Showing posts with label Dap. Show all posts
Showing posts with label Dap. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Asal Bukan umno-apco

Semakin ramai golongan pemimpin dan bekas pemimpin dari gerombolan yang terbuka hati dan minda telah berpaling dari wadah haprak perjuangan umno-apco-bn. Parti kapal kian dimasuki air, kian berkocak, sedang tenggelam, sekadar tinggal tiang layar, menunggu masa untuk mencium dasar tangki najis.

Tak ada apa dah dalam bn-umno-apco, riuh rendah huru hara memasing nakhoda dan penumpang mencari jalan keluar menyelamatkan diri. Pergilah bertenggek dimana pulau atau daratan pun... Asalkan Bukan Umno-apco.

Bekas orang kanan Najib sah sertai DAP

KUALA LUMPUR:Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya
.-daptrg.

Tuesday, August 24, 2010

Seng Giew Boleh Faham, Kenapa Tidak Karpal?

Apabila TGNA cakap Karpal sorang aje yang tak dengar kata, Karpal hujah bahawa suaranya mewakili ramai dalam DAP. Ungkapan lama, jika umur dah mencecah 40 tahun tapi perangai tak ubah-ubah alamatnya sampai tua pun begitulah. Hakikatnya Karpal begitulah. Keras KENG dah dia ni. Jika ahli DAP lain boleh bertoleransi dan hormat dengan Islam dan Hudud kenapa tidak Karpal? Pada pertimbangan aku Karpal adalah kafir Harbi. Darah halal???

Hari ni Tan Seng Giew secara ikhlas dan reti bahasa menyatakan bahawa hukum Hudud jika dilaksanakan di Malaysia hanya dikenakan ke atas umat Islam sahaja. Manakala kaum bukan Islam pula perlu hormat dan tunduk dengan kedaulatan hukum Hudud. Tidak semua perkara dalam hukum Hudud akan dipaksakan ke atas bukan Islam, sesuatu hal adalah tertakluk kepada perbincangan bersama. Itu hanya mainan Umno-BN-Apco untuk menakutkan bukan Islam.

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew

SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa
.-sinar

Friday, August 20, 2010

Deii Singh!!! Appaa Raaa...!!!

Marilah parawan DAP pakat-pakat pecat pakat-pakat tendang si Singh sekor ni. Selagi si mulut cabul taik karat sekular ni berkuasa veto dalam DAP selagi itulah kocak gelombang perselisihan wujud dalam Pakatan Rakyat terutama antara Pas-DAP.

Khabar dari akhbar lebong Umno-Apco.

Silaturrahim Pas-DAP kebelakangan ini amat baik dan harmoni tetapi kecabulan mulut Karpal sedikit sebanyak akan mengguris hati parawan Pas, dan sekiranya ada jawab balas dari Pas jika tidak ditangani secara berhemah maka hati parawan DAP pula akan terhiris.

Betul lah dalam sebuah pakatan terdiri dari tiga parti yang kuat dan berprinsip perlu ada diplomasi dan persefahaman. Rupanya dalam seramai manusia pakatan itu masih ada lagi sekor pengacau keharmonian senantiasa bernada kontroversi yang bakal mengundang konfrontasi.

Sedarlah Singh! Ekau tu rumah kata pergi dan kubur kata mari. Sudah-sudahlah dengan keegoan ekau. Terimalah cadangan dari seorang TokGuru secara rasional. Usah ditentang sebulatnya tapi cubalah dicernakan agar selari dengan haluan perjuangan.

Thursday, January 7, 2010

Terkebetulan Atau Agenda Tersembunyi 1

Pemimpin DAP Pulau Pinang Sertai PCM

PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, Khamisi mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Katanya keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

"Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu, berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.

"Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju," katanya
.-- BERNAMA

Sunday, December 20, 2009

Sejarah Yang Mesti Aku Rakamkan

Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'


"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakya berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi
.-malaysiakini.

Saturday, December 5, 2009

UBN Riuh Sekampung: Pelik Bila Non-Muslim Takbir Raya

Macam anjing menyalak bukit ibarat puak-puak Umno menuding ke arah non-Muslim yang cuba berjinak-jinak dengan Islam. Selama ni dalam kepala hotak Umno, jika non-muslim nak baca ayat Quran, bertakbir, bertahmid atau seumpamanya mestilah berdaftar dengan PERKIM dulu. Selagi takde 'title' mualaf mungkin tiada layak sentuh pasal Islam. Tetapi bila MCA mencabar kewibawaan Islam, Umno mati kutu simpan teloq dalam kocek seluar.


Lebih-lebih lagilah kalau yang ungkap ayat-ayat suci Quran itu dari kalangan seteru UBN seperti DAP. Kalau TGNA mereka sanggup beri gelaran ulama' songsang, apatah sangat dengan orang cina biasa, mungkin mereka anggap lebih teruk dari haiwan. Sedangkan berapa ramai dari kalangan orang melayu Umno, penyokong totok Umno dan gurkha Umno tak reti alif ba ta.

Kenapa Umno tidak cakne terhadap sebilangan besar golongan buta alif ba ta yang sebati dengan disko, pub dan kelab-kelab dangdut? Malangnya bila ada penguatkuasa bertugas kebetulan tertangkap peminum arak dan pelaku maksiat dari kalangan bangsawan Umno ini maka serta merta mereka melantun jiwa menuduh jabatan agama melanggar hak asasi manusia.

Orang Umno tau dak sejarah Abu Jahal bapak saudara Nabi Muhammad, seorang kafir laknatullah, disebut kisah kejahatannya dalam surah Al-Lahab, kerjanya memerangi dakwah Rasulullah, setiap hari melakukan tawaf mengelilingi Kaabah? Jika nak dinilai dengan takbir oleh YB Chan Ming Kai ni takde air kaki pun.

Tapi itulah fe'el huduh Umno. Mempertikai sesuatu perkara ikut kepala lutut bukan nak tanya pada ulama' sepak tong mereka. UBN hanya boleh 'survive' melalui aktiviti jahat semata. Siapa kau nak kelentong ni UBN? Orang kampungkah. Orang kampung dah celik IT dan internet. Atau JKKK. Orang jenis JKKK sahaja tentunya UBN boleh makan sebab sampai liang lahad pun tertutup rapat minda mereka.

"MAAF" Ungkapan Sukar Terucapkan

Tragedi kelakuan 'paranormal' beberapa orang pimpinan DAP memijak gambar tiga ekor 'katak puru' Perak dalam Konvensyen DAP Perak baru-baru ini amat tidak masuk akal.
Mendapat kecaman yang maha hebat baik dari pihak lawan ataupun kawan. Semua orang tidak dapat menerima tingkahlaku liar tersebut. Memalukan sesama manusia dan menjatuhkan nilai peradaban sebuah negara dan masyarakat yang bertamaddun.

Ada pun menyedari kesilapan luar kawalan atau separa sedar oleh Lim Kit Siang dan para anakbuahnya, membawa kepada sikap randah diri permohonan maaf oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, mewakili DAP di lobi Parlimen pada 2 Disember lalu. Ramai orang sukar untuk melahirkan kata-kata 'maaf' atas dasar ego dan berkepentingan diri sendiri. Sedangkan ia suatu ucapan yang dimuliakan dalam Islam demi memupuk kembali persaudaraan.

Itulah sikap terpuji setelah menyedari kesilapan telah jauh melangkaui norma-norma kesopanan dan kehormatan diri. Apakah Najib sedia dan rela untuk memohon maaf kerana menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan wang royalti? TGNA yang tinggi nilai intergriti lebih pantas mengungkapkan maaf meskipun tiada dizahirkan dengan mengubah hala doa agar Tuhan menjahanamkan Najib, konco-konconya dan UBN sekaligus.

Berbalik kepada Nga Kor Ming yang merakamkan berbanyak kemaafan atas tragedi itu, beliau mengharap semoga kes berkenaan tidak diperbesar-besarkan atau dibangkitkan lagi di Parlimen khasnya.

Bak kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'. Sejarah hitam tidak akan dilupuskan dengan mudah terutamanya oleh UBN yang tegar sikap dendamnya. Gambar perilaku buruk itu akan disimpan kemudian di edit secukup rasa bagi menjayakan propaganda jahat perkauman UBN.

Itulah lain kali semua pihak perlu berhati-hati. 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku buruk padahnya'...

Tuesday, December 1, 2009

Cari Pasal Belaka La Ni

Ini semua kerja bodoh konon lawak bodoh dan cari pasal. Seluruh rakyat Malaysia yang memahami memang meluat dan geram dengan tiga ekor 'biawak' tu tapi taklah sampai mengadakan 'ritual' memijak nak buang sial kot terhadap mereka bertiga.

Semedang pulak acara pijak menghenyak muka tak malu tiga biawak dilakukan di majlis konvensyen DAP Perak, suatu majlis rasmi yang menjadi tumpuan. Apalagi dapat 'bonus' lah para wartawan 'lima sen' UBN tu untuk menyiar raya habis-habisan berita berkenaan bagi merenyuk serenyuknya Pakatan Rakyat. Makan besarlah syarikat akhbar lahanat UBN bersama wartawan durjana mereka.

Sudah semestinya potret-potret 'biadap' ini akan digunakan sepenuhnya untuk menambahkan perisa gula-gula UBN dalam isu perkauman. Lebih dari itu sebagai senjata ampuh untuk memalukan serta mencalarkan moral PR dalam pilihanraya.

Harap kerajaan tidak menjadikan isu ini sebagai silibus baru matapelajaran Biro TataTitiTutu Negara nanti setelah penyemakan semula dibuat. Manakala PakHim raja katak kemain galak lagi wong sana wong sini 'jual taik minyak' seumpama lagak katak keriangan memanggil hujan.

DAP bersifat kurang ajar - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pemimpin DAP bersifat kurang ajar apabila menjadikan gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak sebagai alas kaki untuk dipijak para perwakilan yang menghadiri konvensyen parti itu di Perak semalam.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut mempersoalkan adakah DAP mengamalkan ajaran komunis selain mempertikaikan di manakah prinsip menghormati hak asasi yang kononnya diperjuangkan parti itu selama ini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dikatakan memijak gambar itu.

Difahamkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Ko Ham; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan dan ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow turut memijaknya.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET