Friday, November 13, 2009

Umno Nak Pantau Siapa?

Huhh.. kemain bersungguh Pemuda Umno Pahang mewakili suara Umno desak kerajaan Umno Pahang pantau itu ini macam bantuan berkenaan bapak depa yang punya. Sudah menjadi tabiat semulajadi Umno iaitu apa jua bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan untuk rakyat akan dianggap harta depa dan semestinya melalui penapisan berlapis-lapis oleh puak depa sehinggalah kepada JKKK tumpang sekaki ambil peluang.

Alasannya depa bimbang ada pihak yang seleweng baham agihan bantuan masuk kantung individu tertentu sahaja. Tetapi mestilah adil agar semua lanun yang terlibat turut merasa hasil haram nanti. Dasar manusia tak beriman takde pertimbangan syurga neraka apa jua yang haram ditelan macam takde apa-apa. Padahal semuanya retorik.

Aku yakin ramai bersetuju andai tuduhan ini bila sampai masanya akan menjadi kenyataan.

Retorik itu menyebut lagi bahawa agihan itu tidak sesekali akan memilih bulu tanpa mengira kroni dan fahaman politik tetapi sebaliknya dari dulu hingga sekarang faktor kroni anak beranaklah yang menjadi perbualan hangat kebanyakan orang.

Selain itu dasar mengambil kesempatan menangguk diair keruh bakal dipersembahkan oleh badut murahan Umno berupa unsur ugutan. Pendek kata Umno akan menggunakan kuasa celaka mereka mengugut rakyat yang lemah, dhaif dan perlukan bantuan itu untuk menjadi ahli Umno dengan mengisi borang Umno sebagai antara syarat tambahan mendapatkan bantuan.

Sebagai contoh penyelewengan Umno berlaku pada si fulan yang juga sekufu aku seorang kontraktor serta berjawatan dalam sebuah cawangan Umno bahagian Kemaman diberikan lesen nelayan dan layak untuk subsidi minyak. Beliau mampu beli bot fibre 21 kaki dan enjin Mariner 60 kuasa kuda berharga ribuan ringgit secara tunai. Kesempatan subsidi minyak yang diperolehi tersebut diguna untuk menjalankan urusan perniagaan bot pelancongnya di Cherating.

Begitu juga dengan penyelewengan pembahagian wang ihsan di Terengganu. Tapisan amat teliti dijalankan oleh JKKK kerana mereka adalah mata dan telinga pemerintah @ Umno. Sehinggakan tiada seorang pun dari kalangan rakyat yang dikategorikan benar-benar layak mendapat bantuan tetapi oleh sebab condong kepada Pas dinafikan secara total hak mereka. Sedangkan para kroni anak beranak Umno keseluruhannya dapat walaupun gelang emas sekerat lengan.

Jadi adalah amat tidak mustahil jika skim terbaru bantuan beras percuma oleh kerajaan tempohari turut diselewengkan juga oleh puak-puak lanun darat ini. Tidak akan sampai bantuan kepada sasaran. Senarai penerima bantuan serupa sedia ada ditangan JKKK yang sama. Jadi apo nak dikato? Kita sama-sama tengok nanti orang berharta taraf beras gred A 5% hancur turut disenarai pendek untuk bantuan tersebut.

Kalau dah dasar lanun maka lanun juga perangainya... takkan kemana.

KUALA LIPIS 8 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau agihan beras percuma supaya ia benar-benar sampai kepada golongan miskin.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat berkata, pihaknya bimbang tanpa jawatankuasa tersebut, matlamat kerajaan untuk membantu golongan miskin tidak tercapai jika bantuan itu diselewengkan.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi yang diamanahkan mengagihkan bantuan tersebut tidak memilih kroni dan fahaman politik sebaliknya menyalurkannya kepada pihak yang benar-benar memerlukannya.

''Sebelum ini banyak bantuan kerajaan yang diberikan tidak sampai kepada golongan sasaran menyebabkan ramai di kalangan mereka yang sepatutnya mendapat bantuan itu tercicir.

''Sebaliknya pihak yang tidak sepatutnya menerima bantuan tersebut dan kita bimbang jika ini berlaku, ia bukan sahaja merugikan peruntukan tetapi menjejaskan usaha kerajaan membantu golongan miskin di negara ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa diminta mengulas program bantuan beras percuma yang akan diberikan kerajaan kepada 200,000 keluarga miskin termasuk Orang Asli di seluruh negara tidak lama lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET