Atas dasar perikemanusiaan Datuk Husam telah menarik balik saman fitnah ke atas 2 ADUN Umno Kelantan. Selamat poket depa Adun Bukit Bunga dan Adun Paloh. Kalau tak jika sangkut kes ni mana dua hamba Allah ni nak cekau pitih bukan seposen dua tapi RM6 juta tuuu... Umno bukan nak bagi sesaje bodo2 RM6 juta tu. Lebih baik depa pi beli lagi mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang buat 'sales' di musim jualan mega sekarang ni.
Kalau tang pembangkang terutamanya media alternatif baru seringkali dituduh pemfitnah oleh Umno/BN. Nak tutup rasa malu (kena faham tu bukan nak tutup bukti) mereka tangkas menangkis kenyataan dari media alternatif konon memfitnah. Macam kes Najib dengan kapalselam, keretakebal dan tantuya tu. Kenapa tak di samannya media pembangkang?
Ikutlah contoh dari beberapa siri saman oleh pemimpin Pas menyaman akhbar lahanat kerajaan kerana kerja tak betul dan fitnah. Lekat kes pulak tu. Duit habis malu dapat.
Kes saman fitnah Husam terhadap dua ADUN BN selesai KUALA LUMPUR - Saman fitnah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional selesai pada 15 Oktober lepas, selepas Husam menarik balik saman itu. Husam, bekas naib presiden Pas, menarik balik saman itu selepas ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kecik dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal Jun lepas di akhbar berbahasa Melayu. Peguam yang mewakili Husam, Saiful Izham Ramli memberitahu Bernama bahawa Husam telah memfailkan notis pemberhentian (notis untuk tidak meneruskan saman) itu di Mahkamah Tinggi pada 15 Oktober lalu. Pada 31 Januari 2008, Husam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi RM6 juta terhadap Mohd Adhan, Nozula dan NSTP selepas dua wakil rakyat itu mendakwa Husam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan menggesa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat. Kenyataan memfitnah yang didakwa itu telah diterbitkan dalam New Straits Times dan Berita Harian pada 28 November 2007. Saiful Izham berkata, bagaimanapun saman terhadap NSTP masih diteruskan. Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 6 April tahun depan. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Fatimah Rubi’ayah Ali dalam kamarnya selepas kes saman Husam terhadap NSTP itu disebut di hadapannya semalam. - Bernama
0 comments:
Post a Comment