Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Firaun-Firaun Kecil Dalam PKR

Ingatkan selepas runtuhnya kegemilangan Mahafiraun maka tiada lagi anak-beranak firaun kat Malaysia ni. Rupa-rupanya ada lagi kewujudan mereka tetapi diistilahkan sebagai firaun kecil oleh YB Zul Nordin. Mari kita kenal apa ke benda firaun kecil ni.

Friday, March 5, 2010

Biawak-biawak Ini Bukan Buaya Tapi Naga

Kata TGNA, katak-katak PKR yang melompat itu ibarat 'buaya disebalik batu'. Apalah sangat buaya dapat telan jika dibandingkan dengan naga?

Bahasa TGNA masih lembut tapi tegas. Bagi aku takde gunanya bagi muka pada biawak-biawak hidup berkenaan. Mereka mengkhianati amanah rakyat. Harap tiada lagi ungkapan 'menggalas biawak hidup oleh PKR.

Duit dah banyak. Berjuta seperti dikata. Jika biawak-biawak ini mampus nanti, lakukanlah upacara tabur lahad mereka dengan duit haram tu. Sepertimana matinya suku sakat Tan Bee Heng.

Biarlah biawak ni pergi jahanam. Asalkan para penyokong masih setia meneruskan kesinambungan perjuangan.

Pejabat MB S'gor: Salehudin pernah pohon jadi CEO
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

"Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan setiausaha agung PKR," kata kenyataan tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Katak PKR Berkesuntukkan Wang?

Kaki haprak yang meninggalkan PKR rata-ratanya menghadap mahaguru Najib terlebih dahulu sebelum meneruskan langkah bodoh berikutnya. Tatkala mahaguru Najib memberikan lampu hijau maka kantung masing-masing haprak itu akan penuh berisi.

Semua haprak yang sujud dan menjunjung setia mahaguru Najib kemudian dipasang 'tali' supaya senantiasa 7/24 menjadi puppet Najib. Senang dipergunakan atau diperkambing hitamkan pada bila-bila masa.

Ayuh para pengundi dari kawasan-kawasan diwakili haprak berkenaan. Gasak mereka habis-habisan sehingga taik meleleh dari kelangkang mereka berceceran. Kita ajar mereka siapa hamba dan siapa tuan.

Mohsin Jumpa Najib, Pak Lah, Zahid Sebelum Keluar Parti

BAGAN SERAI 3 Mac- Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.-malaysiawaves.

Monday, March 1, 2010

WAL HASIL BALIK HASAL

Bagaikan anjing menjilat muntahnya, itulah perumpamaan terbaik untuk mereka dari PKR yang melompat kembali kedalam tong najis UBN. Aku tak heran. Orang ramai pun tak heran. Apa nak diheran dengan gelagat segelintir manusia talam dua muka yang kalbu mereka masih berpaksikan roh Umno.


Pasti ramai lagi sedang menunggu masa untuk blahh!! dari PKR. Eloklah mereka itu berambus sahaja. Kehadiran mereka dalam saf menongkah arus hanya bakal menggoncang keharmonian Pakatan Rakyat.




Thursday, February 18, 2010

Mabuk Air Tapei Ni

Kata orang mabuk tapei,"kami yang salah pilih DSAI". Walhal DSAI yang tersilap pilih mereka. PKR tak nafikan bahawa calon-calon pilihan mereka dalam PRU-12 lalu sekadar tangkap muat tanpa menyedari ramai dikalangannya terdiri dari katak emas munafik.


Kenapa salahkan DSAI? Mana DSAI tahu isi hati kamu jahat atau baik? Mana DSAI ada sakti nak x-ray dalam hati setiap calonnya berhati mulia tanpa kalbu hitam munafik? Huhh bangang bila mendengar orang mabuk todi @ tapei ni sembang. Percakapan mereka tak ubah macam orang gila. Tapi layan jer la.

Lebih baik orang gila dibanding dengan geng munafik PKR ni kerana orang gila cakap tanpa akal, padan la dia gila tapi si munafik bercakap guna nafsu yang diletak kat tumit kaki. Orang gila lebih mulia kerana mereka dijamin syurga berbanding geng munafik PKR haprak taraf pencacai angkat najis rasanya langsung tak berbau syurga kerana mengkhianati amanah rakyat.

