Tuesday, November 10, 2009

Mampukah Malaysia Lakukan Begini?


TGHH pernah membentangkan draf hudud di Parlimen tapi dibelakangkan oleh majoriti ahli terutamanya dari Umno/BN. Kerajaan Kelantan juga melakukan perkara yang sama dengan membentangkan draf enakmen hukum hudud di DUN Kelantan tapi disaman oleh ex-Umno Zaid Ibrahim serta amaran keras dari kerajaan Pusat a.k.a Umno/BN.

Ini kisah lama tapi takkan sesekali luput dari benak kita dan tetap mengisi intipati agenda perjuangan Islam. Tak payah bincang tentang perkara besarlah, perkara kecil asas mengenai etika berpakaian yang diwartakan oleh MPKB dulu pun turut mendapat tentangan hebat, bukan sekadar jeritan dari SIS tapi paling menjengkelkan kita adalah kritikan paling bodoh oleh Menteri Jambul.

Kelantan Juga Larang Seksi Read Here Pakaian ketat, singkat, diharamkan di Kota Baru 05-12-2006 10:37:52 AM Oleh: C.A. Zulkifle KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu. Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan skirt singkat. Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500. Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan.

Ini antara komen kerajaan Pusat Islam hadhari;

1) March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported. The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party.

2) But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times. The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said. It has also come under fire from non-Muslim and women groups.

Komen Menteri Jambul pula berbunyi macam ni :

Komen Pelik Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities Update from The Star Newsdesk KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan. The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes. "Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report. The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined. The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage. Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government. "In the end, Kelantanese women will object to it," she warned. "It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide. "It just goes to show what kind of government they are.

Aku hairan mengapa sesuatu yang baik menurut Islam mendapat tohmahan dari kalangan orang yang mengaku Islam sendiri. Adakah kerana ia cadangan dari pembangkang? Kalau begitu mengapakah umno/kerajaan tidak sendiri mewartakannya?

Malah isu ini hangat diperkatakan sewaktu PM ketika itu seorang pelopor Islam hadhari disamping memegang tampuk No.1 OIC. Dah lah para mufti dan ketua mufti serta badan-badan agama seperti JAKIM dan YADIM membisu seribu bahasa dengan ketololan kenyataan Menteri Melayu Islam kerajaan.

Kalau Umno tiada perasaan kemaluan pada Allah tapi semoga ada lah wujud perasaan malu pada tumbuhan dan haiwan yang senantiasa bertasbih pada Pencipta mereka. Mengapa Malaysia sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya tidak berani menyatakan kelebihan dan hak-hak penganut Islam?

Kenapa Acheh, sebuah negeri kuasa autonomi di bawah cengkaman pentadbiran kerajaan Pancasila, berani menyatakan pendirian mereka untuk melaksanakan undang-undang asas syariah. Walaupun pewartaan itu dilihat kecil yakni keutamaan menjaga aurat wanita sahaja tetapi tiada kedengaran pendapat sumbang atau tentangan dari rakyatnya. Dan ia merupakan mukaddimah atau perintis kepada klausa lain dalam undang-undang Islam.

Wanita muslim Acheh Barat dilarang memakai seluar ketat

WANITA muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan.

Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu.

Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka.

Kaum lelaki juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek.

Tetapi, tidak dimaklumkan sama ada kaum lelaki akan diberi pakaian gantian jika mereka ditangkap memakai seluar pendek. Hukuman apa yang akan dikenakan buat lelaki Islam yang melanggar peraturan itu juga tidak dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Daerah Acheh Barat Ramli Mansur berkata penduduk yang bukan beragama Islam tidak perlu mengikuti peraturan tersebut.

“Kami menghormati hak penduduk bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak perlu risau mengenai peraturan baru ini,” jelasnya lagi.

“Kaum wanita hanya dibenarkan untuk memakai seluar sehingga buku lali mereka dan seluar itu juga mestilah longgar. Mereka hanya boleh memakai seluar di dalam skirt,” ujarnya lagi.

Menurut Mansur lagi, jika ada sesiapa yang membantah, dia berpesan kepada mereka supaya tidak marah terhadapnya kerana dia hanya mengikut tuntutan agama Islam.-mStar.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET