takut akan hilang kemewahan 'syurga' dunia.
Gendang perang belum dipalu tetapi gerombolan COWard awal-awal lagi telah memukul canang. Para pemimpin haprak nampak luaran sahaja hebat dan segak, sebaliknya mereka adalah manusia yang kecak dan terencat. Kempen-kempen berbentuk konspirasi dan kontroversi telah memainkan peranan memancing psaikologi rakyat agar senantiasa memandang serong terhadap keupayaan pembangkang.
Antara petikan dari kenyataan seorang manusia yang sombong, bagaikan melawan qada' dan qadar Allah:
"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sarawak akan terus kekal di bawah pentadbiran BN berdasarkan kepada rekod pencapaian pemimpin BN di negeri ini yang mendapat sokongan padu kerajaan Pusat."
Sesungguhnya kejayaan dan kegagalan sesuatu itu semuanya datang dari Allah. Kenyataan di atas menyerlahkan sifat manusia taghut.
Berikut pula adalah keterangan-keterangan yang memberikan maksud berkaitan dengan sifat-sifat toghut;
Toghut secara umunya ialah suatu perkara yang melampaui daripada batasan yang telah dihadkan oleh Allah swt seperti melangkaui batasan kebenaran kepada yang bathil , daripada keimanan kepada kekufuran, dan sebagainya.
Maka berdasarkan kepada takrif umum Toghut di atas , jelaslah toghut itu adalah banyak.Cuma kepala atau ketua kepada toghut ini ialah sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Al-Qayyim terbahagi kepada 5 bentuk / jenis :
Pertama : Iblis laknatullah yang merupakan penghulu kepada segala Toghut.
Kedua : Golongan yang menyembah selain kepada Allah swt..Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 60 :
وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.
Ketiga : Golongan yang mendakwa mengetahui sesuatu yang berlaku di alam ghaib.Ini kerana alam ghaib tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecualilah Allah swt sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Naml ayat 65 :
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.
Keempat : Golongan yang menyeru manusia supaya menyembah atau mengagung2kan dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ia boleh mendatangkan manfaat atau kemudharatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.Sepertimana yang berlaku dikalangan ahli Sufi yang menyimpang.
Kelima : Golongan yang berhukum bukan dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah swt atau mendakwa bahawa hukum dunia yang dilaksanakan adalah sebanding/setaraf dengan hukum Allah swt atau mendakwa hukum dunia boleh mendatangkan kemaslahatan dan manfaat kepada manusia dan sebagainya.
Inilah yang dikatakan sebagai ketua / kepala kepada segala macam toghut….Wa Allahu A’alam.
0 comments:
Post a Comment