Tak perlah ini masa kamu untuk bongkak atau apa pun. Tapi tunggulah gilirannya nanti di PRU-13 kerana tiada lagi tempat untuk kamu dihati kami malah mungkin akan disepak oleh pihak yang membela kamu kini.

KL: Pemimpin PKR meninggalkan parti, termasuk meletak jawatan kerana tidak sanggup bersekongkol dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ghairah untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, berkata mereka membuat kesilapan paling besar kerana memilih parti itu bagi memperjuang nasib rakyat, kerana apa yang nyata PKR sudah lari dari perjuangan asal semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi Anwar dan konco-konconya.

Beliau berkata apa yang tinggal dalam parti itu kini adalah kumpulan pemimpin yang tidak ‘bersih’ dan tidak mempunyai keikhlasan membantu rakyat kerana mereka sanggup berbuat apa saja bersama rakan sekutu, DAP termasuk menghapuskan dasar perlembagaan sedia ada apabila memerintah.

“Kalau dia (Anwar) kata dia tersilap memilih calon, sebenarnya kami yang tersilap bersama dia, tanyalah orang lain yang keluar parti, semua berasakan silap berada dalam parti dia.


Saturday, February 13, 2010

Siap Kau, Kena Kau Zahrain!

Pakatan Pulau Pinang mahu ‘dedahkan’ Zahrain malam ini

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan “perang” terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Tidak sampai 12 jam selepas Zahrain mengumumkan tindakannya membelakangi PR dengan keluar PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman (gambar) pihaknya akan mendedahkan segala-galanya mengenai Zahrain dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan beliau malam ini.

Majlis penerangan yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diadakan di bahagian pilihan raya Bayan Baru.

“Saya yakin Ketua Menteri akan mendedahkan segala-galanya malam ini,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis penerangan ini juga akan dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri, kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Zahrain mengumumkan keluar dari PKR di sini pagi tadi berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam PR.

Mengulas keputusan Zahrain keluar PKR, Mansor berkata tindakan itu memang sudah dijangkakan.

“Sebaik sahaja Zahrain mula menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, saya sudah menjangkakan yang beliau akan keluar PKR.

“Saya tidak kecewa dengan tindakan beliau keluar PKR, yang saya kecewa ialah perkataan-perkataan yang beliau gunakan terhadap Datuk Seri Anwar dan Ketua Menteri,” katanya.

Bagaimanapun kata Mansor kini senang bagi pihaknya untuk berhadapan dengan Zahrain.

“Sebelum beliau keluar, Zahrain bersama PKR... jadi sukar bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas dibangkitkan beliau.

“Tetapi oleh kerana kini beliau sudah keluar, maka kami di PKR juga boleh menghadapinya dan menjawab segala tuduhan,” katanya.

Mansor juga memberitahu, sebenarnya kepimpinan bahagian Bayan Baru juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan undi tidak percaya ke atas Zahrain.

“Ia sepatutnya diluluskan (dalam beberapa hari lagi) tetapi oleh kerana Zahrain sudah keluar, ia sudah tidak perlu diadakan, sudah tidak relevan.

“Ini dengan sendiri menunjukkan Zahrain sudah tiada sokongan di bahagiannya sendiri,” kata beliau yang turut menekankan bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang kesan.

Bahagian itu akan dipangku oleh timbalannya Tan Seng Kiat.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider akhir bulan lalu, Mansor memberitahu bahawa tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional.

Mereka termasuklah Zahrain.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Anwar (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Tindakan Zahrain keluar parti menyusuli kenyataannya dua minggu lalu mengkritik keras Lim sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Thursday, January 21, 2010

Khalid Nak Kena Pelempang Aku

Kenapa ni YB Khalid? Sibuk sangat ke? Tak hormat Ajk bawahan ke? Aku sanjung YB sebagai seorang yang berpersonaliti, berdedikasi, berkredibiliti dan berintergriti.
Tup-tup Ajk PKR Kuala Selangor diterajui YB Khalid komplen itu ini ngokngek sampai tahap perletakan jawatan ramai-ramai sehingga bubar PKR Bahagian Kuala Selangor.

Kekadang aku fed-up lah dengan PKR ni. Tak sekepala sket je terus angkat kaki. Takleh projek mula masam muka kedian tembor lari. PKR tak ada daya tahan, tak ada stamina, berlari 50m dah naik semput, ramai jatuh tergolek pengsan, tak kurang angkat bendera putih keluar dari kumpulan. Happaa raaa PKR...!!

Korang tak tengok ka apa tragedi mutakhir dalam Pas. Sampai bergegar, retak hampir karam kapal Pas kena bedil dengan Umno keparat. Hampir setiap hari barua keparat surat royat meloya dan seangkatannya melempar najis ke halaman Pas. Tapi tak sorang pun termasuk nakhoda, para kelasi dan penumpang kapal Pas lari meinggalkan Pas. Mereka istiqomah dengan serangan dan fitnah luar yang tanpa henti.

Sedih aku mengenangkan insiden demi insiden dalam PKR hatta kes tak puashati terhadap pimpinan pun boleh ambik keputusan drastik meninggalkan pemimpin mereka terkapur-kapur. Kenapa harus buat keputusan tak bijak tu? Kalau pemimpin korang buat lebih kurang, apa lagi?, gunalah kuasa korang untuk taji balik mereka tu.

Saluran kan ada? Jika saluran tak boleh gunapakai, korang gunalah kaedah SULA pulak biar sampai terberak... wakakaka...

Dalam Pas sendiri pun kemain berasap berapi para pimpinan kena taji dek komen dan kritikan dari para ahli, penyokong, bloggers Pas dan bloggers pro-Pas. Tak kurang juga ramai ahli yang tak sebulu dengan pimpinan sebab bukan semua pimpinan Pas ni berada di landasan sikap dan fe'el yang betul. Tapi atas dasar tarbiyyah dan sayangkan Parti maka sokongan ahli solid untuk parti dan tidak semudah dengan perkataan "TIDAK" untuk meninggalkannya.

DSAI dan pucuk pimpinan PKR telah membuat pelbagai perubahan, pindaan dan pembangunan bagi memastikan kesinambungan hayat PKR dan untuk mencapai misi Harapan Malaysia Baru. Manafaatkanlah platform tersebut.

KUALA SELANGOR 20 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar (gambar) di sini hari ini.-meloya.

Thursday, January 7, 2010

Terkebetulan Atau Agenda Tersembunyi 2

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.
-- BERNAMA

Sunday, December 20, 2009

Sejarah Yang Mesti Aku Rakamkan

Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'


"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakya berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi
.-malaysiakini.

Wednesday, November 25, 2009

Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya. SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut.

Mengikut Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah sebuah badan yang diamanah untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. SPR bertanggungjawab untuk memastikan penjalanan pilihanraya adalah bebas, adil dan bersih. Prinsip dan nilai demokrasi perlu ditegakkan demi kepentingan rakyat jelata.

Namun, sejak peristiwa tiga ADUN Perak lompat parti menjadi ADUN Bebas yang berpihak kepada BN sehingga kes DUN Kota Seputeh, SPR tidak pernah akur kepada keputusan Speaker. Tindakan SPR yang jelasnya berat sebelah kerana masih bersikap kepala batu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan.

Sebenarnya sudah lama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah berusaha serta mendesak agar proses pilihanraya di Malaysia dapat diperbetulkan dan diperbaharui. Namun SPR bukan sahaja tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH, malahan sanggup dijadi alat kepada BN dan sekaligus meyebabkan badan tersebut hilang kredibiliti serta integriti.

Oleh itu, Angkatan Muda Malaysia menyeru SPR agar insaf serta berani untuk menjalankan perubahan demi menegakkan demokrasi dengan segera di dalam negara kita. Nilai sebenar demokrasi adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat. Rakyat perlu diperkasakan untuk menentukan pimpinan negara dengan mengundi pemimpin yang membela rakyat.

*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.-merdeka review.

Monday, November 23, 2009

DSAI Pertahankan TGNA Di Parlimen

DSAI mempamirkan semangat setiakawan sejati sebagai rakan sekutu Pakatan Rakyat, selain mempertahankan TGNA atas dasar peribadi yakni menghormati TGNA sebagai seorang ulama' dan pemimpin. Beliau menyelar tindakan Pemuda Umno yang ketandusan isu melainkan licik mengambil peluang menangguk diair keruh.

Isu rasuah terhadap TGNA hebat digembar-gemburkan kemudian dijaja seantero negara oleh media haprak Umno. Pemuda Umno melihat ini peluang bagi membina karismatik mereka konon sebagai pemain utama sayap Umno. Sebaliknya kita melihat sekarang tindakan gelojoh dan bodoh pemuda UBN ini ibarat menjerut leher sendiri. TGNA telah membuat keputusan yang bijak dan diharapkan si tertuduh berkenaan juga turut mengikut jejak langkah sama.

Dalam situasi komponen PR yang sedikit tergugat ini tindakan DSAI di Parlimen dilihat amat terpuji atas usaha beliau menutup kelemahan sedia ada bertambah kacau dari diambil kesempatan lagi oleh UBN serta media keparat belaan mereka.

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Saturday, November 14, 2009

DSAI Terima Elaun $1.00 Sebulan

Ia suatu pengorbanan teramat besar dari seorang pemimpin berbekalkan iltizam untuk memastikan kesinambungan Pakatan Rakyat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat dan senantiasa dekat dihati rakyat.

Mungkin ia suatu perbuatan mustahil atau tiada pernah dilakukan orang tapi dipelopori oleh DSAI. Bekerja secara sukarela kepada kerajaan PR Selangor sebagai penasihat ekonominya dengan elaun RM1 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Selangor appoints Anwar as adviser for RM1 a month


SHAH ALAM: Selangor has appointed PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as economic adviser to the state with a token monthly allowance of RM1 with immediate effect.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said Anwar had consented and his appointment letter would be ready at the coming state executive council meeting.

He said the move was part of the state government’s efforts to improve the economic status of the state and moving toward making Shah Alam into an Islamic capital.

Khalid said Anwar was an experienced person for the post as he had been the Deputy Prime Minister, Finance Minister as well as director for a fund management company in United States as well as adviser for a large Islamic bank in Europe.

He said the state needed a person with such experience with no ties to the state administration.

When asked why Anwar accepted with only RM1 for the job, Khalid said it would be a charitable contribution from Anwar.

He added that Anwar would liaise with the Mentri Besar office directly.-theStar.

Sunday, August 23, 2009

ADUN Lunas Keluar Parti

Fasa 1 rampasan kuasa di Perak, disusuli Fasa ke-2 mengganyang Selangor telah berjaya Umno laksanakan dengan jayanya. Makanan mereka adalah dari kalangan bekas-bekas haprak Umno yang menganggotai PKR dengan disajikan umpanan berupa wang dan material.

Sepertimana kecundangnya Osman Jailu dan Jamaluddin di Perak, PKR Kedah tidak ketinggalan menurut jejak langkah kedua petualang tersebut. Kali ini kawasan kubu kuat PKR Kedah iaitu Padang Serai menerima tamparan hebat apabila ADUN Lunas berpaling tadah.

Isu pengkhianatan PKR Kedah terhadap gagasan Pakatan Rakyat sebenarnya telahpun bermula dari peristiwa PRK Bukit Selambau lagi. Keretakan yang terjadi kini sedang menunggu belah.

Krisis demi krisis melanda PKR, apa sebenarnya matlamat wakil-wakil rakyat PKR?
Adakah untuk membela rakyat yang sekian lama dizalimi Umno/BN atau sekadar untuk membela perut kamu yang kecewa sewaktu di dalam Umno dulu? Celaka.

Walau apa pun diharap agar saki baki ahli dan penyokong PKR yang ada terus istiqomah dengan perjuangan mereka membela nasib rakyat. Sekiranya anda merasa goyah dipersilakan bersama dengan Pas.

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

Tuesday, April 28, 2009

PKR pecat 16 ahli lawan calon parti

PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini. 

Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.
"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya. 

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini." 

Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut: 
1. Moganakumar Subramaniam (Merbok) 
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena) 
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai) 
4. Roslan A Hamid (Padang Serai) 
5. Abu Bakar Din (Baling) 
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik) 
7. Mustafa Hassan (Sik) 
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai) 
9. Deivanai Krishnan (Jerai) 
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang) 
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang) 
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun) 
13. Dr Ambrose Labang (Julau) 
14. Wong Kee Kai (Julau) 
15. Rajang Unau (Julau) 
16. Kudik Untung (Julau)

----------------------------------->>>>>

wohulu:
perjuangan tanpa keimanan... tak kemana haluannya... kesenangan dunia semata... sireh pulang ke gagang...

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET