Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Bandar Dungun Bakal Ada Velodrome

Aku tumpang bangga. Dungun bakal dibina sebuah velodrome lumba basikal. Semakin membangunlah bandar Dungun. Munasabah juga jika lokasi pembinaannya di Dungun mungkin kerana dua sebab iaitu pelumba ulung Malaysia yakni Zulhasni dan Exco Kemudahan Awam yakni Dato' Za'abar kedua-duanya adalah orang Dungun. Tak perlu LAH premis sukan ni dilonggok setempat kat Kuala Terengganu bimbang terkena aura Stadium Runtuh RM200 juta tu.

Apa yang aku percaya sebagaimana biasa pengumuman oleh Dato' Zaabar ni sekadar gimik politik sempena PRU-13. Contoh paling mudah adalah janji Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk membina Hospital Daerah Dungun yang baru BERTAHUN-TAHUN nan lalu. Tapi sampai la ni apa pun tarak hatta sebatang tiang pun tak terpacak.

MALANGNYA TAK BERBALOI JIKA PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL INI TETAP DI MONOPOLI OLEH SANG ANAKONDA...

Kerajaan Terengganu bercadang melihat model velodrom di Melbourne, Australia sebelum memutuskan reka bentuk sebenar bagi pembinaan velodrom lumba basikal bernilai RM3 juta di Kampung Balai Besar, Dungun tidak lama lagi.

Veledrom lumba basikal yang akan dibina di Kampung Balai Besar, Dungun, mungkin mengikut model velodrom  di Melbourne, Australia.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Za'abar Mohd Adib, berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan lawatan ke Melbourne untuk melihat secara dekat reka bentuk velodrom di negara itu sebelum membuat ketetapan dan perkara susulan berhubung perkara itu.


"Kita diberi peruntukan RM3 juta bagi membangunkan projek itu, bagaimanapun peruntukan itu agak rendah dan peruntukan tambahan diperlukan. Bagaimanapun, mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat.

 “ Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri, di Wisma Darul Iman, semalam (17 Oktober).

 Dato’ Za’abar berkata, velodrom itu dibina untuk sesi latihan bagi pelumba negeri dan mencungkil bakat baru.

Thursday, January 5, 2012

TGNA Serah Kunci Rumah Kepada Apex

Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.


p/s: Pemain bolasepak Ganu selama duk bawah Deris Jusoh dan Mat Said, agak2 berapa orang yang dah dapat bantuan serupa gini? Kecuali para pemain dan jurulatih Mat Zan Mat Aris era pemerintahan PAS 2000 setelah menjuarai Piala Malaysia dapat hadiah tanah sebidang sorang.


Harap ke umno-apco??? Dokrokcetong!! Tanoh rakyat yang sedia ada molek2 ada KERAjaan umno-apco rampas macam lanun lagoknya.

Tuesday, November 1, 2011

Kerana umno-apco, Atlit Israel Boleh Masuk

Celaka Sabri Chik. Buat malu rakyat Ganu sungguh mung ni. Ada dua dosa besar mung sedang buat sekarang ni. Pertama mung relakan kemasukan menatang atlit Israel, dan kedua mung cakap LEBONG mung tuduh orang lain buat kerja yang bukan-bukan. Busuk kohong mulut mung Sabri Chik.

Mana-mana puak gerombolan yang sokong mung dan menaikkan mung terutamanya gerombolan Parlimen Kemaman sama-sama mendokong saham neraka yang Sabri kendong.

SHAH ALAM, 1 Nov : Dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Kerajaan
Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia sebagai suatu yang
palsu dan berunsur fitnah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong menyatakan
Menteri Belia dan Sukan itu tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain(kerajaan Selangor).

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,"katanya.

Semalam di parlimen Shabery mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat
bertanggungjawab dalam kemasukkan warganegara Israel itu untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, "The Challenger Muay Thai."

Mengulas lanjut, Elizabeth yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan menegaskan bahawa Selangor
tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut sama ada dari sudut pemilihan ahli sukan
ataupun penerbitan siri televisyen tersebut.

"Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia
dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut," katanya

Elizabeth menerusi kenyataan medianya hari ini dengan jelas menegaskan Pakatan Rakyat
berpendirian teguh dengan semangat setiakwan dengan rakyat Palestin sekaligus menolak
sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

Ini merupakan kali kedua pada tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan
warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas.

"Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada
warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin,"katanya.

Sebagai makluman, penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program
televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti "The Contender," "The Biggest Loser Asia"
dan "The Apartment."-tvs

Sunday, June 12, 2011

Juara FA 2011 Tidak Semanis Kenangan Tahun 2000

Penantian lebih 10 tahun oleh pasukan Ganu untuk merangkul Piala FA telah terbukti semalam. Kapten pasukan, Marzuki berfungsi dengan baik mengemudi jentera pasukan Ganu sehingga berjaya menyumbat gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.


Pada tahun 2000, Mat Zan Mat Aris mengejutkan ramai pihak apabila mengangkat martabat Terengganu di arena bolasepak negara dari sebuah pasukan 'underdog' menjadi sebuah pasukan elit bolasepak. Kenangan saat manis itu masih terpahat diingatan tatkala Terengganu membenamkan Pulau Pinang 1-0. Lebih manis lagi apabila kemenangan itu diraih sejurus selepas Kerajaan Terengganu di ambil oleh PAS dan diterajui oleh Tuan Guru Ayoh Chik.

Sambutan para penyokong pula amat hebat dan luarbiasa. Bas, kereta dan kenderaan yang membawa para penyokong mengibarkan bendera Terengganu dan bendera Pas menjalari jalanraya dari Kemaman sehingga ke Besut. Kehangatan menyambut kemenangan Kerajaan Pas Terengganu dalam PRU ke-10 itu dimeriahkan lagi dengan kemenangan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA 2000.

Semalam 11/06/2011, sejarah terlakar lagi apabila Terengganu buat kali ke-2 menjuarai Piala FA 2011. Tetapi kemanisannya kurang jika dibandingkan dengan kemenangan Tahun 2000 dulu. Kerana apa? Kerana kemenangan kali dinaungi oleh kerajaan bn-umno-apco. Kerajaan yang korup dan bersifat perkauman. Semangat kegembiraan sedikit pudar.

Dulu Pas menang kemudian bola pun menang.
Apakah mustahil sekarang bola Terengganu menang manakala PRU-13 nanti Pas pula menang tawan Terengganu.

Thursday, December 30, 2010

Aku Pun Nak Tumpang Sekaki


Alhamdulillah... sambutan nanti jangan over2 pulok.

Rakyat Indon Ngemis Di Sini, Jangan Lupa Itu

Bila nak padam api dendam oleh hati-hati kamu rakyat Indon yang gampang? Segalanya kamu mau protes. Apa yang salah telah diperbetulkan, apa yang benar kamu enggan iya kan. Jadi mana penyelesaian? Tiada kesudahan.


Lepas satu demi satu kesilapan kamu kaitkan. Sudah lah tu, bukankah kita pun asalnya dari satu rumpunan? Kalau rumpun lain itu munasabah juga jika kamu mau jegilkan.

Aku di sini pun ramai customer dari kalangan rakyat Indon. Tapi mereka baik-baik aja tidak segampang kamu wahai rakyat indon yang gampang. Kami tidak pernah usik apatah lagi untuk menyakiti mereka. Mereka jugak manusia layak dilayan sebagai kawan.

Tapi apa anggapan kamu wahai indon gampang dengan rakyat Malaysia di sana. Apakah kamu rela dianggap sebagai haiwan atau pun setan?

Dalam sukan pun kamu tiada semangat kesukanan pada lawan. Kerana nafsu maka kamu tewas di perlawanan.

5 kereta perisai lindungi pemain Malaysia

JAKARTA - Pemain negara jelas berdepan dugaan yang hebat sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7 petang (8 malam waktu Malaysia) apabila lima kereta perisai yang dikenali sebagai Barakuda terpaksa melindungi mereka dalam perjalanan ke Stadium Gelora Bung Karno.

Mereka yang keluar dari Hotel Sultan tepat pukul 4.50 petang pada waktu di sini terpaksa melalui ratusan ribu penyokong Indonesia di pintu timur stadium sambil menaiki kereta perisai berkenaan supaya boleh memasuki dengan selamat ke dalam stadium.

Namun, terdapat segelintir penyokong Indonesia menyedari kedatangan pemain negara lalu mengetuk kereta perisai terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah.

Biarpun tiada insiden buruk berlaku tetapi perlindungan maksimum yang diberikan kepada pemain Malaysia terpaksa dilakukan ekoran pelbagai kontroversi dilemparkan media tempatan. yang membakar emosi penyokong Indonesia.

Antara provokasi terang-terangan yang dilakukan oleh media di sini ialah mengenai penggunaan laser dan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid bahawa pemainnya dianayai dengan serbuk gatal ketika menjalani latihan di Malaysia. - Utusan

Thursday, August 19, 2010

Padan Muka Kau Buat Niaya Kat Binatang

Seekor lembu mengamuk dan melompat keluar gelanggang menyerbu ke tempat duduk penonton (bijak jugak lembu tu target dan lompat). Kejadian itu dilaporkan berlaku di Tafalla utara Sepanyol dalam satu pesta laga lembu. Seramai 30 orang diberitakan cedera.


Apalah nasib kau lembu duk kat negeri orang kapir masih di aniayakan atas nama hiburan dan perjudian. Mungkin juga atas nama warisan maka kerajaan mereka membenarkan. Memang kesian lembu-lembu dikerjakan sampai hilang nyawa. Paling zalim dalam pertunjukan matador. Kalau ada lagi peluang elok lembu lain sedar dan protes dengan mengamuk dalam pesta tiada perikemanusiaan yang lain pula.

Friday, July 9, 2010

Spain Vs Holland?

Aku bukan kaki bola, kaki bangku mungkin. Sejak dari sekolah kecik sampai bertingkat-tingkat sekolah hingga masuk kolej pun nama tak pernah tersenarai dalam kesebelasan pasukan bola. Kat padang pun kalau dalam sebulan payah nak nampak aku tendang bola. Permainan sukan aku lebih terdorong kepada jenis guna tangan. Paling aku minat ialah kriket. Mainan orang hitam dan putih paling glamer. Aku ikhlas royat tak suka bola tapi minat bola. Camane nak elaborate tu?


Senang ginilah. Aku tak reti main bola sebab tu aku tak suka bola. Di sebalik itu aku suka tengok orang-orang atau pasukan yang pro main bola. Pasukan Ganu aku bo-layan lah. Hampeh buang karen wat perabih boreh ajo.

Dalam musim Piala Dunia ni aku automatik nya suka tengok bola. Terutama bila pasukan elit dan favourite seperti Brazil, Argentina, Holland dan Jerman bermain. Aku kagum dengan Leo Messi, Klause dan Ven Rubben bermain. Selamba tapi versatile. Susah nak cakap pasal aku bukan pro bola.

Jauh dalam sudut hati aku yakin dengan Nedherland akan menjuarai Piala Dunia 2010 ini tapi Spain juga bukan enteng untuk dijinakkan. Pertemuan Nedherland-Spain ibarat buku dengan ruas. Meskipun dari aspek sejarah kita takkan lupa dengan kezaliman dan kejahatan Sepanyol membantai Kerajaan Islam Andalusia dulu serta kebejatan Belanda menakluk dan menyesatkan umat Islam Nusantara, namun kini semua bagai dilupakan.

Disamping itu wujud lagi di zaman dajjal ni manusia yang percayakan tahyul kuasa psikik binatang seperti sotong dan burung untuk menilik pasukan yang menang. Pelik tapi benar. Manusia bodoh 100% percaya dengan ramalan luarbiasa haiwan. Siapa manusia paling bodoh itu. Tak lain ialah kaki judi dan taik-taik judi bola.

Syukur kita kerana kerajaan yang bengong ini membatalkan hasratnya daripada meneruskan Judi Bola. Kalau tidak budak sekolah rendah pun akan pertaruhkan hatta 20 sen kecik dan 20 sen besar. Niaya beb. Tapi naluri mazmumah manusia yang lagha tidak boleh lari dari kerja-kerja maksiat. Walau takde Judi Bola berlesen tapi judi bola tanpa lesen tetap berjalan dengan kehadiran bookie-bookie kecil. Semua taik judi tak kira lah dia seorang Muslim atau tidak turut sama-sama bedal.

Aku konfiden Holland akan kalahkan Spain 2-0. Rasanya lah.

Saturday, January 23, 2010

Azizulhasni: Aku Respek Sama Dia

Pertama respek aku untuk Azizulhasni kerana dia anak watan Dungun Tranung. Kedua kerana semangat juang dia yang tinggi meskipun tubuh kecik je jika nak dibanding dengan para pelumba luar negara. Tetapi itulah dia 'budak besi' yang terkini menjuarai Keirin di Beijing.


Mohd Azizulhasni Juarai Keirin Di Beijing

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau adalah antara pelumba terbaik dunia apabila menjuarai acara keirin pada siri keempat Piala Dunia Klasik di Beijing, China malam Sabtu.

Pelumba itu yang mewakili pasukan profesional Australia, Bike Technologies Australia (BTA), menewaskan lima lagi pelumba termasuk Maximillian Levy yang memenangi pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik 2008.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan Mohd Azizulhasni mengutip 12 mata selaku juara dan berada pada kedudukan pertama di kalangan 24 pelumba dengan mengumpul 22 mata keseluruhan.

Selain itu, ia juga membolehkan Mohd Azizulhasni menyarung jersi putih selaku pendahulu pungutan mata keseluruhan apabila turun beraksi pada Kejohanan Trek Dunia di Denmark pada Mac ini.

Pada pusingan pertama malam ini, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya memenangi saringan kedua di pusingan pertama sebelum menduduki tempat ketiga pada pusingan kedua.

Tempat ketiga itu bagaimanapun sudah cukup untuk membolehkan pelumba berusia 22 tahun tersebut menempah tiket ke pusingan akhir bersama-sama lima pelumba lain termasuk seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng.

Kejayaan yang dicapai Mohd Azizulhasni itu bagaimanapun gagal diikuti Josiah apabila sekadar menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat keenam dan terakhir.

Kemenangan itu merupakan "hadiah perkahwinan" yang bermakna untuk Mohd Azizulhasni yang bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu depan.

Pada Kejohanan Trek Dunia di Poland tahun lepas, pelumba tersebut gagal menyerlah pada acara keirin namun tetap tidak mengecewakan apabila meraih perak dalam acara pecut 200 meter.

Turut beraksi adalah Mohamad Hafiz Mohamed Sufian yang mencatatkan masa 1 minit 04.688 saat untuk sekadar berpuas hati di tempat ke-14 dalam acara satu kilometer ujian masa manakala Fatehah Mustapa pula di tangga ke-15 dalam acara 500 meter ujian masa
.-- BERNAMA

Saturday, November 21, 2009

Malaysia Tuan Rumah Sukan Olimpik

Jauhnya angan-angan Malaysia nak jadi tuan rumah sukan Olimpik. Najib ada cita-cita jugak nak nganjur temasya tersohor ni. Simpan dulu la angan mat jenin kau tu Najib. Mungkin 20-30 tahun lagi belum tentu kot.


Bina stadium renang kat Batu Burok pun tak pass, bocor sana rekah sini. Stadium taraf dunia di Gong Badak runtuh jadi besi buruk sampai leni belum diusik. Terengganu memang 'out' dari senarai jika dikirakan faktor keselamatan dan keutuhan prasarana sukan.

Pasukan bolasepak terutamanya jauh panggang dari api nak jadi pasukan elit dan setaraf dengan pasukan elit Asia lain seperti Jepun dan Korea. Status taik kuku cagu Perancis je. Lawan Laos pun KO. Camna nak lawan Cameroon? Balik awal la.

Kayu pengukurnya mungkin pada pasukan bolasepak negara. Kalau berkelayakan masuk ke Sukan Olimpik maka aku yakin insyaAllah grup sukan lain seperti olahraga boleh 'fight' kat Olimpik.

Ini PM duk sibuk nak nganjur memacam, nak glamer kering jer tu. Anjur itu ini tapi ranking taraf tukang bancuh air je. Wat malu kompeni la.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memperbanyakkan jaguh bertaraf Asia serta atlet yang layak ke Olimpik sebelum berangan-angan untuk menjadi tuan rumah sukan tersebut.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ini antara syarat utama bagi menganjurkan sukan tersebut kerana sebagai negara tuan rumah, Malaysia perlu mempunyai kelompok besar jaguh Olimpik serta kerap memenangi pingat emas pada temasya tersebut.

“Itu merupakan syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kepada negara yang berminat menjadi tuan rumah,” katanya, semalam.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mampu menyediakan infrastruktur sukan bertaraf Olimpik faktor tersebut perlu diambil kira.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, bahawa Malaysia tidak bercadang menganjurkan Sukan Olimpik dalam masa terdekat.

“Apa guna kita menjadi tuan rumah sekiranya tidak mampu memperolehi sebarang pingat emas dalam temasya tersebut,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu menjadi tuan rumah sukan Olimpik, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang.-sinar harian

Friday, November 20, 2009

Giliran Irfan Bakti Berbakti Untuk Terengganu

Aku bukanlah seorang peminat fanatik bolasepak lebih-lebih lagi bolasepak negara dan tempatan. Aku sendiri pun 'kaki bangku'. Aku minat Kriket. Tapi sekurang-kurangnya aku ambik tahu jugaklah sesikit aktiviti, status dan kejayaan kelab bolasepak tempatan.

Tahun 2009 menyaksikan omputeh bernama Ken Worden dilantik sebagai jurulatih negeri. Prestasi Ken Worden pun bagi aku tak konsisten. Ada negeri yang mencapai kejuaraan hasil tunjuk ajar beliau dan ada negeri sebaliknya tak terkecuali Terengganu.

Agaknya jiwa melayu Terengganu tidak serasi dengan fe'el omputeh. Susah nak dengar kata-kata atau langsung tak faham dengan bahasa omputeh. Kalau camtu keadaannya camna pemain nak faham istilah-istilah tektikal perlawanan.

Saat gemilang PBSNT ialah sewaktu asuhan jurulatih Mat Zan Mat Aris yang memenangi kejayaan paling berprestij Piala Malaysia.

Thursday, November 5, 2009

GOMO KELATE GOMO..!

Mutakhir ini keganasan penyokong bolasepak tempatan didalam stadium perlu ditangani dengan serius dan teliti. Rusuhan antara para penyokong Kelantan dan Perlis pada minggu lepas sehingga 2 orang cedera parah perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pihak polis telah menyenaraikan 6 perkara yang diharamkan dibawa masuk ke dalam stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia nanti. Barangan tersebut adalah bahan letupan, senjata berbahaya, payung, topi keledar, botol dan tin minuman juga kiub ais serta wisel.

Langkah bijak dari pihak keselamatan sebagai 'prevention' dari tercetusnya pergaduhan antara penyokong. Tetapi satu benda yang tak termasuk dalam senarai haram ialah bendera parti. Kalau setakat bendera dacing aku rasa orang tak heran. Tapi jika dikibarkan bendera bulan dalam stadium mungkin ramai yang teruja, dan tak kurang juga yang trauma dengan kaler hijau akan muntah situler.

Semoga hendaknya para penyokong Kelantan dan simpatism Pantai Timur tidak membawa atau mengebarkan bendera bulan sepanjang perlawanan berjalan sepertimana saranan Tokguru. Utamakan semangat kesukanan.

Gomo Kelate Gomo...!!

6 barangan dilarang pada perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Sebagai langkah keselamatan, Polis Kuala Lumpur menyenaraikan enam barang larangan yang tidak boleh dibawa masuk oleh penyokong bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Enam barangan tersebut ialah bahan letupan, senjata berbahaya, payung, topi keledar, botol dan tin minuman, kiub ais serta wisel. – Utusan

Tuesday, November 3, 2009

TGNA Pun Cakne Bolasepak

Ramai orang terutamanya yang prejudis terhadap pemimpin Pas menganggap para tokguru tiada mempedulikan hal lain melainkan zuhud pada Tuhan semata. Dituduh alim ulama' Pas anti non-Muslim serta ekstrimis. Disebarkan jua konon Pas sebuah parti militan dan pondok pengajian sebagai markas mengkaderkan pengganas.

Meleset segala tohmahan itu kecuali mereka mengenali serta mendekati dunia kehidupan sebenar tokguru. Sebab itu sebelum mengenali TGNA para pemimpin dan ahli DAP menjauhi Pas malahan diracun minda mereka oleh propaganda Umno/BN. Dengan izin Allah, berkat usahasama dari DSAI/PKR suatu persefahaman atau kerjasama tercipta untuk menghadapi Umno/BN.

Berkat dari kesepakatan itu DAP mula mengkaji apa dia Pas dan siapa tokguru Pas. Sebab itu setelah DAP mengenali Islam dengan mendalami perjuangan Pas ini, hari ini kita melihat dengan Kehendak Allah jua DAP telah belajar menghormati Pas. Bukan setakat itu DAP juga mempercayai Pas yang suatu masa dulu Pas dianggap musuh mereka juga sehingga terkeluar kenyataan 'panas' dari mulut Karpal Singh.

Hari ini tokguru menunjukkan komitmennya dalam menonjolkan kecaknaan dirinya secara langsung disamping menampilkan keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap bidang bolasepak Kelantan. Beliau telah mengumumkan ganjaran 'paling istimewa' jika Kelantan muncul juara Piala Malaysia pada hari Sabtu ini.

Apakah bentuk ganjaran itu? Ia menjadi suatu teka-teki. Mungkinkah lot tanah akan dikurniakan oleh kerajaan negeri? Jawapannya tidak pasti kerana pemberian lot tanah pernah menjadi anugerah paling istimewa oleh Kerajaan Terengganu Pas kepada para pemainnya yang mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia tahun 2000 dulu.

Kali ini anugerah paling istimewa oleh kerajaan Pas Kelantan semestinya lebih hebat. Mana mungkin kehebatan itu bersamaan dengan pemberian kerajaan Pas Terengganu dulu.

Yang pastinya kerajaan Pas Kelantan sepertimana bekas kerajaan Pas Terengganu tidak sesekali memungkiri janji mereka. Semua bekas pemain Terengganu 2000 anak buah Mat Zan Mat Aris telah pun menikmati anugerah itu.

Wednesday, October 21, 2009

Beruntung Nicol David

Biasanya sesuatu tempat atau premis hakmilik awam atau kerajaan dinamakan dengan nama seseorang sebagai memperingati jasa mereka setelah ketiadaannya. Hanya Sultan sahaja yang ada keistimewaan digunapakai nama dan gelaran mereka sewaktu masih hidup atas dunia ni. Iaitulah seperti masjid, sekolah, maktab, politeknik, jalanraya dan sebagainya.


Contoh terdekat kita lihat setelah kematian ahli Parlimen Kuala Terengganu Allahyarham Datuk Razali. Sebagai mengenang jasa-jasanya terhadap bidang pendidikan Terengganu sewaktu beliau menjawat jaawatan Pengarah Pendidikan Negeri kemudian setelah berjasa sebagai YB maka sebuah sekolah di daerah tersebut telah ditukarkan bersempena dengan nama beliau.

Begitu juga kita masih belum lupa dengan jasa-jasa arwah Datuk Yahya dalam bidang ekonomi selaku bekas Pengerusi yang melonjakkan nama DRB-Hicom. Setelah kematiannya yang dikatakan terancang barulah pihak kerajaan negeri berkesudian menamakan sebatang jalanraya di Dungun bersempena dengan namanya. Itulah sekadar termampu kerajaan lakukan sebagai mengenang jasa-jasa mereka pada negara dan masyarakat.

Tapi pelik sket aku tengok kes Nicol David ni. Agaknya terlalu banyak tidak terhitung jasa-jasa beliau mengalahkan Datuk Shabery Chik sehinggakan pihak Kementerian Belia dan Sukan berkenan menukarkan nama pusat gelanggang squash Bukit Jalil dengan Arena Nicol David. Tak dinafikan dia menggenggam gelaran Juara Squah Dunia semenjak tahun 2004 lagi tapi ranking itu bukanlah ukuran untuk dia mendapat setinggi penghargaan yang tidak ternilai itu.

Bukan kita nak dengki tapi seolah penganugerahan itu ada udang disebalik mee. Terlalu lemak dibela si Nicol oleh kerajaan. Penghargaan berupa bantuan kewangan dan bonus dari pihak kerajaan maupun swasta rasanya cukup memadai pada usia dewasanya itu. Itu pun dah tak habis makan. Sebelum itu gelaran Datuk telah diberikan padanya walhal geng-geng bowling tidak kurang juga menjuarai takhta dunia.

Atau penganugerahan ini oleh KBS sebagai menyahut seruan 1Malaysia selain mengambil kesempatan memancing sokongan dari kaum India. Pandai jugak Shabery Chik memasukkan jarum Umno untuk persiapan menghadapi PRU-13 nanti. Mungkin juga sebagai tanda berterimakasih Umno/kerajaan kepada kaum India kerana memberi 99% sokongan kepada Isa Samad @ Umno di Bagan Pinang.

Umno memang licik, bijak dan tangkas memanafaatkan ruang dan peluang. Pantang ada kesempatan terus disambar mereka. Berlainan sikit dengan Pas dalam hal-hal ambil peluang ni secara tradisinya memang slow atau perlahan. Terkemut-kemut.

Kalau tak caya cuba tengok isu menaiktarafan KPP menjadikannya antara organ Pas. Lama dah war-war nak dibincangkan tapi sampai la ni belum setel jugak. Ahli KPP terutamanya Cina dan India naik rimas. Umno dah kedepan dengan 1Malaysia serta Parti Makkhal Sakhti nya. Tapi Pas yang terlebih dulu mempelopori Pas For All sudah terkebelakang.

Wake-up lah. Jangan pulak nanti elok-elok je rumah dah cantik Pas siapkan, penghuninya KPP entah kemana menghilang. Aleh-aleh depa duk lepak senang lenang dalam rumah Makkhal Sakhti dan 1Malaysia.

Nicol David has squash centre named in her honour

Nicol speaks at the national squash centre, after it was renamed the “Nicol David Arena”— Bernama pic

KUALA LUMPUR, Oct 20 — Chalking success after success on the world stage has been a norm for national squash queen Datuk Nicol Ann David, who has been showered with various incentives and rewards for her feats.

And to show further appreciation for the glory Nicol has brought for the country, the government today officially named the main court at the National Squash Centre at the National Sports Complex in Bukit Jalil here after her.

Tears flowed freely from the 26-year-old sports great when Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek officialy named the court the “Nicol David Arena”.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET