Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Polis Yang Haprak

Tak semua polis pundek. Makian ini ditujukan HANYA kepada polis yang celaka dan tidak bertanggungjawab, yang makan gaji buta, yang jadi barua umno-apco. Masih ada dan mungkin ramai lagi diluar sana polis yang amanah, baik dan betanggungjawab, kita doakan lah semoga HANYA kelompok ini sahaja mendapat keredhaan Allah dan diberi perlindungan olehNya.


Antara polis pundek ialah Ketua Polis Perak yang memberitahu media haprak umno-apco bahawa kecederaan dialami oleh Presiden PMIUM sehingga koma adalah disebabkan oleh dirinya sendiri. Bodoh tahap ikang dukang makan taik lah ni punya Ketua Polis. Takyah mengambing hitamkan sesiapa lah sehingga menampakkan kekambingan kamu tu tuan.

Seperti satu lagi kes Bekas Ketua Polis Terengganu yang pundek. Aswandi ditembak oleh seorang konstabel sawan babi atas alasan menyelamatkan diri walhal Aswandi berada jauh dari beliau. Datuk Ayub matian mempertahankan perilaku jahat macai bawahannya berserta menuding pada pembangkang.

Ringkasan kronologi tragedi Batu Buruk;

Mungkin sebahagian daripada kita ingin mengetahui bagaimana peristiwa hitam polis yang sepatut mengawal keamanan menggunakan pistol yang dimiliki untuk menembak orang awan bukan satu malah 4 das tembakan pada 8 September 2007.

Polis berkenaan pula memakai pakai seperti orang awam.. apakah haknya menembak sesuka hati. Media massa tidak pun menyebut perkara ini, malah Pendana Menteri bodoh kita yang selalu tidur (Tun selaku kata..) membuat ulasan seperti dalam mimpi.

10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai membuat provokasi dan dipercayai mengeluarkan pistol lalu menembak ke orang awan dan mengena dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital
.

Kes Aswandi ni bila nak selesai? Si polis celaka sawan babi yang tembak orang takde nak didakwa tapi hamba marhean si Aswandi pulak dituduh menyerang polis. Apa ke jadah undang-undang Malaysia sekarang ni?

PGU 2012.

Thursday, July 21, 2011

Bersih 2.0: Polis Kaki Pukul??

Inilah Polis Yg Anda Lihat Di Video Yg Dipaparkan Tadi... Tanpa Tanda Nama, Muka Yang Tertutup. Sapa Sebenarnya Anggota Ini? Mengapa Harus Berlindung untuk Melakukan Kejahatan ??? Mengapa Hingga Sekarang Anggota Ini Masih Dilindungi Oleh Pihak Berkuasa...?

Video Mengenai Lelaki Ini Yg Menumbuk Salah Seorang Peserta Bersih 2.0 :



Thursday, July 14, 2011

Natang Bapok!

Kepala hotak kering kau bapok, mana kau nak 'concern' semua kekejaman yang powlispowlis keparat kau dah lakukan kat Pendemo Aman Bersih 2.0. Sial Bapok Sekor Ni. Aku nengok muka kau pun dah benci meluat macam taik kucing je rupanya.

Apa kau cakap? Polis tidak ganas? Polis kau bukan sekadar ganas tapi CELAKA. Perangai polis kau terutamanya anjing kepala merah tu samalah dengan fe'el sedara dia dari Apco di Israel tu, serupa Iblis. Pastu kau siap ugut pulak nak hukum para penyebar 'fitnah' konon. Sial Kau Bapok. Ada mata buta. Ada telinga pekak. Jangan sampai tahap nanti kau ada kotei tapi takleh kencing. Diharamkan atas kau kencing. Mampos katak terkangkang lah kau dengan air kencing najis kau tu. Sial Punya Bapok.

Kedian kau dakwa lagi polis sial tak serang hospital. Polis kau baik. Pegi jahanam dengan polis dan jahanam dengan kau sekali bapok sial. Gambar kat bawah ni dah tersebar kesegenap pelusuk blog, Fb dan seumpamanya lagi. Gambar apa tu? Polis Israel serang hospital kat Ramallah atau kelakuan biadap polis kau? Bapok sial.

Takpe lah kat atas dunia ni kau tunjukkanlah 'hagas' dan 'gedebe' kau kat orang yang lemah. Sedangkan diri kau sendiri lembik bapok nak mampos. Semoga tindakan undang-undang oleh Pas terhadap 900 aduan untuk saman polis akan buka sket otak senget kau. Ingatlah mulut jangan celupar, otak jangan bengong, perangai jangan bangang. Nanti bila tiba gilirannya, kau akan lari tak cukup tanah, sembunyi tak cukup lubang kecuali lubang kubur.

PGU 2011.

Friday, July 1, 2011

MEH PAKAT BOIKOT POLIS DUNGUN!!!

Aku macam tak percaya percikan kebodohan polis mutakhir ini telah terpalit sama terhadap pihak polis Dungun. Selama bermastautin di bandar ini belum pernah kejadian kurang ajar dan konfrontasi yang melampau dilakukan oleh pihak polis terhadap rakyat yang lemah. Selalunya pasti ada diplomasi dan bukannya konfrontasi. Seperti berita yang dibaca terjadinya tingkah zalim oleh ketua Polis Dungun terhadap Ketua Pemuda Pas Dungun.

Sebetulnya rakyat dan polis hidup bergandingan secara muafakat dalam sebuah masyarakat. Rakyat bantu polis, polis tolong rakyat. Barulah wujud sebuah komuniti yang harmoni. Bukannya polis menjadi barua umno-apco serta menunjuk-nunjuk kuasa. Natijahnya pasti wujud jurang kemarahan dan tidak puashati oleh sebelah pihak terhadap pihak yang lagi satu.

Jelas lah pada kita sekarang siapakah polis dan dengan siapa mereka wala' jika bukan dengan si penakut hampas Najib dan Hisham Auww..

Oleh itu aku menyeru terutamanya kepada para pekedai runcit, para pemilik restoran, para peniaga warung, para penjual ikan dan sayur di pasar, para penjual dengan van bergerak, para pengusaha dan pekerja pam minyak serta yang lain-lain agar sama-sama kita bersatu hati MEMBOIKOT Encik-encik polis Dungun yang sahih kita nampak telah menyebelahi dan menjadi barua umno-apco.

JANGAN SESEKALI MELANGSUNGKAN SEBARANG AKTIVITI URUSNIAGA DENGAN SEMUA ANGGOTA POLIS YANG DIKENAL PASTI BERTUGAS DI BALAI POLIS DUNGUN.

Kita ajar mereka sampai tahap mana mereka dan keluarga mereka boleh bertahan sanggup jadi kera sumbang tanpa sesiapa mempedulikan.

Jika Najib dan konco-konconya boleh memperbodohkan pihak polis melakukan tindakan zalim maka kita rakyat wajarlah tunjukkan pula setakat mana kehebatan KUASA RAKYAT dalam mengajar mereka yang menyokong serta melakukan sebarang perlakuan ganas dan zalim.

Tuesday, April 13, 2010

Polis Ketegaq Pitih

Tak tau nak cakaplah puak polis ni. Kalau aku sumpah seranah lebih-lebih kang ada pulak Setan Berjambul ikut aku balik rumah. Pastu skodeng siang malam cari kes.


Tapi gitulah polis ni rata-rata dari kalangan yang takde iman asyik pikir 24 jam kerja nak makan sedap je. Sikit sangat yang ingat kat Tuhan, halal haram hentam semua.

Pangkat Sarjan polis bukan sembarangan. Kalau dikirakan skim bodek oleh Najib baru ni mau cecah 3 ribu sebulan kadar baru polis Sarjan. Kira OK lah tu bagi golongan berpendapatan sederhana ni. Nak buat camane kalau dah jenis lahabau tu lahabau jugaklah.

Sorilah kalau semua polis terasa. Kerana sekor buat hal habis yang lenlain dapat imej ekor... wakakakaka...

Hanya kerana RM300 sarjan dipenjara 18 bulan, denda RM10,000

IPOH - Hanya kerana menerima suapan RM300 seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu hari ini selepas Megat Ahmad Megat Jaafar, 55, yang dibicarakan dan didapati bersalah menerima suapan itu daripada Rosli Baharom supaya memberitahu keluarga (Rosli) bahawa Rosli sedang ditahan polis kerana memiliki dadah.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Narkotik, Balai Polis Sitiawan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Idris Shah, Manjung pada 1.35 tengah hari pada 7 Julai 2005.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan hukuman ke atas tertuduh yang dibuat peguam Abdul Roni Ahmad yang mewakilinya kerana mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Azhaniz Teh menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin baru. - Bernama

Friday, January 15, 2010

Ayuh! Maki Polis Denda $100 Sahaja

Kalau camtu bolehlah kita pakat maki mana-mana polis sial celaka yang tak bertanggungjawab buat onar atau makan rasuah. Jangan takut. Dendanya murah je iaitu RM100 atau 3 hari penjara. Sesiapa nak cuba suasana suram dalam lokap boleh lah mencuba. Apa heran sangat aku jamin ramai orang kat Malaysia ni benci polis.


Jika rasa kuat dan hebat boleh cuba macam YB Tian Chua main gigit polis. Itu dakwaan polis barua tu. Samada benar atau tidak wallahuaklam pasal aku tak nampak posisi sebenar polis tu dakwa dia kena gigit. Hebat Tian Chua sampai kena dakwa penjara dan MP nya bakal gugur.

Manja nya polis Malaysia deh?? Kena gigit sampai nak penjara menjara orang. Tapi kalau polis duk tibai hantam orang tu tak pulak polis ambil port. Suhakam kata polis zalim dan salah guna kuasa tapi polis buat donno jugak.

Siapa nak jadi wira rakyat?? Kalau jumpa Najib cuba maki depan dia. Apa akan lu dapat? Penjara atau ISA atau bilik gelap?

Maki polis, lelaki didenda RM100

KUANTAN - Sikap kurang sopan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat yang mengaibkan seorang anggota polis hanya menyusahkan diri sendiri, apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Kerana perkataan ‘Cheeby polis banyak celaka’ yang dihamburkan kepada anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu, Majistret Nordiana Abdul Aziz menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas Lee Hon Fai, 33, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh dari Kolong Pahat, Sungai Lembing dekat sini, didakwa melakukan kesalahan itu ketika berada di Jalan Bukit Bay Route dekat sini, kira-kira jam 2.35 petang, 13 Januari lalu.

Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh bagaimanapun difahamkan membayar denda tersebut bagi mengelak dipenjarakan selama tiga hari.

Monday, January 4, 2010

Perginya Member Terakhir Legasi Aniaya DSAI

Ingat Augustine Paul teringat Hacks coklat untuk sakit tekak. Hakim Hacks ini suatu ketika di akhir 90'an pernah menjadi 'top' angkara bersekutu dengan para penganiaya melanyak DSAI.
Termasuk aku amat membenci Hakim Hacks kerana sanggup merogol melacuri institusi kehakiman negara, suatu kisah yang panjang untuk dihuraikan. Sehingga ke hari ini masih berceceran lagi kes tersebut. Google lah sendiri 'detail'nya. Kat internet berlambak.

Dua hari lepas pergilah Augustine meninggalkan alam baka' menemui Tuhan sejati dan abadi. Perginya Hakim Hacks maka lenyaplah suku sakat perancang kejatuhan DSAI.

Antara geng sekutu Hakim Hacks yang dah lama 'pergi' takkan kembali seperti Datuk Mohtar, Khalid Jafri, yang lumpuh pun ada iaitu Tan Sri Rahim Nor. Manakala saki-baki yang masih dipanjangkan umur dengan tujuanNya supaya mencari jalan keinsafan seperti Umi Hafilda dan seorang kanan Peguam Negara arwah Mohtar dulu iaitu Gani Patail (masih meneruskan kerja-kerja kotor menjadi talibarut pemimpin rasuah dan jahat yang terkini membuat kenyataan bengong tentang individu terlibat dalam kes kehilangan enjin jet F-5E).

Insaflah kamu Gani Patail. Berapa banyak karung dah engkau kasi makan anak bini engkau dengan hasil haram. Semoga engkau tak mati dalam azab!

Friday, October 9, 2009

PRK Bagan Pinang: Mana MARTEK?

Waktu terus berjalan dan semakin menghampiri hari pengundian di Bagan Pinang. Satu persoalan yang masih tidak terungkai ialah dimanakah MARTEK atau Markas Tektikal PDRM seperti yang kita lihat banyak dibina khemah mereka bertaburan di PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang?


Berjuta-juta ringgit duit rakyat dibelanjakan oleh PDRM menanggung makan minum para anggota polis serta menyediakan prasarana canggih sesebuah kem sementara MARTEK. Tapi kenapa di Bagan Pinang masih belum ada sebarang berita atau laporan tentang MARTEK?

Apakah MARTEK ditempatkan dalam hutan kelapa sawit berdekatan? Atau KDN sudah kehabisan bajet untuk dibazirkan oleh MARTEK?

Dengan kemusykilan ini sesuatu anggapan buruk bermain dalam kepala aku. Yakni PDRM mempunyai agenda bersama selaras dengan kehendak pemimpin Umno supaya membiarkan samseng Umno bermaharajalela di Bagan Pinang.

Jika di PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang kita melihat setiap 10m tanah mesti dipersiap sediakan anggota polis menjalankan tugas menjaga keamanan dan ketenteraman. Berbanding di Bagan Pinang pula, polis gagal membendung kegiatan sawan babi samseng Umno menggeledah dan membantai para petugas Pas/PR meskipun polis menyatakan bahawa anggota mereka ada ditempatkan disegenap pelusuk kawasan.

Jelaslah bahawa selama ini bila berdepan dengan pembangkang yang kuat maka pihak polis raja di Malaysia bersandiwara menjaga ketenteraman walhal kehadiran mereka sebenarnya menggertak para pengundi agar gerun untuk keluar mengundi.

Manakala bila berdepan dengan samseng Umno yang ganas maka polis raja di Malaysia akan membiarkan para samseng keparat ini mengambil alih tugas melaksanakan kerja-kerja kotor Umno. Polis sekadar melihat dan menunggu konon sehingga laporan dibuat.

Polis. Insaflah.

Tuesday, September 8, 2009

Saman Jangan Dok Saman

Alhamdulillah Datuk Mahfudz sudah memenangi kes di mahkamah dan mendapat haknya begitu juga dengan Dato' Cikgu Pa dua hari lepas.


Yang jelasnya bukan sekadar pimpinan politik pembangkang yang merupakan seteru kuat kerajaan dan media mereka bangun membenamkan keegoan Umno dan kerajaan, malah rakyat biasa juga semakin berani untuk berhadapan menuntut kebenaran serta hak terhadap kesilapan dan kezaliman oleh pihak kerajaan terhadap mereka.

Terbaru kes seorang budak yang menjadi mangsa sasaran peluru kanister pemedih mata FRU sewaktu berlaku huru-hara dalam perlawanan bolasepak di Stadium Sultan Muhammad IV empat bulan lalu.

Syabas Muhammad Huzaifah!! Kami mendoakan semoga kamu menang perbicaraan ni. Namun jangan lupa sekiranya ditakdirkan Allah kamu menang, harap infaq kanlah secebis bahagian perolehan itu untuk perjuangan Islam.

KOTA BHARU, Ogos 7 — Saman RM10 juta terhadap pegawai kanan FRU di Kelantan wajar menjadi pengajaran kepada pasukan itu agar mematuhi peraturan ketika melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai.

Ini kerana, bukan pelajar dari Kota Bharu itu sahaja yang menjadi mangsa sebegini tetapi juga para peserta perhimpunan Mansuh ISA Ogos 1 lepas.

Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ASP M. Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia masing-masing dinamakan sebagai defendan dalam saman tuntutan ganti rugi mangsa kelongsong peluru gas pemedih mata dalam kejadian rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV hampir empat bulan lalu.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta di atas kecederaan mata kanannya akibat terkena tembakan kelongsong peluru gas pemedih mata yang mengakibatkan mata kanannya buta.

Saman tersebut difailkan Huzaifah sebagai plantif melalui peguamnya, Shaharudin Mohamed, dari Peguambela dan Peguam cara Shaharuddin Hidayu & Marvaliz di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, petang semalam.


Wednesday, August 5, 2009

KPN Jangan Sesaja Buat Bodoh

Sebagai orang nombor satu 'syarikat' polis negara, beliau perlulah lebih cenderung kepada sifat bertimbangrasa. Hambaan diri yang melulu terhadap Najib sudah tentunya menambah kesengsaraan terhadap rakyat. H1N1 memerintah mengikut nafsu dan KPN sepatutnya mengekang nafsu tersebut dari terus membaham kebebasan rakyat.


Anak kepada TokGuru Ngaji tersohor, apakah Dato' Hassan tidak pernah menanam sifat insaniah kedalam diri anaknya a.k.a KPN? Atau mungkin itulah sifat insaniah terbaik yang ada dalam jiwanya. Ibarat kata sebaik-baik perangai Jin adalah sejahat-jahat sikap manusia. Aku tak bermaksud KPN sejahat-jahat jin tetapi jangan sampai lagi rakyat nampak dia bersifat sebaik-baik perangai jin.

Oleh itu letakkan budibicara dihadapan tatkala membuat pertimbangan. Hindarkan sifat perhambaan totok terhadap pemimpin yang kotor. Walau sejahat-jahat manapun manusia mesti ada dalam kalbunya meskipun sedikit walau sebesar zarah akan sifat mahmudah.

Dalam hal dakwaan KPN terhadap aktivis yang membawa anak atau keluarga ke perhimpunan GMI semalam, perlulah disedari matlamat perhimpunan tersebut. Meskipun temanya berbau kontradik namun ia dirancang sebagai sebuah perhimpunan aman. Telah beberapa kali diumumkan oleh pihak penganjur beberapa bulan sebelum berlangsungnya ia. Sepatutnya kerajaan dan pihak keselamatan memberikan kerjasama untuk sama-sama menjaga keamanan sewaktu perarakan.

Bila kita mendengar ianya aman maka secara logik akal tentulah makbapak senanghati untuk membawa anak-anak atau keluarga mereka menikmati keseronokan berada dikhalayak ramai, ia bagaikan sebuah pesta. Tetapi H1N1 dan KPN telah merancang dari awal untuk 'spoil' kan majlis tersebut. Bimbang dengan efek dari 'pesta' ini yang akan memberi kesan kepada kejatuhan kerajaan bawaan mereka, maka diberikan lampu hijau kepada si merah dan biru untuk membuat huru-hara membuta tuli.

Memang malang bagi kita bilamana pihak kerajaan membuat keputusan sebaliknya untuk berkonfrontasi dengan peserta demo aman tersebut. Tiada lain melainkan H1N1 ingin menunjukkan taring dan keris mereka. Susah kita nak berurusan dengan manusia yang tak belajar tentang isi syurga dan neraka ni.

Amaran aku kepada H1N1, KPN dan semua yang terlibat membantai aktivis perhimpunan aman GMI, engkorang rasailah pula nanti dialam barzakh sana akan 'kenikmatan' gigitan oleh taring-taring ular yang sekarang pastinya sedang bersedia untuk membaham kamu.

SEPANG, Aug 4 – Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan has vowed stern action against parents, guardians and organisers who exploited children in the illegal rally against the Internal Security Act (ISA) in Kuala Lumpur last Saturday.

Musa said those who had used children (in the rally) would be taken to court.

However, he said, he had yet to receive any report that the organiser had paid the children to participate.

Monday, August 3, 2009

Sekali Pandang Macam dot..dot..dog


Sekali pandang macam dot..dot..dog.....



Dua kali pandang tak ubah macam big..big..pig...

Ingatlah: Di Neraka Penzalim Diseret Lagi Teruk

Cara polis tersebut cekau baju dan heret seolah melepaskan geram dan benci terhadap aktivis. Kekasaran disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Sebagaimana laporan BuletinOnline bahawa kekasaran polis dan FRU adalah dengan keizinan. Angkara siapa? Semestinya Menteri Dalam Negeri.


Jangan kamu wahai polis dan FRU tenggelam dalam keseronokan menzalimi rakyat yang tak berdaya. Pasti sampai masanya giliran kamu si zalim akan dilaknat dan diseret dengan lebih dahsyat oleh 'polis' neraka.

Hadith :
“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.
Riwayat Muslim

Tak Padan Dgn Lembik: Zalim & Ganas

KUALA TERENGGANU – Arahan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dikesan sejak minggu lalu.

Sumber dalaman memberitahu Buletin Online, arahan tersebut memperincikan supaya Demonstrasi Anti ISA yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 1 Ogos semalam. Tidak dilihat ‘besar’.

Katanya kontingen polis negeri-negeri diarahkan supaya membuat sekatan-sekatan jalanraya dinegeri masing-masing bagi memastikan orang ramai yang ingin menyertai demonstrasi, tidak dibenarkan hadir.

Kata sumber itu, sekiranya Demonstrasi secara aman dibenarkan, pastinya demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan lebih 50,000 orang.

”Polis tidak akan bertindak tanpa arahan,”katanya menerangkan bagaimana tindakan melampau polis semalam adalah semuanya arahan dari Hishamuddin.

Sunday, August 2, 2009

Binatang Memperlakukan Manusia Macam Binatang

Tuesday, June 30, 2009

Suci Dalam Debu

Gempak la zaman aku muda remaja dulu lagu Suci Dalam Debu menduduki carta LaguPopular selama hampir setahun kalau tak silap akulah. Lagu dendangan Saleem Iklim ini mengungguli persada dunia muzik menjadi siulan anak-anak muda dan orang tua. Sayangnya kemudian si Saleem pula yang terjebak langsung menjadi debu.


Rangkap tajuk kat atas ni sebenarnya aku tujukan kepada 2 orang anggota polis yang amanah dan cemerlang dalam melaksanakan tugas sebenar. Bukan sebab mereka paling top dekat kem-kem Martek, atau bukan sebab mereka jagoan FRU menghentam pendemo, juga bukan sebab mereka barua Umno paling tulin, tetapi kerana mereka berjaya mematahkan satu siri penyeludupan syabu bernilai RM280 juta.

Bayangkan berapa ramai manusia akan tewas jika syabu tersebut berjaya melepasi sekatan polis berkenaan seterusnya menyelinap ditengah kelompok masyarakat. Pasti akan lebih ramai yang terjebak dengan gejala haram tersebut. Sementelah sekarang ni ramai yang stress dengan situasi ekonomi semasa negara yang semakin merudum. Najib sendiri huru hara cuba melepasi serangan kejatuhan ekonomi.

Apa pun 2 pegawai polis tersebut wajar diberikan penghargaan atas jasa mereka. Dan dinyatakan bahawa mereka telah pun diberikan kenaikan pangkat berkuatkuasa serta merta. Semoga ramailah anggota polis yang amanah sepertinya. Jangan mengulor buang masa kat ceramah-ceramah Pas, atau masuk kampung lepak kat kedai kopi cari maklumat untuk Umno/BN.

Awards for cops who said ‘tak nak’ to RM500,000 bribe

KUALA LUMPUR, June 30 – Two policemen who rejected a RM500,000 bribe by drug traffickers caught with syabu worth RM280mil in May have each been given the Integrity Award.

Detective Corporal Mohd Surani Sarbini, 44, and Lance Corporal Mohd Tarmazi Arbayee, 25, were also promoted to Detective Sergeant and Corporal, respectively, for their part in the largest drug seizure by Malaysian police.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak presented the award at a special ceremony at parliament house here today.

In the seizure at 6.45am on May 2, Mohd Surani and Mohd Tarmazi who were returning to Cenderawasih police station, Rompin, Pahang stopped a lorry laden with 96 boxes and 480 packages suspected to contain syabu.

They detained two men who later offered them a bribe of RM10,000 with promise of RM500,000 more after their release.

Mohd Surani from Rompin narcotic CID division said he believed that every member of the police should serve with integrity.

Mohd Tarmizi from Rompin Mobile Patrol Vehicle division said he turned down the bribe as he wanted to remain in the police force for a long time. – Bernama


Saturday, June 20, 2009

Polis Demo Depan Bangunan Pas

Ibarat macam telinga lintah. Sama jugak dengan si FRU sepupu sepepet polis serta si SB anak sedara polis. Dengar je demo maka berbondong-bondonglah mereka ke lokasi demo. Walhal SMS kelentong pasal demo pun mereka pergi jugak. Satu sebab hakiki kerana tugas. Sebab utama kerana seronok, lari dari suasana opis. Sebab kedua lepas geram boleh hentam demonstrators.


Tapi hari ni lain pulak cerita. Polis silap serkap. Bertempat perkarangan Bangunan Pejabat Agung Pas, 20 orang polis dilihat mundar-mandir konon untuk mengawasi demo yang diperolehi dari sumber SMS. Setelah 2-3 jam berselang tiada kelibat pendemo pun hadir dikawasan berkenaan. Polis dan wartawan beredar setelah membuang masa sekadar khabar angin.

KUALA LUMPUR, Jun 19 — Kerana percaya satu demonstrasi akan berlaku di perkarangan Pejabat Agung PAS selepas Jumaat hari ini, lebih 20 anggota polis memenuhi perkarangan pejabat PAS Jalan Raja Laut itu.

Para kakitangan pejabat PAS itu menganggap, anggota polis yang berdemo hari ini kerana tidak ada seorang pun ahli PAS yang berkumpul di situ untuk berdemo.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar.

Polis dan wartawan mula beredar kira-kira jam 3.20 petang selepas hampir satu jam setengah berkumpul di pekarangan bangunan PAS itu.

Sejak dua hari lepas, SMS yang menyebut satu demo akan diadakan di perkarangan Pejabat Agung PAS tersebar ke merata-rata.

Wartawan juga turut menerimanya menyebabkan ada di kalangan mereka percaya dengannya.

SMS itu berbunyi, "Demo bersih di pejabat PAS jln raja laut pada 19.6.09 selepas solat jumaat."


Wednesday, June 17, 2009

Awas! Preman Masuk Kampung

Baguslah jika kerajaan peka dengan rungutan rakyat. Takkan ada lagi deretan khemah2 Martek mcm funfair, takde lagi kelibat polis setiap 5 meter tanah. Dan paling penting takkan ada lagi laporan terperinci pembaziran perbelanjaan sebanyak RM15 juta hanya sekadar untuk tanggung penempatan polis dan berkaitan di PRK Kuala Terengganu.

MANEK URAI, Jun 17 — Polis mengambil pendekatan luar biasa di Manek Urai. Kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini, polis datang dengan berpakaian seragam lengkap dan mendirikan khemah-khemah Martek mereka, tetapi kali ini mereka menyewa rumah-rumah penduduk kampung di sini dan tidak berpakaian seragam.

Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.

Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.


Dalam pada perubahan itu kita perlu berwaspada. Selain dari melakukan kerja-kerja pengintipan untuk puak gerombolan, pastinya si preman akan mencuri peluang untuk mengundi bagi pihak gerombolan.

Polis takde kerja sangatlah tu duk ditugaskan untuk skodeng apa Pas buat, apa Pas cakap. Kenapa tak pi hendap dalam seluar tengok apa 'senjata' Pas bawak dan selak plak kain Umno tengok ada ker idak 'senjata' mereka sebab kat Penanti mereka dah simpan 'senjata'.

Yang bagusnya ada jugak peluang penduduk Manik Urai bisnes semusim. Pemilik rumah persinggahan, chalet dan sebagainya yang kasi sewa kat polis silalah taram kaw-kaw... peduli haper semua belanja sewa tu kan kerajaan tanggung.

Kalau kat PRK Kuala Terengganu kerajaan membelanjakan RM4.5 juta untuk makan kedarah anggota polis, apa salah kat Manik Urai mana-mana yangber imej atau penampilan sangsi macam polis atau SB, tokei kedai makan kasi lipat 7-8 kali ganda harga kalau nak makan.

Semua tu ada kesan pro dan kontra. Apa pun alasannya terutama untuk mengekang keganasan pilihanraya kononnya (alasan skema), kehadiran polis sebenarnya adalah untuk mengongkong aktiviti kempen Pas/PR. Walhal dajjal yang selalu membuat onar ialah puak gerombolan. Tengok kat Penanti, tanpa gerombolan pihak polis rileks je sampai ada yang tertidur.

Kita amat mengharapkan agar polis adil dalam melaksanakan tugas, jangan berat sebelah.

Sunday, May 24, 2009

Polis Serbu Pejabat DAP Rampas Komputer, DVD

Aku pernah komen dulu dalam artikel bahawa Malaysia punya polis, SB dan sekutu sekufu sekarang bertindak sewenang-wenangnya ala Gestapo, Mossaad, CIA. Takyah pakai waran ka? Terus serbu masuk rampas buat lari pastu... 


Aku tak pasti ada ke tidak waran geledah pasal dalam berita ni pun tak dinyatkan pasal waran. Walau apa pun tindakan liar ini semakin menakutkan rakyat atau sengaja Najib nak memberi amaran kepada rakyat bahawa kekuasaan berada ditangannya sekarang.

Silap haribulan CheDet pun akan jadi barua Najib, pencacai makan sifu, macam Celcom makan Telekom.

Thursday, May 7, 2009

Najib, Polis takut dengan sembahyang hajat

Kenapa tangkap Abg Mat? Makin senang keje polis especially SB di era Najib ni. Main tangkap muat je... dak puashati tangkap. Aduh tak ubah macam Gestapo, Mossad, CIA dan kengkawan iblis yang seumpamanya. 


Baru war-war pun dah kecut perut. Betullah janji Allah yakni kaum yang menentang Islam akan takut bila diperdengarkan ayat-ayat Tuhan. Aku rasa kalau betul jadi Program tu mau pecah perut Najib sebab buncit kembung. Walaupun Program tu terpaksa beralih tempat, namun istiqomah para jemaah tidak sekali beralih arah, semoga beroleh kejayaan oleh Pakatan Rakyat.

Najib sedar penangan sembahyang hajat telah merobek sebahagian kerajaan hadhari. Sembahyang hajat dan doa muslimin juga telah membuka hati non-muslim untuk menyokong Islam dan bersama menyegarkan perjuangan keadilan rakyat marhain.

Puak-puak yang menentang Islam memang suka memperleceh lekeh soal-soal ibadat. Masih aku ingat dalam peristiwa ceramah di Mak Chili Kemaman tak lama dulu. Para pendengar ceramah yang ditangkap dibawa ke balai polis Chukai. Tergamak pula sorang polis bertanya pada mereka yang ditangkap iaitu "mana yang lebih berkuasa sekarang? tandatangan dia atau sembahyang hajat?". 

Carilah sendiri maksudnya.



Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET