Showing posts with label luarnegara. Show all posts
Showing posts with label luarnegara. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Ucapan Erdogan Bikin Aku Kedu

Bagai habis luruh bulu roma tatkala menitip ikrar semangat yang ditiupkan oleh seorang pemimpin sebuah negara Islam yang beriman yakni Erdogan. Kita mendoakan agar ia menjadi realiti Mesir dan Turki bergabung untuk menghancurkan laknatullah israel.

Dan demikian seharusnya Pakatan Rakyat mestilah semakin kuat dan kukuh demi menguburkan bn-apco-setan dari bumi ini. Sepertimana Pakatan Mesir-Turki bertujuan menghancurkan israel maka misi Pakatan Rakyat bertujuan memampuskan bn-setan seterusnya melenyapkan pengaruh atau sayap yahudi israel melalui apco di Malaysia.


 KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel.

Dalam ucapan itu,  Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?

Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.

Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Saturday, March 10, 2012

Macam-macam Ragam

Bertatu kerana kecewa

MEXICO CITY - Sekali pandang, tidak siapa akan menyangka wanita ini pernah bergelar seorang peguam tetapi kini dia lebih selesa dengan gelaran Jaguar Woman.

Ibu kepada empat anak, Maria Jose Cristerna, 36, sanggup mengubah dirinya menjadi rupa yang agak mengerikan sebagai tanda protes selepas hidup merana selama 10 tahun akibat keganasan rumah tangga.

Cristerna yang turut digelar ‘Mujer Vampiro’ (puntianak) oleh masyarakat setempat mendakwa dia mula bertatu seawal umur 14 tahun dan memutuskan untuk mengubah rupa serta fizikalnya selepas gagal dalam perkahwinan pertama.

Cristerna menganggap perbuatan bertatu kononnya sebagai simbol kebebasan selepas dia menjadi mangsa penderaan fizikal bekas suaminya.-SH

Friday, December 30, 2011

Rilek Jap: Waaa...Tengok Uncle Tua Shuffle

Thursday, December 29, 2011

Pesakit Mati - Kemaluan Digigit Tikus

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut
.

Thursday, December 22, 2011

Pemuda PJU: Pi Lah Tampar Budak Gay Ni

Bukan salah ibu mengandung, bukan silap didikan keluarga, agaknya. Tetapi salah kerajaan umno-apco Malaysia kerana tiada undang-undang khusus bagi menghukum puak gay dan maknyah. Salah umno-apco lagi... lagi-lagi umno-apco.

“Tiada undang-undang terhadap gay - Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Si gampang macai dan kuda Haji Najib para Pemuda umno-apco PJU sonyap ajo. Apo ko tak raso apo ko bilo maruah kau dicalar dan dirobek secara langsung dimato dunio? Ko pun donat ko? Naik mual nak muntah aku dengan fe'el jelek si Ariff Alfian sekor ni.

Ariff telah mencelikkan seisi dunia bahawa Malaysia juga memiliki gay terhebat.

Kharkkkk ptuuiiii!!!

Thursday, September 15, 2011

Macam-macam: Terpaksa Kencing Dalam Botol

Bintang filem terpaksa kencing dalam botol

PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu berkata, dia tiada pilihan kecuali terpaksa membuang air kecil di dalam botol ketika berada dalam pesawat bulan lalu selepas kru kabin menghalangnya masuk ke tandas.

Dalam wawancara rancangan bual bicara, semalam bersama pengacara televisyen Amerika, Anderson Cooper - yang tidak dapat menahan gelak apabila insiden itu dilaporkan dalam siaran berita perdana CNN - bintang filem terkenal Perancis itu mengakui botol itu tidak cukup besar untuk menampung air kencingnya.

Depardieu menjelaskan melalu satelit dari Dublin, dia cuba menggunakan tandas dalam penerbangan dari Paris ke Dublin sebelum pesawat berlepas tetapi kru kabin menghalang pintu tandas dengan kakinya dan mengarahkan bintang filem itu kembali ke tempat duduknya.

“Saya beritahunya, ‘Cik, saya perlu ke tandas kerana mahu buang air kecil. Ia menyakitkan saya,” kata Depardieu sambil tertawa.


“Saya bukan pengganas, saya hanya ingin buang air kecil,” katanya.


Selepas kru kabin sekali lagi enggan membenarkan dia menggunakan tandas, dia terpaksa meminjam botol kosong daripada seorang teman.

“Anda tahu, ia memang melegakan walaupun agak menyakitkan,” katanya.
- Agensi

Monday, August 29, 2011

Calon Pramugari Garuda Di Suruh Bogel

Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu mengharuskan setiap calon tampil dengan nyaris bogel dan diraba payudaranya sewaktu melakukan medical check-up.

Dalam aduannya kepada AFP beliau menegaskan para calon untuk 18 posisi pramugari di Garuda Indonesia diminta melurutkan pakaian dalam mereka untuk diperiksa samada setiap calon memiliki tatoo atau implan payudara.

Jawapan balas dari pihak pegawai Garuda pula berkata pemeriksaan dengan tangan pada payudara mereka bagi memastikan tiada implan kerana ia boleh memberikan kesan terhadap kesihatan individu itu sekiranya tekanan udara dalam kabin turun selama dalam penerbangan,

SEOUL- Para calon pramugari Garuda Indonesia asal Korea Selatan menuduh maskapai penerbangan Indonesia itu mengharuskan mereka tampil nyaris bugil dan diraba payudaranya dalam medical check-up. Kontan saja, tuduhan tersebut memprovokasi badai kritik.

Para calon untuk 18 posisi pramugari di Garuda Indonesia itu diminta melorotkan celana dalam mereka guna memeriksa apakah mereka punya tato atau implan payudara, kata seorang calon itu kepada AFP, Rabu (24/8/2011). Calon pramugari itu menolak disebutkan namanya, tetapi ia mengatakan, dirinya masih menunggu kabar apakah ia mendapat pekerjaan itu setelah tes yang dilakukan pada bulan lalu tersebut.

"Pemeriksaan dengan tangan pada payudara dilakukan karena mereka yang punya implan dapat memiliki masalah kesehatan jika tekanan udara (dalam kabin) turun selama penerbangan," lapor kantor berita Yonhap yang mengutip seorang pegawai Garuda. Pegawai itu menambahkan bahwa awak kabin dilarang memiliki tato dan para pekerja yang direkrut di negara-negara lain, seperti Jepang dan Australia, juga melalui proses serupa.

Kantor Garuda Indonesia di Seoul membantah sebagian tuduhan tersebut dengan mengatakan bahwa para pelamar tidak harus membuka bra mereka dan para stafnya hanya mengetuk ringan (pada) sisi atas payudara mereka. "Mereka yang lulus pemeriksaan medis mengatakan, mereka tidak merasa malu dengan proses itu," kata pihak Garuda dalam sebuah pernyataan. Garuda menambahkan, telah menjadi hal yang biasa bagi maskapai penerbangan untuk memeriksa apakah para calon pramugari punya tato atau implan di tubuh mereka.

Namun, tetap saja, langkah itu mencengangkan sejumlah maskapai penerbangan lain dan membuat marah kelompok-kelompok hak-hak perempuan. Mereka menyebut proses itu tidak perlu dan mengganggu. Kim Da-mi, aktivis pada Sexual Violence Relief Centre yang berbasis di Seoul, mendesak lembaga hak asasi manusia Korea Selatan untuk mengambil tindakan. Ia mengatakan kepada AFP, "Saya ingin tahu apakah praktik semacam ini dapat diterima di Indonesia."

Sementara seorang juru bicara Korean Air, sebuah maskapai penerbangan Korea Selatan, mengatakan, "Kami belum pernah mendengar (pemeriksaan semacam) itu atau dilakukannya pemeriksaan semacam itu terhadap para pramugari." Juru bicara itu menilai tes yang dilakukan Garuda Indonesia "aneh". "Saya ingin tahu, apakah itu berarti bahwa penumpang dengan implan payudara tidak boleh terbang juga," katanya kepada AFP.

Menurut AFP, persaingan untuk bekerja sebagai pramugari sangat ketat di Korea Selatan. Pekerjaan itu dinilai punya bayaran tinggi dan menjanjikan kesempatan untuk berjalan-jalan. Ribuan perempuan muda Korea Selatan mempersiapkan diri selama bertahun-tahun sebelum melamar pekerjaan tersebut.- AFP

Saturday, August 27, 2011

Warga emas sumbang mahram selama 41 tahun

VIENNA 27 Ogos – Sebuah mahkamah Austria semalam mengarahkan seorang lelaki berusia 80 tahun ditahan kerana disyaki merogol dua anak perempuannya selama 41 tahun, dengan mengurung mereka di dalam rumahnya.

Menurut kenyataan mahkamah Ried im Innkreis, lelaki tersebut yang namanya dirahsiakan, akan ditahan sehingga 9 September depan sehingga polis selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan merogol, menyerang dan salah laku terhadap individu cacat atau kurang upaya.

Katanya, dia ditahan pada Khamis lalu kerana disyaki melakukan salah laku seksual dan fizikal terhadap dua anaknya, yang kini berumur 53 dan 45 tahun, sejak 1979 sehingga Mei tahun ini.

Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikan tuduhan tersebut.

Menurut polis, kedua-dua wanita malang itu dipercayai mempunyai kecacatan mental, dan bapanya menghalang mereka berkomunikasi dengan orang luar dan menggunakan senjata untuk mengugut membunuh mereka. - AFP

Wednesday, August 24, 2011

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Pantai Timur Amerika Syarikat

MINERAL, Virginia: Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter, Selasa, menggegarkan bangunan dan menyebabkan sebahagian penduduk dan mereka yang berada di Capitol, Rumah Putih dan Pentagon dipindahkan.

Tiada laporan terkini mengenai kematian. Bagaimanapun, pegawai-pegawai bomba di Washington melaporkan terdapat segelintir yang mengalami kecederaan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 64 kilometer ke arah barat laut Richmond di sini. - AP

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET