Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP


Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawannya dari Utara negeri yakni Besut si Deris Jusoh bapak mafia. Malangnya kedua MB dan bekas MB Ganu ni dok pakagawa (dokrokcetong) pasal kedua-duanya pemimpin umnocoporno.

Banyak rekod Mad Said dalam hal ugut mengugut ning. Sampaikan barua2 dan macai2 umnocoporno sampai ke tahap JKKK pun membudayakan amalan ugut mengugut. Kalau puok jahanam JKKK ugut rakyat, Mad Said lagi hebat, Najib Mongol pun dia ugut.

PRU-12 lalu Mad Said & the gang ugut nak kluor BN andai dia tidak di anugerahkan jawatan MB, Najib mengalah. PRU-13 pulak dikhabarkan nama Mad Said tidak tersenarai sebagai calon, pastu dia ugut akan tukarkan semua bendera dacing kepada bendera bulan di Kemaman. Terkucil Najib dan dalam masa 24 jam  saja nama beliau naik semula.

Sekarang desas desus rakyat begitu juga bahawa dalam situasi bn/umno 17 dan Pas/PR 15 kerusi DUN, Mad Said buat pe'el lagi dengan dua 'sahabat'nya untuk langkah keluar dari 'tangki taik' andai dia tidak dikurniakan jawatan MB. Memang manusia jenis kerlong (tamak) Mad Said ni. Orang Ganu baik Pas atau umno muok dah dengan muka tak hensem Mad Said sebagai MB.

Tragedi Masjid Bujal masih kekal terpahat dalam minda rakyat Ganu atas kezaliman Mad Said dan rejim mafia umnocoporno. Deris Jusoh  juga telah memahat sejarahnya tersendiri dalam aspek mentekedarah pitih royalti a.k.a.Wang Ihsan hak rakyat. Manakala hari ni Mad Said memahat satu lagi sejarah bagi dirinya bila kenyataan BODO nya meletakkan beliau dan rejim mafia bn/umno Ganu sebaris dengan lembu-lembu belaan Shahrizat dan kenyataan itu seolah Mad Said telah ISYTIHAR PERANG dengan rakyat Ganu.

Mungkin Mad Said lupa atau buat2 lupa bahawa DUN Batu Burok adalah milik PAS dan Parlimen Kuala Terengganu juga milik PAS, maka kita nasihatkan agar Mad Said nyah dari Kuala Terengganu dan pergilah menetap di kawasan atau Parlimen yang dikuasai bn/umno sahaja.

Kita SYOR kan agar Mad Said berpindah sahaja ke Parlimen Besut, 'berkawan' dengan Deris Jusoh.


Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi


Thursday, April 18, 2013

SAPE YANG DUK GILA MEROYAN SURUH PILIH MALAYSIA?

Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok lawak BODO umnocporno. Habis channel depa tibai tapi masih ketaq dagu lagi. Bangang umnocoporno ning.

Duk bising-bising suh pilih Malaysia pasai apa? Kita ni duk kat mana? Atau umnocoporno aje orang Malaysia, yang lain semua alien makhluk asing. Itu pasai lah bengkak sangat skandal IC panas kerana nak depa pendatang haram pilih Malaysia. Woiii sang BODO BANGANG!!! Cakaplah betui-betui. Bukan pilih Malaysia tapi Pilih parti keris togel umnocoporno.

ASAL BUKAN CALON DACING.....ABCD



Sunday, March 31, 2013

Janji DiCapati: Bukan PR Angkuh Tapi Rais Bangang

Rais antara yang terjebak dengan virus TK1M Takut Kalah 1 Malaysia. Macam2 idea BODO diutarakan konon mahu menggambarkan keihsanan rejim Najib. Dulu tak berani dengan cabaran TGHH mintak 1 jam waktu untuk menerangkan tentang pemesongan Amanat Haji Hadi oleh puak hilang akal umnocoporno.

Sekarang nak bagi peluang PR bersiaran 10 minit (hebat la tu RTM) siap bertapis untuk di keudarakan oleh RTM di TV. Takde hebatnya bersiaran ala-kadar 10 minit, nak cakap apa, siap tapis pulak tu, silap2 diselit dengan aksi video-video lucah ciptaan Setan Laut Biru umnocopporno. Citer kartun dan ultraman lagi best tengok laaaa... Tapi aku suka tonton Mask Rider... Woii Rais lu bikin lu punya video 10 minit pastu lu sendiri tengok laa sama lu punya BIKBIK...

SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Wednesday, March 27, 2013

Tabung Utusex Nak Kena Pecah Lagi Dua Posen

-sumber FB-

Kali ni giliran Leftenan General (B) Datuk Abdul Ghafir pulak 'on-going' untuk memecahkan tabung si keparat utusex kerana 'mengusik' peribadi beliau. Padan gitu doh utusex kena balun habisan. Kes yang lepas dan sedang disaman masih belum selesai, kini menambahkan lagi koleksi album saman utusex.

Gitulah jika dah jadi barua umnocoporno dan macai kepada blogger pro-umono kaki pemfitnah. Kat atas dunia ni pun takde lubang lagi dah utusex dan bajingan2nya nak sembunyi, apatah di Hari Penyesalan nanti takde guna dah nak menyesal.

Monday, March 18, 2013

SEKALI KHALIFAH UMNO SESAT, 14 KALI MACAI UMNO LEBIH SESAT

Dari benak kepala hotak Mahadir:
"Hudud takde dalam Quran, ia hanya rekaan ahli feqah semata".
Natijah: Anak dia beli kilang San Miguel pon dia tarak heran punya. San Miguel bukan kilang mee lah nyonya tapi kilang proses air kencing setan.

Dari otak beku Hanif Omar:
"Bab judi takde dalam Quran".
Natijah: Beliau antara pemegang saham terbesar Genting.

Apabila khalifah dan konco-konconya adalah sesat dan sebenar-benarnya sesat maka dia sebarkan kesesatan itu untuk menyesatkan orang lain terutama barua2 dan macai2 umnocoporno.

Sunday, March 17, 2013

Bendera Kembali Usang Tapi PRU Bila?

Bilik gerakan dah lama bukak. Air kopi dah berkole-kole teguk. Biskut jagung berkilo-kilo hadam semua dah kena kitar jadi taik. Projektor dan layar siap pasang sampai naik debu dan kulat. Video kuliah dan ceramah tiap-tiap malam terhidang. Meter letrik kemain ligat berpusing. Tangki septik dulunya kering kini dah separuh penuh hasil 'deposit' tetamu bertandang.

APAA PUUNN........

HUJAN PANAS MALAM SIANG... BENDERA PARTI PUN KEMBALI USANG... TAPI NAJIB MASIH BENGANG... STATISTIK SOKONGAN TETAP BERPIHAK KEPADA PEMBANGKANG... NAJIB TAKUT BUKAN KEPALANG...

NAJIB TAKUT PADA BAYANG... NAJIB MELUTUT PADA YANG DITATANG... NAJIB TAKUT PADA ROSMOH PUNYA BAYANG...!!

Monday, February 25, 2013

SATU UNDI UNTUK BN-UMNO BERERTI ANDA RELA JUAL AGAMA DAN MARUAH

Najib tiba di Terengganu dengan 'flight' yang dibiayai oleh wang rakyat bukan wang bn-umnoco. Najib dijamu sedap2 ditanggung oleh wang rakyat bukan wang bn-umnoco. Bn-umnoco kerah rakyat datang ramai2 dengan bazirkan wang rakyat bukan wang umnoco. Pendek kata segala aktiviti harian Najib ditanggung hasil dari keringat rakyat bukan pitih umnoco.

Malangnya pitih rakyat disalahguna oleh celaka-celaka bn-umnoco dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk RETORIK, penipuan, penindasan dan kezaliman, menyerang pembangkang, merasuah rakyat untuk undi bn-umnoco, menyiar dakyah2 dan fitnah2 terhadap pembangkang yang membela nasib malang rakyat.

Dan hari ini juga di Dataran Shahbandar K.Trg yang dibangun menggunakan wang rakyat, Najib sewenang-wenangnya menghasut dan memberi AMANAT TONG KOSONG lagi palsu kepada rakyat, antaranya berbunyi;

“Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) bererti keselamatan akidah untuk umat Islam. Satu undi BN ialah untuk perpaduan dan kekuatan umat Islam.. satu undi untuk BN adalah demi pembelaan bangsa Malaysia kita. Satu undi untuk BN demi masa depan yang jauh lebih baik nanti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shahbandar, hari ini.


Walhal khalifah umnoco ini awal-awal lagi dengan setulus mulus dan rela hatinya telah menolak Hudud dan meneruskan kesinambungan fahaman jahiliah agama suku politik suku.

Kalau camni punya hati lagu mana Najib nak cakne kat Islam? Tok Petti pun dokleh harap nak tegur Najib, duk pongpang jer lebih makan gaji buta. Bila Najib mengaum barulah ularmak ni melalak. Tengok apa dah jadi akibat virus ASPS (agama suku politik suku) bawaan umno.



Orang murtad happy go lucky, tadak takut punya pasal dalam undang-undang sivil pun takdak klaus untuk menangkap dan menghukum orang Islam murtad. Polis tak boleh tangkap. Najib lagilah tak boleh buat apa. Tapi kalau dalam hukum Hudud korang taulah nasib korang murtad nih.

Wednesday, February 20, 2013

Nasib Stadium Dan Umpcono

Apa laaa nasib kau Stadium Sultan Mizan. Akibat tangan2 kurap umpcono maka usia mu tidak panjang. Kualiti dan spesifikasi mu bukan keutamaan kerana lanun-lanun nawaitunya baham wang. Hanya sedetik kehebatan dikau kemudian tumbang. Walau dibaiki, diselenggara membazirkan lagi wang, namun mustahil untukmu tegak mencacang. Jika dulu tender mendirikanmu tidak diberi sewenang-wenang, nescaya tiadalah nasibmu sebegini malang.

Awas umpcono tibalah nanti nasibmu jua bakal tumbang. PRU-13 semestinya gelanggang. Umpcono bilang pihak pembangkang usah ganas dan menyerang orang, sebaliknya rakyat lihat arahan orang atasan umpcono membenarkan samsengnya bergelagat kebinatangan. Tapi umpcono usah lupa, walau juak dan puak mu akan tumbang tetapi tidak sesekali kejahatanmu dalam sanubari rakyat akan lupa dan hilang.

Tumbang Stadium....Tumbang umpcono tidak akan menang.

KUALA TERENGGANU: Three workers at the Sultan Mizan Stadium were injured after steel structures of the stadium roof under re-construction collapsed at 11.30am Wednesday.
The three local workers, who were trapped under the structure, were later removed and sent to the Sultanah Nur Zahirah Hospital.
Fire department officials and police are carrying out investigations.
In June 2009, part of the roof collapsed at the stadium's grandstand a year after it opened for the Malaysia Games (Sukma). No one was hurt then.
Repair works had only started at the end of last year.-thestar

Monday, February 18, 2013

Si Bongok Yang Kena BODO Dengan ROS

Kes DAP dengan ROS digoreng sampai hangit oleh barua dan pencacai umpco. Tapi Utusex punya meroyan lagi teruk mengamuk sampai tinggal seluar dalam aje, seumpama biawak yang merobek dan meratah bangkai. Terlajak kereta boleh diundur terlajak cakap bernanah mulutlah jawabnya. Lain kali tengok dulu apa umpan yang PR nak buang samada taik atau roti. Kan sekarang umpco-bn dah makan taik.

Umpco suka makan taik..... umpco selalu makan taik....

KAHKAHKAHKAHKAHKAH...KAH  KAH  KAH......

ROS Sahkan Terima Laporan DAP, Mohon Maaf Atas Kekeliruan

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Ahad mengesahkan ia telah menerima laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 8 Februari lepas, lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk parti itu pada 15 Februari.
“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan saya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan ini telah membawa kepada kekeliruan,” kata Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada lewat Ahad.
“ROS memohon maaf kepada semua pihak berkenaan berhubung kesilapan ini,” katanya.
Menurutnya, siasatan terhadap pemilihan CEC DAP adalah berterusan dan akan dimuktamadkan secepat mungkin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau dimaklumkan mengenai DAP gagal untuk menyerahkan laporan tepat pada masanya, dengan itu ROS akan memulakan penyiasatannya.-mstar

Thursday, February 14, 2013

Air Percuma Untuk Rakyat, Sikit Pun Takpe!

Pemimpin umpco ni takde reti nak pikir hal lain gamaknya, dalam kepala 24 jam duk pikir hal pitih sokmo-sokmo. Segala bentuk bantuan pitih samada dalam bentuk bulanan atau ONE OFF selama ni hanyalah RETORIK semata untuk menutup kelemahan dan kebodohan berfikir kepala hotak kepala pemimpin umpco. Mereka mahukan rakyat terutamanya yang dulu kini dan selamanya bangang dan bodo itu senantiasa  melutut dan memuja ketokohan dan penyamaran pemimpin umpco yang jahat ini.

Apabila sesuatu cadangan dikemukakan untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat yang berpanjangan, maka 'kepala taik' umpco mulalah menafikan hak untuk rakyat dengan alasan KERAjaan umpco akan rugi atau bankrap. Jika 'kepala taik sembelit' umpco peringkat Pusat bermentaliti macam tong taik haprak dan busuk beranggapan bahawa cadangan PR agar memberikan pendidikan, perubatan dan sebagainya secara PERCUMA kepada rakyat akan memBANKRAPkan negara, apatah lagi 'kepala taik' umpco di peringkat negeri yang lebih2 lagi haprak dan bodo percaturannya.

MB Terengganu telah membentangkan bajet 2013 sebanyak RM2 billion menduduki tangga ketiga selepas Sabah dan Serawak. Secara fizikalnya rakyat sangka bajet 2013 hebat kemain tapi hampeh kerana ia lebih menjurus kepada mengisi perut dan kantung kroni sahaja. Kenapa Selangor masih mampu meneruskan kesinambungan pemberian 20 liter air percuma untuk rakyatnya sedangkan bajet Selangor tidaklah seGAH bajet Ganukite?

Isu air percuma yang dibangkitkan oleh ADUN BN Alur Limbat diketepikan kerana faktor RUGI dan BANKRAP. Andainya KERAjaan bacul umpco Terengganu ni enggan subsidikan sepenuhnya 20 liter air, apa salahnya jika Kerajaan Timbang Kati Kerajaan Kurap ini memberikan 10 liter sahaja air percuma untuk rakyat.

Hakikatnya kepala hotak pemimpin umpco Terengganu terlebih masuk air.... jadi BENGONG.

KAHKAHKAHKAKHKAH........KAH  KAH  KAH.

PGU 2013



Sidang DUN-SATU rugi RM1.63 juta sebulan jika beri air percuma

Oleh; Esah Abdullah

Syarikat Air Terengganu (Satu) akan mengalami kerugian sebanyak RM1.63 juta sebulan atau RM19.56 juta setahun jika syarikat itu memberi 20 kiub meter padu air secara percuma kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Haji Za’abar Mohd Adib berkata, kerugian ini tidak termasuk lain-lain masalah berkaitan dengan kebocoran dan sebagainya. 


Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada pertanyaan YB Haji Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) sekiranya air percuma diberikan , ketika sesi penggulungan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam
.

Wednesday, February 13, 2013

Pencuci Taik BN Muncul Dari Korea

Dah tak larat lagi bn-umpco nak tepis tup-tup keluarlah si pencuci taik membuat pengakuan. Konon Scooter Braun ni yang mengurus hal ehwal grup 'Gangnam Style' tak mintak dibayar pun untuk datang ke Malaysia. Terlalu umum penafian dari Scooter Braun. Takkan sesaje Psy nak datang Malaysia makan angin kat Penang. Mana ada biawak yang menolak bangkai? Apa guna dia bergegas 21 jam naik jet peribadinya dari Brazil semata nak layan Najib di Penang. Dah kenyang ko baham habuan tu maka tibalah masa untuk membalas budi dari orang yang kau tak kenal dan jengkel dimata rakyat Malaysia.



KUALA LUMPUR - Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.     

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.



Tuesday, February 12, 2013

PSY DiBayar KOW..KOW Tapi Rakyat Jadi COW..

Si Oppa Psy cakap mau datang lagi Malaysia. Mau tak mau dia datang jika buat show 4 minit dapat bayaran RM2 juta! Huhh gila dan dahsyat pendapatan mamat Korea ni. Tapi siapa pulak si BANGANG dan BODO yang sanggup buang duit sesaje gitu. 

Dikatakan si Bangang dan Bodo tersebut adalah ahli dari gabungan parti Timbang Kati yang nak mampos bila-bila masa tu. Bermakna depa bazirkan wang rakyat jugaklah. Kalau nak harapkan kantung parti Timbang Kati tu berapa sen yang depa ada? Depa survive pun sebab POW sana sini hatta mentekedarah khazanah Kerajaan. Jika Psy boleh cekau RM8,333.00++ sesaat persembahan, maka apa nilainya BR1M sebanyak RM500 untuk 53 tahun atau RM9.42 setahun yang digula-gulakan pada rakyat?

Disamping tu ada pulak mamat ni yang perasan konon 80,000 rakyat Penang hadir ke majlis CNY Penang untuk sambut dia walhal rakyat datang nak tengok dan kenali Psy dengan lebih dekat. Kalau lah rakyat datang kerana mamat ni maka semua rakyat mesti katakan YES pada bn-umpco. Sebaliknya rakyat Penang tetap katakan NOOOOO pada bn-umpco. OPPA OPPOSE STYLE!!!

Kesian PM drop his waterface and batu jembala kat Penang.

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH......KAH  KAH  KAH.

Tuesday, February 5, 2013

PokYa..Ohh PokYa..Let's Join Kelab Jahanamkan umno



Berat Nanang doh mung Pok Ya wehh.. pi lah isi borang Kelab Habis Madu Sepah Dibuang secepat mungkin. Sekurang-kurang Pak Brahim atau Dr Hassan Jati boleh tolong ubatkan duka lara mung tu...

Umpco hoooooo umpco....

KAHKAHKAHKAHKAHKA.... KAH KAH KAH... 

Umno Perlu Calon Baru Untuk ADUN Paka


Awal tahun 2013 memaparkan kepada kita kemelut hebat melanda umpco bahagian Marang bilamana penentangan terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak sebulu dengan YB ADUN Marang yang bermulut lancang kaki pemaki hamun ulama. Walaupun nampak setenang laut Cina Selatan di musim teduh namun nanah yang bersarang di dalam pekung umpco Marang semakin membuak. Sehingga ada pihak yang sudah hilang sabar sanggup merentangkan pemidang yang melahirkan cetusan tidak puashati mereka dengan nada "ADUN Pengkalan Berangan, Umno Perlukan Calon Baru" dibeberapa tempat sekitar DUN Pengkalan Berangan.

Malah dengan muka tak malu si isteri ADUN berkenaan dalam ucapannya di satu program pembahagian wang bantuan RM100 baru ni di Sek.Keb.Jambu Bongkok, sanggup mengugut orang kampung (terutama seteru beliau dalam umno) yang tidak menyokongnya tentang nasib dan bahana yang bakal diterima nanti jika suaminya menang dalam PRU-13 nanti. Kepala hotak YB umpco pun taraf tadika. Budak tadika reti bahasa bahawa umpco tu jahat bukan baik.

Sekarang pulak giliran umpco Bahagian Dungun bergolak. Kali ni karenah Timbalan Ketua umpco Bahagian Dungun yang glamer dengan gelaran Pok Ya. Tidaklah menggugat keselamatan negara tetapi sekadar mencerai beraikan rumahtangga beliau, kes perempuan lah katakan. Stended lah pantang YB umpco ni nengok pompuan dahi licin terutamanya artis, ibarat hati jatuh ke tanah lah, menggelupur depa.

Maka isteri beliau yakni Mastura telah mengemukakan permohonan cerai ke atas Pok Ya bukan sekali, bukan dua kali tapi yang ketiga kali. Gara-gara pompuan umpco Dungun tercalar akibat perbuatan orang kuat nya. Dulu depa duk kutuklah TGHH tu gatal kawin dua, berlindung dibalik imej Islam lah..bla..bla..bla.. tapi TGHH tadaklah bercerai berai, keluarga beliau harmoni aje, antara madu-madu pun saling kerjasama membantu perjuangan TGHH. Pulang paku buah keras.

Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis

DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).
"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."
Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.
Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.
Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.
“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.
“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.
Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.
Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria mengaku wanita itu isteri terbarunya.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya.

Saturday, January 26, 2013

Kuat Nafsu Ratah Anak Orang

Apo kono ei jang... Kenapa Menteri ni cakap bodo macam tu. Ada ka dia kata pembangkang kuat nafsu tapi takde tenaga. Lucah dan bodo punya statement. Itulah pasal jika makan terlalu banyak pil kuat. Mesti dia bukak dan baca web atau blog pembangkang kerana kat sana biasanya banyak iklan2 sedemikian. Cakne jugak Menteri tu dengan web pembangkang. Bab nafsu menjadi minat dan bualan harian dia agaknya. Minah Indon yang disantuni Pak Menteri ni pun dah 'kenyang' dapat habuan tutup mulut malah diberitakan rumah kemain besar lagi kat sana.Tutup kes.

Tak apalah pembangkang kuat nafsu berjuang kerana nak 'pindah milikan' negara dari kekal ditangan rakus para pemuas nafsu umpco-bn. Lainlah dengan lanun umpco-bn yang kuat tenaga 'dalaman' melunyai anak dara orang...contoh boss korang lah, dulu2 dia pernah 'bersihkan' tanah anak Pak Zain kemudian dia tarah pula tanah 'top-soil' dari Mongolia. Last2 dengan top soil dan 'hasil'nya sekali dia suruh khadam pi 'bajak' dan sepahkan. Kesian si kambing hitam yang kena gulai tapi tuan dia kenduri kendara. Tutup kes.

Si ketua orang Cina pulak siap bikin video sambil taram tanah subur gebu. Tapi dia tetap selamba berdepan dengan rakyat seraya membuat pengakuan bahawa pelakon videoa itu memang dia. Tak ada siapa pun dalam kapal orang Cina kisah tentang itu, macam takde apa2. Masih mengangkat si apek Choi tu sebagai ketua. Dalam pemahaman kita jika orang bawahan duk sokong jugak maknanya mereka pun kuat 'tenaga' dan kaki lunyai jugaklah. Tutup kes.

Kita gelakkan fe'el perangai orang kuat tenaga umpco-bn nih...
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH.....

JEMPOL - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan masa depan negara yang lebih baik dan rakyat diingatkan untuk memilih parti yang benar-benar mampu mentadbir negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang amat mudah menyatakan pelbagai janji untuk meraih sokongan, namun sebenarnya mereka tidak mampu mentadbir negara.

"Mudah bagi pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Abdul Hadi Awang untuk berkata itu dan ini tapi mereka tidak mempunyai kemampuan.

"Boleh kita katakan bahawa mereka ini seperti bernafsu besar tapi tenaga tidak ada," katanya semasa berucap menyempurnakan majlis pelancaran program perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan - Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Lui, di Kampung Sungai Sampo, di sini semalam.

Thursday, January 24, 2013

Umpco Cakap Tak Serupa Bikin

UMNO mengkhianati amanah?

Kita boleh setuju seratus peratus apa yang dikatakan Tun Mahathir bahawa hak demokrasi tidak harus disalah guna untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Bagaimana pula dengan rampasan kuasa kerajaan UMNO/BN terhadap kerajaan Perak yang dilakukan  selepas satu tahun pakatan rakyat menang dan memerintah negeri tersebut. Apakah ia bukan salah guna kuasa demokrasi?.
Dan bagaimana pula dengan amanah diberi rakyat kepada  umno untuk memerintah selama lebih 50 tahun itu. Apakah umno tak salah guna kuasa demokrasi sepanjang memerintah Negara ini.
Jika disebut umno mengkhianati amanah yang diberi rakyat. Pasti dinafikan sekeras kerasnya.Bukan setakat itu sahaja, malah menuduh itu adalah fitnah belaka.Pada hal ia tidak dinafikan lagi.

Pada penulis, miskipun ada bukti kukuh  sesetengah pihak yang tidak berpuas hati setelah kalah dalam pilihan raya seringkali mengadakan demonstrasi atas nama hak demokrasi yang diamalan Malaysia tidak bermakna pembangkang saja yang salah guna hak demokrasi.
Pendek kata antara kerajaan dan pembangkang dua kali lima jugak jawapnya.Mungkin pada kerajaan jawapannya 11 suatu yang positif. Atau lebih besar angka berbanding pembangkang yang sering dianggap nagetif belaka.
Penulis boleh setuju demonrtasi yang telah diadakan selama ini oleh pembangkang  suatu  percubaan untuk  menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.itulah tujuannya.Lebih lebih lagi ia tidak salah malahan telah dibenarkan oleh undang undang dan perlembagaan Negara,
Dan bagaimana pula dengan umno yang sering mengadakan demonrtasi di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Inilah kaedah yang digunakan oleh parti yang kalah dalam pilihanraya umum dengan tujuan untuk menguling kerajaan pilihan rakyat.
Jika Pakatan rakyat dikatakan salah guna hak demokrasi, apakah umno tak salah guna kuasa hak demokrasi dengan mengadakan demonstrasi sileh berganti, terutama sekali  telah mengadakan ratusan demonstrasi di Selangor.

Penulis boleh setujui bahawa pembangkang menimbulkan kekacauan di seluruh Negara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan mengadu pada SPR bahawa kerajaan menipu dalam pilihan raya,
Apakah umno yang mengadakan demonstrasi tidak menimbulkan kekacauan di seluruh negeri Selangor.Jika di selangor tidak berlaku sebarang kekacuan,sudah tentu demonstrasi jalanan sebaliknya.
Bukan setakat itu sahaja, malahan Dr Mahathir kata boleh membawa kepada keganasan, serangan dan pembunuhan tanpa menyedari umno pernah melakukan pembunuhan terhadap penyokong PAS di Memali dahulu.
Angkara siapakah itu, Adakah angkara pembangkang jugak ke? Ini jelas kerajaan dan umno/BN yang salah guna kuasa hak demokrasi sehingga mengakibatkan negara menjadi tidak selamat lagi kepada rakyat.
Bayangkan wanita yang ada dibawah kawalan polis pun menjadi mangsa rogol disamping kanak kanak perempuan tidak berdosa dirogol dan dibunuh.Peliknya kes berat dan besar begini dianggap kes terpencil oleh pihak polis dan kerajaan.
Apakah kes rogol, bunuh, rompak dan ragut membabitkan hilang nyawa dan hartabenda yang berlaku setiap hari di Negara satu Malaysia ini bukan keganasan, bukan kemusnahan dan bukan ancaman keselamatan kepada rakyat.
Allah telah menyatakan, bahawa tabiat manusia menolak dan tidak senanghati dengan kebenaran.-Abdullah Ngah.

Sunday, January 20, 2013

Mukaddimah 2013: Umno Marang Terbarai

Banner ni dijumpai tergantung tepi jalan besar di mukim Merchang pada pagi Jumaat 18 Januari 2013, kemudian hilang ketika melaluinya waktu tengahari, dicampak buang oleh mambang yang malu dengan tindakan bodo jembalang. Takkan orang hamno nk kata orang PAS pulak buat keje bodo gini? Sebab dulu kini dan selamanya yang bangang dan bodo hanya orang hamno... KAHKAHKAHKAHKAH...

Rupa2 nya pabila dah semakin dekat dengan PRU-13 ning maka semakin banyaklah timbul segala kudis, pekung, kurap, panau dan seumpamanya dari dalam kocek hamno, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Seperti yang di AMARAN kan oleh Man Bakar bahawa Parlimen Marang adalah yang terhebat antara bebanyak Parlimen di Malaysia. Kerana di sini lah kawasan kubu kuat Presiden Pas TG Haji Hadi Awang. Maka bodeklah Man Bakor dan ujub dia bercerita tentang kehebatannya pernah menewaskan TGHH.

Krisis Umno Marang memang parah. Bukan setakat gocoh peringkat 'orang besar' malah juak2 kat kampung2 pun cerai berai dan berpuak2. Oleh itu siapa yang nak peteh siapa, mampos korang lah. Peraturan biasa dalam hamno untuk naik dengan peteh memeteh. Ada aku kisah. Yang aku kisah hamno terkubur, PR bangkit.

------------KAHKAHKAHKAKHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH-------------

Thursday, December 27, 2012

Kalau BABI Tak Sondol Semak Tak Goyang

Jika angin tak goncang, kain kau takkan terbang hingga nampak seluar dalam...kahkahkah... Rakyat marhaen dah tau, kuasa korang mengatasi segala kuasa kerajaan, malah kadangkala berani mencabar kuasa tuhan. Jika korang kata 'NAK' maka dapatlah. Sepertimana umpco baham tanah rezab Melayu senang gitu2 je atas nama pembangunan konon. Sementelah lagi nakkan jawatan. Flipflop kenyataan seraya ampu lucah dari utusex maka dapatlah jawatan.

Kesian kat kau Mat Gusti asyik kena aje. Yea lah bila dah jadi tahi tu kemana engkau pergi pun akan tercium keharumannya. Toksah nak sembunyi lah.

Isa nafi pernah lobi jadi Pengerusi KPF
MERSING - Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau pernah melobi supaya namanya dicalonkan untuk bertanding sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Malah Mohd Isa berkata beliau sendiri tidak pernah mendaftar dan menghantar nama kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menjadi calon pengerusi atau ahli lembaga pengarah KPF.

"Tuduhan kononnya saya nak jadi pengerusi ini tidak berlaku. Jika hendak bertanding lembaga pengarah koperasi, kita mesti mendaftar nama dengan SKM kerana mereka akan menilai dan meneliti latar belakang serta kewangan calon.

"Saya nak memberitahu saya dan Felda tidak terbabit. Saya tidak mendaftarkan diri saya untuk bertanding dan tidak berniat untuk menjadi pengerusi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran rumah contoh projek Sentuhan Kasih Felda di Felda Tenggaroh 3, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan beberapa pihak termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) mengatakan wujud salah guna kuasa dan campur tangan dalam mesyuarat agung KPF ke-31 Jun lepas
.-SH

Saturday, December 22, 2012

LEBIH BAIK SPRM PI MAIN DAM ULAR

Tak kuasa SPRM nak layan. Buang karan aje. Perabih boreh SPRM mau buang masa layan karenah jahat 'majikan' dan 'konco2 majikan'nya. Nanti tak pasal-pasal pabila SPRM tebar je pukat tunda depa, maka berlambaklah melekat lebih dari separuh calon2 PRU13 bn-umpco kat pukat tunda SPRM. 


Mengikut perkiraan semasa, pasti Terengganu takkan ada calon bn-umpco yang berkelayakan pasal boleh dikatakan kesemua 'ikan bedukang' bn-umpco yang bertanding dulu kenyang duk makan taik yang ditabur oleh Idris Jusuh dan dikesinambungkan oleh Mad Said pulak. 

Ramai memperkatakan bagaimana pengurusan masuk dan keluar 'duit ehsan' yang disalur melalui JPP atau direct kepada YB2 bn-umpco dulu tak ada dibuat oleh depa apa2 buku catatan atau buku lejar atau kira-kiranya pun, main taram gitu aje. Itu mau kira camane?

Yang pastinya sekarang rakyat mesti BIJAK untuk menolak semua calon bn-umpco yang kotor, jijik, busuk dan korup.

PGU PRU-13.

SHAH ALAM – Cadangan agar bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sukar dilaksanakan kerana faktor masa dan jumlah nama yang terlalu besar, melibatkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, tujuan ke arah itu baik tetapi agar sukar untuk dilaksanakan.

"Kerajaan perlu memikirkan adakah ia praktikal untuk dilaksanakan atau tidak kerana ia memerlukan kaedah atau tatacara mengikut prosedur operasi standard SPRM,” katanya.

Menurutnya, mungkin SPRM menerima tuduhan sebagai ‘pilih bulu’ walaupun ia badan bebas.

“Tanggungjawab parti memastikan calon yang bertanding adalah bersih daripada rasuah. Pengundi mahu calon bersih,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.

Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.
-SH

Wednesday, December 5, 2012

Antara Taksub Dengan TokGuru Dan Syaitan

'Sekiranya kita berdamping dengan orang alim atau ulama maka kita akan menerima tempias ilmu dan kebaikan darinya tapi sekiranya manusia berdamping dengan manusia bertopeng serta berperangai syaitan maka jadilah dia lebih teruk dari syaitan'.

Negara akan hancur jika taksub parti

MELAKA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada negara yang tidak dapat melaksanakan pemerintahan secara demokratik kerana rakyat taksub kepada pemimpin dan parti.
Keadaan itu katanya, berlaku kerana rakyat mengundi semata-mata berdasarkan perasaan tanpa menggunakan pemikiran sehingga negara menuju kehancuran.
“Sebagaimana penyokong parti Pas, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama tetapi kerana Pas parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub,” katanya.-kosmo


Oleh sebab para penyokong, ahli dan pendokong PAS taksub kepada pemimpinlah maka barua anak-anak syaitan umpco yang membuat huru-hara di majlis ceramah Jelajah Rakyat Merdeka PKR di Gombak tidak di apa-apakan. Meski pun ramai yang cedera akibat balingan objek serta tikaman dari anak-anak syaitan itu tetapi para pendengar TIDAK BEREMOSI atau berganjak dari tempat mereka, kerana patuh pada arahan pemimpin agar tidak menyanggah sebarang provokasi dari anjing-anjing umpco.

Jika sekiranya pimpinan PR memberi 'hint' pada malam itu, aku ingat anak-anak syaitan tu lari tak cukup tanah kena serbu oleh ribuan pendengar.

ADA UBI ADA BATAS, PRU-13 BN-UMPCO MESTI KENA CANTAS...

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET