THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas. Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino. Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun. Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung. Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon. Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain. “Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu. Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya. Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung. Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki. “Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya. Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut. “Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.-mStar
Tuesday, November 24, 2009
Macam-macam Pesen: Lelaki Lahirkan Bayi
Bila 'Lelaki' Bernama Thomas Beatie Melahirkan Anak
Hasilkerja oleh wohulu at 15:10
Labels: copy-paste
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment