Wednesday, November 4, 2009

YB Umno Songlap Duit

Takkan habis isu rasuah dengan Umno. Ingat rasuah ingat Umno. Amalan politik wang dalam parti Umno menular keluar membudayakan rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Rasuah bukan sekadar terjebak oleh jabatan kerajaan malah syarikat bertaraf GLC juga terpalit sama. Semuanya dimulakan oleh Umno serta konco-konco BN nya.

Amat memalukan kerana kes Ahli Parlimen Sabak Bernam dari Umno menyalahgunakan wang kerajaan dengan bertopengkan projek-projek amal berteraskan aktiviti keagamaan. Nama sahaja Islam tapi perangai macam setan. Pastu menjual maruah dengan memperdagangkan projek atas nama Islam.

Sebab itu walau macam mana sekalipun Najib berhempas pulas meminda perlembagaan Umno bagi membanteras kegiatan rasuah tapi rakyat nampak usaha itu hanya sesia. Rasuah sudah berdaki bertahi menghuni ruang tangki Umno. Susah dikikis kerana rasuah telah sedaging dengan Umno. Suatu keajaiban jika rasuah berjaya Umno kekang atau hapuskan.

Pokok pangkalnya para pemimpin besar Umno pengamal rasuah itulah terlebih dahulu wajib dinyahkan Umno seperti contoh beberapa orang dikalangan mereka antaranya Najib, Ali Rustam, Isa Samad dll. Tetapi bagi Umno parasit itulah pejuang mereka dan dijulang. Sungguh malang jika minda terletak dikepala lutut sudah tentulah sukar untuk mereka membezakan siapa yang telus dan siapa yang kasi mampus.

Ahli Parlimen buat tuntutan palsu

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM80,000 melibatkan pelbagai program termasuk forum perdana dan sambutan Maulud Nabi (Maulidur Rasul). :

Abd Rahman, 44, dari Barisan Nasional didakwa melakukan kesalahan itu antara 21 Januari dan 12 Februari 2008 di pejabat Daerah Sabak Bernam semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Selangor

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antaranya pada program motivasi pelajar di Politeknik Sungai Lang, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT, program forum perdana sedangkan semua program itu tidak dijalankan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET