Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Cara Nak Lepas Kepala

Dalam istilah Ganu, Lepas Kepala bermaksud lari dari tanggungjawab. Ramai mak bapak hari ni ambil mudah akan tanggungjawab terhadap anak-anak terutama yang bergelar anak gadis. Mungkin kritikan ini sesetengahnya menganggap tidak relevan tetapi hakikatnya mak bapak tidak menyedari bahawa ringannya perhatian terhadap anak-anak adalah amat tidak memadai dengan beratnya risiko dan pertambahan kemaslahatan sosial serta cabaran yang dihadapi oleh generasi muda dalam masyarakat hari ini.


Ramai yang mengambil langkah mudah bagi membersihkan 'arang yang diconteng' oleh anak-anak yang terlanjur ini dengan mengambing hitamkan pasangan yang 'dituduh' konon bertanggungjawab merosakkan diri dan masa depan anak gadis mereka. Walhal anak-anak mereka melakukan maksiat atas dasar kerelaan hati atau suka sama suka.

Polis Kesal Ibu Bapa Sifatkan Kehilangan Anak Gadis Satu Penculikan

KUALA LUMPUR: Polis kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang menyifatkan kehilangan anak gadis mereka satu penculikan sedangkan ia sebenarnya tindakan melarikan diri dari rumah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes sedemikian bukan satu jenayah tetapi merupakan masalah sosial yang berpunca daripada kegagalan institusi kekeluargaan.

"Sebelum ini, kita dapat kes yang menyatakan kononnya ada anak gadis yangdiculik, tetapi sebenarnya apabila disiasat, mereka bukanlah diculik sebaliknyakeluar rumah dan ikut teman lelaki sebelum kembali semula ke pangkuan keluarga.

"Kerana gagal menguruskan institusi kekeluargaan, ia membawa kepada masalahsosial hari ini," katanya kepada pemberita selepas acara turun padang bersamamasyarakat di Berjaya Times Square, Jumaat.

Ismail berkata bagaimanapun, polis tetap memandang serius kes itu dan berusaha mendapatkan maklumat sehingga menjumpai mangsa.

Beliau berkata, meskipun ia masalah sosial, polis tetap sedia memberi kerjasama bagi membendung penularan kejadian seperti ini. "Polis juga bersedia untuk berjumpa dengan pihak tertentu atau pihak atasan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya supaya institusi kekeluargaan dapat dimantapkan dan mampu diuruskan secara lebih kemas," katanya.

Sebelum ini, seorang pelajar, Nornabila Mat Yaacob, 15, dilaporkan hilang dan didakwa diculik selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Jerantut pada 19 Mac lepas, namun dia kemudian ditemui bersama teman lelakinya di Taman Tas, Kuantan.

Pada 18 Mac lepas, seorang lagi gadis, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilapor hilang dan disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan dan setelah ditemui, dia mengaku dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun. Terdahulu, dalam acara turun padang itu, Ismail sempat beramah mesra dengan pengunjung pusat beli belah, termasuk pelancong asing, untuk mendapat maklumbalas mengenai tahap perkhidmatan polis dan kepuasan mereka dengan kehadiran anggota polis di kawasan tumpuan awam.

Katanya, menerusi pendekatan itu juga, beliau percaya dapat menyebarkan mesej 'Polis bersama rakyat' termasuk kepada masyarakat antarabangsa. - BERNAMA

Monday, January 2, 2012

Polis Yang Haprak

Tak semua polis pundek. Makian ini ditujukan HANYA kepada polis yang celaka dan tidak bertanggungjawab, yang makan gaji buta, yang jadi barua umno-apco. Masih ada dan mungkin ramai lagi diluar sana polis yang amanah, baik dan betanggungjawab, kita doakan lah semoga HANYA kelompok ini sahaja mendapat keredhaan Allah dan diberi perlindungan olehNya.


Antara polis pundek ialah Ketua Polis Perak yang memberitahu media haprak umno-apco bahawa kecederaan dialami oleh Presiden PMIUM sehingga koma adalah disebabkan oleh dirinya sendiri. Bodoh tahap ikang dukang makan taik lah ni punya Ketua Polis. Takyah mengambing hitamkan sesiapa lah sehingga menampakkan kekambingan kamu tu tuan.

Seperti satu lagi kes Bekas Ketua Polis Terengganu yang pundek. Aswandi ditembak oleh seorang konstabel sawan babi atas alasan menyelamatkan diri walhal Aswandi berada jauh dari beliau. Datuk Ayub matian mempertahankan perilaku jahat macai bawahannya berserta menuding pada pembangkang.

Ringkasan kronologi tragedi Batu Buruk;

Mungkin sebahagian daripada kita ingin mengetahui bagaimana peristiwa hitam polis yang sepatut mengawal keamanan menggunakan pistol yang dimiliki untuk menembak orang awan bukan satu malah 4 das tembakan pada 8 September 2007.

Polis berkenaan pula memakai pakai seperti orang awam.. apakah haknya menembak sesuka hati. Media massa tidak pun menyebut perkara ini, malah Pendana Menteri bodoh kita yang selalu tidur (Tun selaku kata..) membuat ulasan seperti dalam mimpi.

10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai membuat provokasi dan dipercayai mengeluarkan pistol lalu menembak ke orang awan dan mengena dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital
.

Kes Aswandi ni bila nak selesai? Si polis celaka sawan babi yang tembak orang takde nak didakwa tapi hamba marhean si Aswandi pulak dituduh menyerang polis. Apa ke jadah undang-undang Malaysia sekarang ni?

PGU 2012.

Saturday, October 8, 2011

Aku Ingatkan Si Jacob Biskut Jagung

Terpacul nama Jacob & Co, terpegun kejap ingatkan kompeni Jacob biskut jagung dah 'expend' bisnes import export barang kemas pulak. Rupanya obersi punya Jacob & Co. Rosmah punya cincin punya bikin. Haha..iyealah kan, dak kan sorang je nama Jacob. Nama Yahudi pulak tu Jacob.


Tapi dalam kes Bigmama ni dah jadi macam biskut chipsmore, mahal sket, apa kelas Jacob biskut jagung? Chipsmore kata Kejap ada kejap takde. Malangnya puak gerombolan makan taik yang walau mati hidup semula pun bermatian cakap Bigmama tak buat keje keji tu, pasni sila terjun gaung. Mampos lagi senang.

PGU 2011.

Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Kita Pakat Sembahyang Hajat

sedutan dari malaysiakini

Mengimbas kembali kehebatan dan kemenangan Pas/PR dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu seketika dulu diiringi oleh iltizam dan tekad yang amat ketara untuk melihat umno-apco tumbang. Sewaktu tempoh berkempen para pimpinan mengarahkan dan amat mengharapkan semoga dengan seikhlas hati para pejuang dan ahli parti yang ingin melihat kecundangnya parti bathil itu melakukan puasa sunat satu hari berserta sembahyang hajat, dengan dipanjatkan doa dan memohon keiizinaNya agar pihak yang benar mencapai kemenangan.

Dan aku dapat merasakan aura itu, seolah semua jiwa yang mendokong dan mencintai perjuangan suci murni bersemangat serta berlumba-lumba untuk melakukan niat itu. Tidak terkecuali aku yang selama ini amat payah untuk mengerjakan puasa sunat tiba-tiba diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah bagi melakukan amalan suci tersebut. Dengan niat ikhlas semoga Allah memperkenankan doa insan yang ingin melihat cahayaNya bergemerlapan menguasai persada ini.

Dan hasilnya tanpa disangka, tidak terucap, Pas/PR memenangi PRK tersebut. Kekuatan di pihak Pas/PR amat dirasai. Semua pihak yang terlibat tanpa mengira 'panas' dan 'hujan' menerobos setiap ceruk kubu umno-apco, menebarkan kepincangan umno-apco supaya terpahat diminda para pengundi yakni rakyat, justeru agar rakyat faham siapa sebenarnya umno-apco.

Lebih-lebih di Merlimau ini yang lebih rencam karenah para pencacai umno-apco seperti menyebarkan gambar porno para pemimpin utama PR. Singkatnya pemikiran mereka, hinanya maruah mereka, ceteknya iman mereka, kosongnya jiwa mereka, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga Allah memberi hidayahNya serta membuka pintu hati mereka untuk melihat nikmat dan kemanisan iman serta keadilan Islam. Kesian kerana jiwa mereka itu terus terusan diseleweng dan disendatkan dengan pemikiran kolot, kotor dan busuk.


Thursday, December 30, 2010

Rakyat Melarat: Jual Sejadah Curi

Aduhh macam-macam hal dalam negara tadbiran Najibtuya. Rakyat marhain semakin melarat, hidup dah tak larat, rezqi berkarat, kroni Najib pikir nak kaya cepat, negara nak bangkrap dah naik kayap.


Minggu lepas ada orang kerja curi paku pin rel keretapi, hari ni ada pulak kerja curi sejadah kat surau pastu jual. Bila otak dah tak ligat apa lagi yang dia ingat? Tubuh dibasahi keringat tapi brape sen aje yang dapat? Aleh-aleh twist buat keje jahat. Harap sedarlah dan bertobat.

Peniaga terbeli sejadah curi

HASHIM Abd. Hadi menunjukkan sehelai sejadah milik Surau Hospital Melaka yang dibelinya daripada lelaki OKU dengan harga murah di warungnya di Kampung Ketapang, Pernu, Melaka, semalam.


MELAKA 29 Dis. - Niat seorang peniaga untuk membantu seorang warga emas kurang upaya (OKU) kelmarin, memakan diri setelah tiga helai sejadah yang dibelinya daripada lelaki itu sebenarnya dicuri dari surau Hospital Melaka (HM).

Hashim Abd. Hadi, 55, berkata, semasa membeli, dia tidak perasan sejadah tersebut milik surau HM kerana dia dan isteri, Idayanti Musdar, 36, sedang sibuk di warung mereka di Kampung Ketapang, Pernu di sini.

"Saya dan isteri didatangi lelaki berkenaan dan kami kasihan melihatkan keadaan dirinya yang cacat tangan dan kaki kiri, bersusah-payah membawa sejadah untuk dijual kepada orang ramai.

"Dengan harga RM5 sehelai, saya membeli tiga helai sejadah tanpa memeriksa sejadah tersebut sebelum warga emas itu dengan segera meninggalkan warung saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Hashim, sebaik sahaja warga emas berkenaan beredar, dia dan isteri membelek tiga helai sejadah tersebut dan terkejut kerana tertera tulisan 'Surau Hospital Melaka' pada bahagian tepi sejadah terbabit.

"Selepas melihat sejadah-sejadah tersebut, kami mengesyaki sejadah itu telah dicuri dari surau HM sebelum dijual kepada orang ramai dengan harga murah," katanya.

Menurut Hashim, dia juga sempat memandang bakul motosikal dinaiki lelaki terbabit yang penuh dengan sejadah.

Dia bercadang untuk memulangkan kembali ketiga-tiga sejadah berkenaan di Surau HM.

"Sudah tentu saya berasa terkejut dan kesal dengan perbuatan warga emas tersebut jika benar dia mencuri hak milik surau HM," katanya.

Tuesday, October 12, 2010

Relaks Kejap: Helo Reporter Tolong Buat Study Sket

Errmm... aku bukan bermaksud nak komen sangat tapi bila membacanya aku terasa janggal... sedara/i semua baca camane? Tengok kat bawah ni sedutan dari laporan tersebut ;


Awas taktik baru curi wang

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan syarikat cari gali petroleum di Kerteh, Dungun keru-gian lebih RM2,000 apabila diperdaya individu tidak dikenali melalui panggilan telefon, Khamis lalu.

Takde lah ia menjejaskan imej Kerteh tu tetapi ia mengelirukan kepada mereka yang tidak tahu atau tidak mengenali Kerteh. Sebenarnya Kerteh dalam daerah Kemaman bukannya Dungun. Pasti ramai orang Ganu sendiri konpius ni.

Lagi satu aku tak tahu mana satu kepala dan mana satu ekor berita tersebut, yakni tak faham isi berita. Membacanya ibarat lalu ikut terowong Karak, masuk keluar dapat angin kosong... khahkhahkhah... Ikuti berita penuh di sini.


Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET