Saturday, December 31, 2011

Sinis: Pemuda Berat 66

Awas lah setiap pejuang gerakan Islam PAS. Segala tindak tanduk kamu terutamanya isi percakapan kamu menjadi bahan pemerhatian dan penelitian ramai orang. Mesti sentiasa bijak dan berfikiran jauh pabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Kerana tersemat dalam minda setiap orang bahawa PAS membawa fikrah kebaikan dan keadilan. Walau secalit kesilapan pasti mendapat teguran bukan kepalang.


PGU 2012.

Pemuda PAS Cuma Layak Tawan Puduraya & Hentian Putra


Jam 10:44 minit malam tadi gua terima 1 email "Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia" berkenaan dengan kes Rasuah Khir Toyo.

Baca dulu derrr...:

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KES KHIR TOYO SELESAI, GILIRAN SIAPA PULA SELEPAS INI..?
29 Muharram 1433 bersamaan 25 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?

Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lepas gua baca 4-5 kali Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda DPPM, gua geleng kepala dan dalam hati gua, gua cakap: Pemuda PAS sampai bila-bila pun memang tak kan cerdik.


Gua heran macam mana Naib Ketua Pemuda DPPM boleh keluarkan kenyataan yang agak "Kelakar", "Menjolok Mata", "Kurang Ilmu" dan bla bla bla bla bla...

Atas dasar apa Naib Ketua DPPM keluarkan kenyataan "Kes Beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan".

Penganggur curi 6 botol Syampoo bernilai RM100 lebih kena penjara 2 tahun, Penganggur Curi susu bayi bernilai tak sampai RM100 sebab kesempitan hidup dan tak de wang untuk beli keperluan anak kena penjara 3 tahun. Khir Toyo curi hartanah bernilai lebih dari RM3 juta kena Penjara 1 TAHUN SAHAJA.

Apa yang "setimpal dengan kesalahan"..? Naib Ketua DPPM ni demam ke apa..?

Pemuda PAS tak yah berangan nak tawan Putrajaya la kalau tahap IQ dan pemikiran tahap ni... Korang pergi tawan Puduraya dengan Hentian Putra sudah lah...
- perisik rakyat.

Friday, December 30, 2011

Rilek Jap: Waaa...Tengok Uncle Tua Shuffle

Thursday, December 29, 2011

Bengkeng MPSJ!

Huhh..tercabar rasanya bila sang naga nak kena jentik telinga oleh awang kenit. Bertahun lamanya sang naga curi makan tanpa ada sesiapa berani usik. Kali ni awang kenit bagi amaran jika tak mau bayar ufti siap lah semua pondok tol sang naga akan menerima nasib sama macam orang biasa yang berniaga tapi tak bayar ufti.

Pasni boleh lah sang naga fikir opsyen seperti sediakan kacang putih dan air sirap limau disetiap pondok tol mereka untuk dijual kepada warga yang melaluinya sebagai menambah pendapatan sang naga akibat nak cover caj-caj yang akan dikenakan oleh awang kenit nanti.

Konsesi tol perlu ambil lesen perniagaan

SUBANG JAYA - Syarikat konsesi tol lebuh raya di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diwajibkan memohon lesen perniagaan bagi setiap pondok tol dan pejabat operasi yang dijalankan mereka mulai Januari depan.

Keputusan itu menjadikan MPSJ sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang mewajibkan syarikat konsesi tol mengambil lesen perniagaan.
Ahli majlis, Ng Sze Han berkata, polisi baru itu turut mewajibkan pengendali konsesi tol membayar caj iklan bagi logo syarikat yang digantung atau ditampal di pondok tol masing-masing.
“Untuk setiap pondok tol, kadar bayaran lesen dikenakan sebanyak RM1,000 setahun, manakala caj lesen pejabat operasi dikenakan mengikut saiz keluasan bangunan.
“Bagi iklan logo syarikat konsesi yang diletakkan di pondok tol pula, caj dikenakan sebanyak RM20 sebulan untuk satu muka,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya syarikat konsesi tidak membuat permohonan lesen perniagaan, mereka bakal berdepan tindakan­ sepertimana pernah dikenakan kepada pengusaha premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Ahli Majlis MPSJ sebulat suara bersetuju mengenakan lesen perniagaan bagi semua pondok tol dan pejabat operasi konsesi tol di kawasan MPSJ.
“Di seluruh MPSJ, kita mempunyai tujuh plaza tol termasuk di Lebuhraya Kesas, Besraya, Plus Elite dan juga Plaza Tol Litrak, angka pondok tol masih belum diperoleh sehingga kini, namun surat sudah dikeluarkan kepada semua pengendali konsesi lebuh raya untuk makluman mengenai perkara ini,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat MPSJ, semalam.
Sze Han berkata, setakat ini hanya konsesi lebuh raya Kesas yang sudah menghantar permohonan lesen perniagaan untuk 25 pondok tol yang wujud di plaza tol mereka.
Jelasnya, polisi itu dilaksanakan berikutan selama ini PBT merasakan kurang adil kerana pengendali tol dianggap berniaga dan mengutip wang sama seperti peniaga lain.
“Sekiranya syarikat konsesi lebuh raya tidak membuat permohonan lesen perniagaan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan,” katanya.
Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007, boleh dikenakan kompaun RM1,000 setiap kesalahan.

Pesakit Mati - Kemaluan Digigit Tikus

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut
.

Noh Omar Mau Lantik Syarikat Taik BN

Cakap-cakap taik dari Noh Omar amat memualkan. Noh bersama umno-apco nak majukan lagi Selangor dengan pembangunan jika BN memerintah. Kenapa sekarang ni Selangor tak cukup bangunan ke? Ko buat apa Khalid? Khir Toyo pun sampai muntah bikin bangunan batu hinggakan 'zero' taman stinggan dia kerjakan. Bertempiaran rakyat cari perlindungan.

Khir Toyo a.k.a umno-apco banyak kotorkan imej Selangor dengan pemilikan dan penerokaan secara haram tanah-tanah kerajaan. Laba dari kerja kotor tersebut, Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana sabit kesalahan.

Bangan sungguh kau ni Noh. Apa kaitan maju dan kotor? Rakyat Selangor sekarang majoriti boleh makan 'kek' bukan 'habuk biskut' yang dihidangkan umno-apco dulu-dulu. Lainlah umno-apco dah merasa keenakan 'kek taik' kat Penang nung. Dasar umno jamban taik...

SHAH ALAM 29 Dis. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

MCA Penang Terbuasir, MCA Pusat Terkincit

alt

PULAU PINANG 29 Dis. - MCA menerima tamparan hebat kali ini apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon mengumumkan perletakan kesemua jawatan dslsm parti berkuat kuasa serta merta.

Beliau juga mengepalai lebih 400 ahli membuat pengumuman rasmi keluar dari parti MCA yang turut mengakibatkan 2 Cawangan MCA di Pulau Pinang dibubarkan.

Ditanya alasan tindakan drastik ini dilakukan, Eng mendakwa ini adalah satu signal buat kepimpinan MCA yang mesti menerima kenyataan bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi semakin kecewa dengan corak kepimpinan parti tersebut pada masa kini.

Beliau turut mendakwa ahli-ahli MCA majoritinya tidak dapat menerima kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika bagi memimpin sebuah parti yang dinamik seperti MCA.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng yang dikenali MCA merupakan salah seorang penyokong kuat bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan sekeras-kerasnya tindakan ini adalah atas faktor tersebut.-klpos

Thursday, December 22, 2011

Pemuda PJU: Pi Lah Tampar Budak Gay Ni

Bukan salah ibu mengandung, bukan silap didikan keluarga, agaknya. Tetapi salah kerajaan umno-apco Malaysia kerana tiada undang-undang khusus bagi menghukum puak gay dan maknyah. Salah umno-apco lagi... lagi-lagi umno-apco.

“Tiada undang-undang terhadap gay - Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Si gampang macai dan kuda Haji Najib para Pemuda umno-apco PJU sonyap ajo. Apo ko tak raso apo ko bilo maruah kau dicalar dan dirobek secara langsung dimato dunio? Ko pun donat ko? Naik mual nak muntah aku dengan fe'el jelek si Ariff Alfian sekor ni.

Ariff telah mencelikkan seisi dunia bahawa Malaysia juga memiliki gay terhebat.

Kharkkkk ptuuiiii!!!

Wednesday, December 21, 2011

Melayu umno-apco Bangang Sondol Sama Melayu

Itulah ramai orang cakap antara reramai kelompok Melayu seluruh dunia maka kelompok yang paling bodoh dan bangang ialah Melayu umno-apco sebab gangster umno-apco ni berani sakat dan sondol sesama Melayu je. Depa tak berani dan kecut telur bila berdepan dengan bangsa lain.


Oleh kerana takde isu nak diselongkar tentang PR tambahan umno-apco terkedu dengan pembongkaran demi pembongkaran oleh PR pasal kerja-kerja jahat umno-apco, depa alih perhatian dan isi masa lapang dengan melayan budak hingusan kata depa yang berusia 22 tahun. Apalah sangat maruah Haji Najib kalau takat diturunkan bendera bermuka-muka Haji Najib tu jika dibandingkan dengan dosa ke atas Tantuya yang diketahui dunia, lagi menjatuhkan maruah semua Melayu 7 benua.

Wahai pakcik yang budiman, janganlah jadi bangang melalak melaung tak bertempat. Jagalah maruah kamu, malulah sket kat anak cucu yang tengok perlakuan pelik seorang tua. Patut mengajar anak muda kat sekeliling kamu tu erti adab dan sopan, ini makin meroyan mengalahkan orang muda. Mana dia semangat Rukunegara No.5 yang selalu dimainkan kat radio. Tak menghayati ke? Wakil MIC dan MCA ada melalak ke?

Aku konfem tahun depan Haji Najib tak senarai pendekkan pun nama pakcik sebagai penerima anugerah Maal Hijrah kerana hebat pakcik meraung melalak membela maruah umno-apco ni. So jangan lebih-lebih.



Hehh... apsal pakcik tak pegi meraung melalak membantah penayangan filem Nasi Lemak 2.0 sebelum ni? Sewajibnya pakcik ajak samseng umno-apco penuhi pawagam berdekatan yang menayangkan filem NL2.0 tu sambil bawak sepanduk dan berdemo. Kenapa pakcik perlu berdemo? Pakcik tak tahu ke? Bodohnya pakcik! Kerana Nasi Lemak 2.0 adalah filem arahan Namawee yang telah 'modified' lagu negaraku.



Sunday, December 18, 2011

Semoga Bukan Hangat2 Taik Ayam

Kita mendoakan semoga niat beliau ikhlas untuk bersama berjuang menegakkan keadilan di dalam Pas/PR. Kita faham sangat fe'el bekas orang umno-apco menjadi amalan rela menggadaikan maruah atau mengkambing hitamkan orang lain atau mencipta batu loncatan bagi mendapatkan 'habuan' dari lanun umno-apco.

Pihak Pas/PR pula usah melatah menelan masak-masak apa yang mereka perkatakan. Luangkan sedikit masa untuk meneliti dan mengkaji sebab musabab disebalik tindakan mereka. Jangan mudah memberikan jawatan dan pangkat sepertimana yang memusibahkan Parti Keadilan akibat tindakan keji 'katak-katak' segera dalam PKR.



Thursday, December 1, 2011

Bekas Bakal MB Kelantan Tin Kosong

Dia sombong, dia gah, dia cakap besar, dia hati besar dan...... dia malu besar. Angan nak jadi Menteri Besar akhirnya maruah tercalar.

Dia tak fikir, dia tak studi, dia tak kaji akhirnya...... ucapan tin kosongnya makan diri, nampak bodoh macam bebiri.

Kata-kata kelentong;


Hakikatnya ialah ;

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP.

Anwar juga mempersoalkan pihak yang mengarahkan KWSP meminjamkan jumlah yang begitu besar dan tidak pernah dibentangkan di parlimen.

Menurut Anwar, pihaknya percaya bahawa bayaran balik bagi pinjaman berkenaan akan ditangguhkan kerana kerugian yang ditanggung kumpulan Felda, Felda Global Ventures.

“Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian,” kata Anwar ketika sidang media di lobi parlimen hari ini.

Anwar berkata, pelaburan tersebut yang dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul dari tahun 2007 hingga 2010 hampir RM500 juta.

Menurutnya lagi, pihaknya juga difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia- dengan Pelaburan awal sebanyak RM175 juta.

“Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin Rivers Tecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepada Twin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

“Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers Technologies US, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama menimbulkan persoalan samada Felda Global telah membuat pinjaman daripada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta.

Anwar berkata, sekiranya benar Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, Pakatan Rakyat menuntut siasatan dilakukan, sama seperti penyiasatan yang dibuat ke atas Sime Darby.

Menurutnya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara.

“Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 2007, dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.

“Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato ‘Seri Najib.

“Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat,” tegasnya.

Dalam Dewan yang mulia pun mamat ni sanggup kelentong, apatah lagi kat padang di depan rakyat maka akan lebih-lebih lagi lah kelentongnya. Nasib baik Awang kalah tak sempat naik takhta MB Kelantan, kalau tidak rakyat Kelantan hari-hari makan kerabu kelentong Awang Adek.

SPR Buat Bodoh-bodoh Lembu

Sudah gaharu cendana pula, mula-mula panau kemudian jadi kurap pula. Kalau bab silap itu ini dalam daftar SPR bagi aku takde lain kecuali itu semua hasil kerja jahat SPR dengan kerjasama JPN. Talibarut Laknat kelas pertama aku bagi untuk kedua agensi tu.

Nama lelaki, jantina perempuan
Oleh : M. JEFFRI RAZALI
Tarikh : December 1, 2011
daftar2

AYER KEROH - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

“Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

“Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,” katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil
.

Cinta, Kasih & Sayang Acuan umno-apco

Beginilah gamaknya maksud CKS yang disanjung sangat oleh puteri umno-apco. Ibarat pepatah bapak grenet anak dynamite. Seharusnya puteri umno-apco mengambil peluang dari saranan Haji Najib meminta semua ahli umno-apco berCKS kerana ia bertepatan dengan resmi ahli puteri umno-apco yang gatal merenyam.

Buat maksiat dalam kereta
Oleh : NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
Tarikh : November 28, 2011
maksiat

KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya. -sinar.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET