Showing posts with label Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Muktamar. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Imej antara Ijtimak PAS & PAU


Intro Ijtimak cool je. Pengisiannya menyentuh hal memperkasakan PAS dan PR. Isu panas dari Muktamar Pas hanyalah doa munajat supaya KO BN oleh adik Tok Guru. Dah HOT nak wat camner. Hak puak yang tertindas memohon pertolongan dari Allah akibat kezaliman pemerintah. Lain-lain isu takde sampai utusan meloya muntah2 duk cari berita jelik.

Intro PAU amat berbeza. Awal2 dah mempersembahkan awek-awek cun sebagai pengiring. Entah GRO mana depa kutip. Memang dasar puak umno-apco suka nengok dahi licin. Pengisiannya pulak pelik. Depa tak sembang pasal parti. Tapi duk kutuk, duk hasut, duk caci-maki PAS/PR pasal memang depa rasa inilah talian hayat terakhir sebelum mampos dalam PRU-13 nanti.

Saturday, November 7, 2009

Pas Dianggap Primitif

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.

Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.

"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.


p/s: Dr Abu Hassan ni lagi teruk kepala dia. Bukan setakat Presiden (dia tak mentioned la) ditegur tapi ditujukan kepada seluruh 1000 perwakilan yang hadir Seminar siang tadi. Makna primitif tu apa? Ada sipi-sipi dengan maksud jumud ke? Alahai kalau terus-terusan jumud bila agaknya Pas nak konsisten 100% atau at least 60% dah ok. Presiden selalu mengingatkan supaya Pas bangkit seiring dengan konsep pemodenan. Andai tidak selaras yakni kemudahan moden jauh kedepan tapi pemikiran @ persepsi tertinggal kebelakang, perjalanan perjuangan Pas akan pasti kekal lambat terkemut-kemut.

5 Resolusi Berjaya Di luluskan Semasa Seminar PAS

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.

Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.

Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Kita berjaya adakankan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik

"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.

Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.

Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.

"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.-kedahlanie.

TGNA DiHina: Cerita Mulut Atau Berita Sensasi?

Era Najib Altantuya : Hadapkan Abu Bakar Chik Ke Lembaga Disiplin!

Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.

"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".

Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.

"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.

Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"

Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan. Ali_baganutama

Ulasan GB

Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man jangan buat-buat terlepas pandang terhadap isu ini. Jangan hanya tahu nak membelasah kumpulan anti-UG sedangkan golongan kamu sendiri yang menyokong Ug yang mengina Mursyidul Am PAS dibiarkan.

Malah di Seminar Memperkasakan PAS hari ini sekali lagi Abu Bakar Chik melakukan penghinaan terhadap Prof Abd Aziz Bari yang dijemput PAS sebagai ahli forum apabila beliau menyatakan "Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz". Hebat dan tinggi sangat ker ilmu Abu Bakar Chik berbanding orang lain terutama Prof Abdul Aziz yang sehingga tak boleh pandang mukanya. Kalau begitu mengapa datang? Mengapa bangun berbahas? Beliau sepatutnya menghormati keputusan jawatankuasa Seminar yang mengundang Abdul Aziz. Abdul Aziz pada bila-bila masa boleh menyatakan "pinggan tak retak nasi tak dingin - orang tak hendak aku pun tak hingin!"

Itulah satu contoh terbaik gelagat salah seorang pemimpin PRIMITIF dari Trengganu! Abu Bakar Chik namanya.-greenboc.

Saturday, June 6, 2009

Parti Jepun

Aku tertarik dengan satu cerita oleh perwakilan Dewan Pemuda Pas Sabah sewaktu bahas usul Dewan Pemuda dua hari lepas. Wakil tersebut amat berterimakasih kepada YB Salahuddin Ayub kerana jasanya
mengembangkan sayap Pemuda Pas khasnya dan Parti Pas amnya ke Sabah selama beliau memegang tampuk jawatan Ketua Pemuda Pas.

Katanya jika tidak kerana YB Salahuddin, rakyat Sabah masih mengenali Pas dengan Parti Jepun. Dan aku pun pernah terbaca bahawa Parti Pas juga dinamakan dengan Parti Orang Kaya asbab ramai bisnesman dan professional yang menganggotai Pas.

Ropanya dulu Pas di Sabah dikenali sebagai Parti Jepun. Kenapa parti Jepun? Sebab panji-panji Pas berlatarbelakang hijau dan bulat yakni bulan mengambang ditengah. Hebat jugak penangan orang Sabah ni. Cuma bezanya bendera Jepun yang bulatnya warna merah.

Yang jelas, Pas semakin menambat hati orang Sabah. Semoga Pemuda Pas Sabah akan meneruskan kesinambungan perjuangan mereka, dan serlahkan kehebatan mereka meski pun tanpa asuhan YB Salahuddin lagi.

Wala'

Proses pengundian di Muktamar Pas petang semalam berjalan lancar dan aman tanpa gangguan FRU. SPR yang dilantik cukup amanah dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang spekulasi.

Dan pagi nanti walau apa pun keputusan undian atau siapa pun yang bakal menduduki jawatan no.2 parti , atau Naib Presiden, kita tetap menerima dengan hati terbuka. Seantero Negara telah kenal mereka yang dicalonkan itu kesemuanya hebat dan berwibawa.

Tuan Guru Nik Aziz seringkali menyatakan bahawa Pas tiada ketandusan barisan kepimpinan kerana Pas memiliki ramai bakal dan calon pemimpin yang berkaliber. Jadi walau siapa pun yang menang nanti, halatuju dan misi yang dibawa mereka tetap satu dan utama.

Persetankan apa jua istilah yang dilemparkan oleh seteru-seteru Islam dengan pelbagai gaya ulasan picisan oleh media cabuk auta serta persetankan jua hasutan para pedajjal yang bertujuan memecahbelahkan kesatuan dalam jemaah Islam.

Dan kita selaku penyokong dan pendokong parti perlu wala’ kepada setiap pemimpin yang dilantik selagi mereka tidak membelakangkan tetapi membangunkan Islam serta masyarakat.


Friday, June 5, 2009

Fraksi

Fraksi Umno dalam Pas bertapak kukuh. Alunan rasuah kian memuncak dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas ke-50 ini. Ahli Pas terpengaruh dengan misi hasutan oleh fraksi Umno. Hasutan yang melaga-lagakan sesama ahli jemaah untuk bertanding secara tidak sihat. Natijahnya akan terpalit kekotoran dalam kesucian sebuah jemaah.


Fraksi inilah yang dinyatakan oleh Ustaz Nasa sebagai musuh dalam selimut. Menentang munafik dalam Pas adalah lebih payah dari melawan musuh yang nyata. 

JUN 4 — "Yang itu adalah kumpulan Husam. Sebelah sana pula adalah kumpulan yang menyokong Muhamad Sabu.”  Demikian kata-kata seorang pimpinan Pemuda PAS kawasan sebaik sahaja kami hadir di majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas di Taman Melewar malam tadi.

Dia menunjuk ke arah beberapa kumpulan yang sedang bersantai di salah sebuah restoren yang berhampiran dengan markas PAS Taman Melewar. Ketika itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sedang berucap untuk merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS yang dihadiri oleh perwakilan pemuda seluruh negara.


Sedih aku jika berita ini merupakan satu fakta. Dulu, sebelum kita melangkah ke zaman IT dengan segala kemudahan canggih ini, tiada rasanya aktiviti-aktiviti tidak sihat yang sedemikian dalam pemilihan. Kini IT dimanipulasikan sebaik mungkin untuk memancing undi.


Bagaimanapun budaya PAS menggunakan wang sebagai sogokan tidak mungkin berlaku semasa hari berkempen. Cuma persamaan antara Umno dan PAS adalah “belanja makan-makan” jika melihat daripada peristiwa yang berlaku semasa majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS ini.

Selain itu, beberapa rakan pimpinan PAS yang ditemui mengakui hakikat kempen yang berbaur fitnah dan kata-kata kesat telah berlaku di kalangan ahli PAS. Mereka telah menunjukan beberapa SMS yang mengandungi kata-kata kesat dan fitnah terhadap calon-calon yang bertanding terutamanya untuk jawatan timbalan presiden parti.

Kerana itu juga dalam ucapan perasmian ini, Nasharuddin turut menyebut mengenai budaya dusta di kalangan ahli PAS. Antara lain beliau menyebut, "jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim kita. Jagalah adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh samada kita sedar atau sebaliknya."

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bachok ini tidak menjelaskan secara terperinci “musuh yang disedari atau sebaliknya”. Apa yang pasti, musuh dalam selimut adalah lebih bahaya jika di bandingkan dengan musuh yang nyata.


Monday, May 18, 2009

Andai Pas Lantik 2 Timbalan Presiden

Kesemua calon Timbalan Presiden Pas berkelayakan dan berkaliber untuk menjawat jawatan itu. Antara barisan calon tersebut adalah Ustaz Azizan, Dato' Harun Din, Husam Musa, Muhamad Sabu dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. 3 calon berlatarbelakang professional manakala 2 calon lagi ulama'.


Apakah munasabah jika Pas mencalonkan 2 orang Timbalan Presiden, sorang dari calon ulama' dan sorang lagi calon professional. Mustahil untuk direalisaikan tapi tak mustahil untuk dilaksanakan. Terpaksalah Pas pinda perlembagaan pulak kan?

Ini cadangan aku yang tiada nilai, sembang kosong. Memungkinkan sesuatu yang amat mustahil. Sebab aku sayangkan semua pimpinan yang bertanding. Dari kalangan 5 orang tu, semestilah sorang saje calon yang bakal naik. 

Aku suka jika Dato' Haron Din mewakili calon ulama' kerana dia orang No.2 Majlis Syura, ilmu memang power, sementelah dia seorang Hafiz. Tapi kedudukan beliau sebagai Timbalan Mursyidul Am harapnya jangan diganggu gugat kerana aku nampak dia amat serasi dengan Tuan Guru Nik Aziz memartabatkan Majlis Syura Pas.

Wakil untuk calon professional pula aku berkenan dengan Datuk Husam. Bukan bermaksud Ustaz Azizan dan Abg MatSabu tak layak, semua layak, tapi aku kagum dengan idea-idea dan pandangan global Husam. Ucapan dan kritikannya juga dalam nada konfiden.

Husam Musa orang muda, berilmu dan berkarisma. Tenaga dia amat sesuai untuk membantu mengemudi Pas dengan kederat dan pengetahuannya. Dia lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata dan pendapat, apatah lagi berketerampilan waktu berhadapan dengan media.

Tuan Guru Haji Hadi telah menang tanpa bertanding. Pas masih menaruh harapan terhadap kredibiliti TGHH, meski pun dalam setahun dua ini beliau pernah menimbulkan kontroversi dalam jalinan hubungan Pas-Umno. Bumi mana yang tak ditimpa hujan?

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET