Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya. SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut. Mengikut Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah sebuah badan yang diamanah untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. SPR bertanggungjawab untuk memastikan penjalanan pilihanraya adalah bebas, adil dan bersih. Prinsip dan nilai demokrasi perlu ditegakkan demi kepentingan rakyat jelata. Namun, sejak peristiwa tiga ADUN Perak lompat parti menjadi ADUN Bebas yang berpihak kepada BN sehingga kes DUN Kota Seputeh, SPR tidak pernah akur kepada keputusan Speaker. Tindakan SPR yang jelasnya berat sebelah kerana masih bersikap kepala batu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan. Sebenarnya sudah lama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah berusaha serta mendesak agar proses pilihanraya di Malaysia dapat diperbetulkan dan diperbaharui. Namun SPR bukan sahaja tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH, malahan sanggup dijadi alat kepada BN dan sekaligus meyebabkan badan tersebut hilang kredibiliti serta integriti. *Kenyataan media oleh Lee Khai Loon selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.-merdeka review.
Oleh itu, Angkatan Muda Malaysia menyeru SPR agar insaf serta berani untuk menjalankan perubahan demi menegakkan demokrasi dengan segera di dalam negara kita. Nilai sebenar demokrasi adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat. Rakyat perlu diperkasakan untuk menentukan pimpinan negara dengan mengundi pemimpin yang membela rakyat.
Wednesday, November 25, 2009
Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN
Hasilkerja oleh wohulu at 23:13
Labels: copy-paste, korup, PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment