Tuesday, October 12, 2010

Relaks Kejap: Helo Reporter Tolong Buat Study Sket

Errmm... aku bukan bermaksud nak komen sangat tapi bila membacanya aku terasa janggal... sedara/i semua baca camane? Tengok kat bawah ni sedutan dari laporan tersebut ;


Awas taktik baru curi wang

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan syarikat cari gali petroleum di Kerteh, Dungun keru-gian lebih RM2,000 apabila diperdaya individu tidak dikenali melalui panggilan telefon, Khamis lalu.

Takde lah ia menjejaskan imej Kerteh tu tetapi ia mengelirukan kepada mereka yang tidak tahu atau tidak mengenali Kerteh. Sebenarnya Kerteh dalam daerah Kemaman bukannya Dungun. Pasti ramai orang Ganu sendiri konpius ni.

Lagi satu aku tak tahu mana satu kepala dan mana satu ekor berita tersebut, yakni tak faham isi berita. Membacanya ibarat lalu ikut terowong Karak, masuk keluar dapat angin kosong... khahkhahkhah... Ikuti berita penuh di sini.


Friday, October 8, 2010

DUN Galas: Biarkan CheDet Umum Siapa Calon BN

Korang umno-apco bertekak buat apa. Malu la sket kat rakyat depa nampak umno-apco macam anjing berebut tulang je. Che Det mulutnya masam masin. Kalau dia cakap calon sekian cap ayam maka mintak air lah umno-apco.

Dah lamaa dah orang tohmah umno-apco kecur harta ghanimah samada ketika atau selepas berlangung mana-mana siri PRK. Yang ralatnya tohmahan gila kuasa dan tamak harta tu benar belaka. Bukan sembarangan tohmah melainkan tohmahan berfakta.
Sudahlahh... cukuplahh jadi anjing dan biawak... bawak banyak mengucap... cuba jadi lembu suci yang sebenar... lembu tak kacau orang... lembu dengan hal lembu sahaja... makan rumput.

Hentikan spekulasi siapa calon BN

PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta ahliparti supaya tidak ghairah mengeluarkan kenyataan berhubung soal siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang, setiap jentera dan ahli UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan BN dapat merampas kembali kerusi DUN berkenaan.

“Saya rasa tidak perlulah kita cakap tentang calon. Lambat lagi (penamaan calon). Cakap-cakap tentang (siapa) calon ini tidak produktif...tiada hasil.

“Saya minta semua pihak berhenti bercakap tentang calon. Sudah pasti Pengarah Pilihan Raya (BN) ada cadangan dan kita akan akur kepada apa juga keputusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, timbul cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Thursday, October 7, 2010

Rustam Bangga Dengan Kilang Bayi 1Malaysia

Sekolah Harapan tajaan Ali Rustam dengan bangganya menyambut kelahiran seorang anak haram semalam. Atas alasan bagi mengelakkan tragedi zalim pembuangan bayi, idea ini pada asasnya nampak macam bagus.

Tetapi dari satu aspek lain akibat hasil dari penajaan pihak kerajaan dalam penghasilan semakin banyak aktiviti zina melalui program-program maksiat yang melampau justeru merancakkan kelahiran anak luar nikah.
Secara langsung untuk suatu jangkamasa panjang, Sekolah Harapan ini bakal memberi harapan kepada remaja diluar sana untuk menjalankan lebih banyak aktiviti zina serta maksiat tanpa kerunsingan memikirkan tentang nasib dan masa depan mereka.
Walhal sebenarnya Sekolah Harapan adalah bertujuan menutup kebangangan dan kegagalan pihak kerajaan bn-umno-apco dalam melaksanakan modal insan dan keinsanan terhadap masyarakat.
Para remaja yang kecundang ini pastinya terhutang nyawa dan budi dengan umno-apco yang hipokrit ini lantas menjadi senjata ampuh untuk umno-apco menjayakan misi keutuhan pemerintahan bn-umno-apco.

Wednesday, October 6, 2010

Ustaz YB Azizan Ugut BN Kecut

Sepertimana dalam siri yang lepas-lepas, umno-apco ni suka cakap besar. Terang-terangan orang nampak dia berak cair tengah jalan masih tak nak mengaku. Jelas siapa orangnya, hidungnya, taik lalatnya, kumisnya... bau taik dia pun orang boleh cam.

Kalau apa yang Ustaz YB Azizan tuduh tu sekadar delusi dia, maka umno-apco silalah dakwa beliau kat mahkamah. Kenapa tak saman kerajaan PR Kedah? Kalau pemimpin PR kena fitnah dengan BN-umno-apco, jawabnya bergegarlah dewan mahkamah, pastu keluar dapat duit lagi, menang kes fitnah umno-apco.

So sekarang giliran umno-apco pulak cubalah saman kerajaan Pas Kedah. Ada berani? Aku bimbang nanti makin ramai yang tak sedar kat pungkoq dia terkeluar tahi...

BN Kedah tidak takut ugutan Azizan

ALOR SETAR - Barisan Nasional Kedah tidak takut dengan ugutan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa BN memerintah Kedah sebelum ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, bahawa semasa pentadbiran BN di Kedah, tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam kontrak bekalan air kerana semuanya dilakukan mengikut peraturan.

"Sila buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan berhenti dari mengugut pemimpin BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat dalam isu kenaikan tarif air," katanya.

Nawawi, yang pernah memegang jawatan exco yang bertanggungjawab terhadap air dalam kerajaan sebelum ini, berkata ugutan Azizan itu hanya merupakan satu tindakan terdesak Menteri Besar itu bagi mengalih isu kritikan terhadap langkah kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang yang menaikkan tarif air dengan begitu tinggi berkuatkuasa Jumaat lepas.

Katanya, ugutan Azizan yang mahu mendedahkan nama-nama pihak yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air merupakan satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET