Gitulah sokmo-sokmo bahasa ugutan yang diucapkan oleh pemimpin Umno bawahan termasuk JKKK tumpang sekaki tunjuk eksyen. Umno mengajar ahli keparatnya memilikkan harta benda serta bantuan kerajaan untuk orangramai sebagai hak mereka.
Sesiapa berhajat kepada bantuan semestinya diugut saban waktu supaya mengisi borang Umno. Benarlah kata Chedet bahawa puak-puak ni membantut kemasukan ahli baru muda kedalam Umno. Walhal JKKK atau Ketua cawangan Umno adalah saluran terakhir yang paling dekat dengan rakyat serta dipertanggungjawabkan oleh pemerintah bagi melaksanakan amanah.
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
0 comments:
Post a Comment