Wednesday, March 30, 2011

Cakap-cakap Taghut

Kemain gah lagi Muhyiddin menegaskan bahawa Serawak akan terus kekal di bawah telunjuk bn-umno-apco a.k.a. pemerintahan rejim Taib Mahmud. Begitulah sembang sarat sang penakut. Takut kekalahan malah mungkin takut dengan kematian. Bukan kerana takut 'bekal' yang bakal dibawa penuh dengan sampah dan bangkai, tetapi takut akan hilang kemewahan 'syurga' dunia.


Gendang perang belum dipalu tetapi gerombolan COWard awal-awal lagi telah memukul canang. Para pemimpin haprak nampak luaran sahaja hebat dan segak, sebaliknya mereka adalah manusia yang kecak dan terencat. Kempen-kempen berbentuk konspirasi dan kontroversi telah memainkan peranan memancing psaikologi rakyat agar senantiasa memandang serong terhadap keupayaan pembangkang.

Antara petikan dari kenyataan seorang manusia yang sombong, bagaikan melawan qada' dan qadar Allah:

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sarawak akan terus kekal di bawah pentadbiran BN berdasarkan kepada rekod pencapaian pemimpin BN di negeri ini yang mendapat sokongan padu kerajaan Pusat."

Sesungguhnya kejayaan dan kegagalan sesuatu itu semuanya datang dari Allah. Kenyataan di atas menyerlahkan sifat manusia taghut.

Berikut pula adalah keterangan-keterangan yang memberikan maksud berkaitan dengan sifat-sifat toghut;

Toghut secara umunya ialah suatu perkara yang melampaui daripada batasan yang telah dihadkan oleh Allah swt seperti melangkaui batasan kebenaran kepada yang bathil , daripada keimanan kepada kekufuran, dan sebagainya.

Maka berdasarkan kepada takrif umum Toghut di atas , jelaslah toghut itu adalah banyak.Cuma kepala atau ketua kepada toghut ini ialah sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Al-Qayyim terbahagi kepada 5 bentuk / jenis :


Pertama : Iblis laknatullah yang merupakan penghulu kepada segala Toghut.


Kedua : Golongan yang menyembah selain kepada Allah swt..Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 60 :


وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ


di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.


Ketiga : Golongan yang mendakwa mengetahui sesuatu yang berlaku di alam ghaib.Ini kerana alam ghaib tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecualilah Allah swt sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Naml ayat 65 :


قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ


Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.


Keempat : Golongan yang menyeru manusia supaya menyembah atau mengagung2kan dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ia boleh mendatangkan manfaat atau kemudharatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.Sepertimana yang berlaku dikalangan ahli Sufi yang menyimpang.


Kelima : Golongan yang berhukum bukan dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah swt atau mendakwa bahawa hukum dunia yang dilaksanakan adalah sebanding/setaraf dengan hukum Allah swt atau mendakwa hukum dunia boleh mendatangkan kemaslahatan dan manfaat kepada manusia dan sebagainya.


Inilah yang dikatakan sebagai ketua / kepala kepada segala macam toghut….Wa Allahu A’alam.

Sunday, March 27, 2011

Tak Cerai Tapi Gantung..Kesian!

MCA sedar atau tidak sebenarnya mereka dah lama kena gantung tak bertali. Acap kali kena belasah dengan umno-apco dalam gelodak rumahtangga BN. Terkini kena belasah lagi oleh awang jantan laga umno-apco si Nazri. Akhbar lapor Nazri nyatakan bahawa MCA adalah umpama "isteri yang dizalimi tapi enggan minta cerai"..woww aku dengar pun pedih hati. Oleh kerana berpegang pada prinsip perkauman serta dasar pecah dan perintah maka MCA perlu bertebal muka sepertimana beruk matyeh. Kalau bersuara pun sekadar aww..aww.. je lah.


Tapi MCA takut nak report dengan talian teledera takut nanti tak dapat nafkah atau kena gantung periuk yang diumpan berbillion oleh umno-apco. Dasar drakonian rakus si umno-apco ni, MCA dibiar terkantung-kantung tapi dia boleh tidur setilam dengan yahudi apco, itu yang umno ber'bin'kan apco. Puas agaknya mengulit sumpit MCA yang semakin longlai, umno cari pulak alternatif baru, sumpit apco. Pasti apco lebih bertenaga dan berkuasa. Umno yakin suatu hari semua 'sundal'nya akan ditinggalkan dan bersahabat setia cuma dengan apco.

Itu pasal lah sifu MCA buat onar cari lobang lain buat penawar. Kesian Soilexx terpaksa dalam diam cucuh lubang kunci cap amoi. Malangnya ada pulak yang dengki. Pasti lubang kunci baru lebih ketat dan padat, tanak kasi Soilexx makan sensorang, mesti kongsi. Pelahap betul puak BN ni, pitih rakyat depa sebat, lubang kunci pun mau rembat.

MIC camne? Masih ada kehangatan kari???

Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Kita Pakat Sembahyang Hajat

sedutan dari malaysiakini

Mengimbas kembali kehebatan dan kemenangan Pas/PR dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu seketika dulu diiringi oleh iltizam dan tekad yang amat ketara untuk melihat umno-apco tumbang. Sewaktu tempoh berkempen para pimpinan mengarahkan dan amat mengharapkan semoga dengan seikhlas hati para pejuang dan ahli parti yang ingin melihat kecundangnya parti bathil itu melakukan puasa sunat satu hari berserta sembahyang hajat, dengan dipanjatkan doa dan memohon keiizinaNya agar pihak yang benar mencapai kemenangan.

Dan aku dapat merasakan aura itu, seolah semua jiwa yang mendokong dan mencintai perjuangan suci murni bersemangat serta berlumba-lumba untuk melakukan niat itu. Tidak terkecuali aku yang selama ini amat payah untuk mengerjakan puasa sunat tiba-tiba diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah bagi melakukan amalan suci tersebut. Dengan niat ikhlas semoga Allah memperkenankan doa insan yang ingin melihat cahayaNya bergemerlapan menguasai persada ini.

Dan hasilnya tanpa disangka, tidak terucap, Pas/PR memenangi PRK tersebut. Kekuatan di pihak Pas/PR amat dirasai. Semua pihak yang terlibat tanpa mengira 'panas' dan 'hujan' menerobos setiap ceruk kubu umno-apco, menebarkan kepincangan umno-apco supaya terpahat diminda para pengundi yakni rakyat, justeru agar rakyat faham siapa sebenarnya umno-apco.

Lebih-lebih di Merlimau ini yang lebih rencam karenah para pencacai umno-apco seperti menyebarkan gambar porno para pemimpin utama PR. Singkatnya pemikiran mereka, hinanya maruah mereka, ceteknya iman mereka, kosongnya jiwa mereka, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga Allah memberi hidayahNya serta membuka pintu hati mereka untuk melihat nikmat dan kemanisan iman serta keadilan Islam. Kesian kerana jiwa mereka itu terus terusan diseleweng dan disendatkan dengan pemikiran kolot, kotor dan busuk.


Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET