Belum hancur lebur pun lagi kilang Lynas tapi pihak berkuasa Malaysia dan Australia dah mula tolak menolak tanggungjawab. Malaysia mintak sisa-sisa Lynas dikembalikan kepada negara asalnya tapi tuan tanah menolak dengan sekeras-kerasnya.
Nak tanya ahli Parti Setan, siapa yang pepandai bawak masuk haramjadah toxic pembunuh tersebut ke Malaysia untuk dihadam oleh Lynas? Sewaktu bawak masuk korang pikir guna apa, kepala hotak atau kepala taik. Korang memang tak pikir panjang tapi pikir hal poket isi penuh boleh jalan biarlah rakyat 'jalan' dulu. Akhir sekali rakyat yang didahulukan akan makan toxic dulu. Cepatlah korang jalan baham tanah wahai parti setan.
Saturday, September 15, 2012
Lynas: Dah Mula Tolak Menolak Tanggungjawab
Hasilkerja oleh wohulu at 10:58 0 comments
Wednesday, March 21, 2012
Meter Parking Enggan Terima Syiling Israel
Beberapa orang sahabat datang meromel pasal masalah syiling baru tak boleh buat bayar parking meter di sekitar BAWASIR (Bandaraya Warisan Pesisir Air). "Menatang sungguh seng (syiling) baru ning dokleh pakai wat bayar parking meter. Meter takmboh telan setahrang". Tergolek aku ketawa.
Hasilkerja oleh wohulu at 10:33 0 comments
Labels: ekonomi, politik, Terengganu
Tuesday, November 1, 2011
Cinta Gelap: Hubungan Dagang Israel-Malaysia
Wednesday, October 26, 2011
Bukan Pitih Aku Tapi Pitih Kau Pitih Rakyat
Penzalim rakyat no.1, 'dua makhluk ciptaan Tuhan di anugerahkan kepandaian dengan menipu dan mengkelentong. Tipu-tipu masuk poket, kelentong-kelentong masuk poket. Kena tipu depa percaya, dikelentong pun depa telan jua. Jenis manusia gerombolan buta hati dan mata.
2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.
3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.
4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.
5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.
6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.
8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.
9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
10- MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
11- LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.
- MTD KOTA LAMA
Hasilkerja oleh wohulu at 12:26 0 comments
Labels: copy-paste, ekonomi, korup, politik
Thursday, October 20, 2011
Menjelang 2020, Malaysia Akan Bankrap
Rupanya CheDet dah tau mungkin menjelang 2020 Malaysia akan bangkrap. Wawasan 2020 sekadar halwa minda bagi mempamirkan kehebatan pemerintahannya konon. Malangnya CheDet mudah lupa, dia lah pencetus kegawatan bakal membawa negara ke era kebangkrapan. Menjelang 2020, baka warisan pasti bertambah, sebaliknya negara kena lelong.
"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni.
"Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.
Hasilkerja oleh wohulu at 10:20 0 comments
Saturday, October 8, 2011
TNB: Untung Ratusan Juta, Hutang Tak Mau Bayar
TNB catat keuntungan suku pertama RM712.9 juta
KUALA LUMPUR, 19 Jan. - Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM712.9 juta bagi suku pertama berakhir 30 Nov 2010 berbanding RM706.3 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.
Perolehan kumpulan meningkat 5.3 peratus kepada RM7.726 bilion pada suku pertama daripada RM7.338 bilion sebelum ini, kata pengerusinya Tan Sri Leo Moggie, hari ini.
Beliau berkata, prestasi kumpulan menunjukkan peningkatan 6.1 peratus pada perbelanjaan operasi kepada RM6.55 bilion daripada RM6.179 bilion sebelum ini, kebanyakannya disebabkan kos penjanaan tenaga elektrik akibat peningkatan pada permintaan dan harga arang batu.
Berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, TNB mencatatkan margin EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasab) sebanyak 28.5 peratus berbanding 29.5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan sebelum ini. - Bernama
State exco for economic planning, finance and welfare, Husam Musa said the sum for the water catchment areas in the dam had yet to be paid to date.
“This is in line with the original agreement signed by Kelantan state government with TNB. The state government has not received any payment and this involves an area of 37,000 hectares," said Husam, who added that an invoice from the state government had been prepared for TNB.
On why the matter was pursued now, the PAS vice president said this was based on a mini committee under him tasked with increasing state government’s revenue.
Husam said TNB had always settled payment for the usage of lands and waters to generate hydro electricity in the Pergau dam, and the money was channelled to a fund called Tok Kenali.
“We hope that TNB will be able to clear the back debt as soon as possible for the interest of the people in the state,” he urged.
Hasilkerja oleh wohulu at 12:48 0 comments
Labels: copy-paste, ekonomi, politik
Saturday, September 24, 2011
Talibarut British: Nak Jadikan Negara Berpendapatan Tinggi
Mabuk tapei ke apa Najib ni? Ukur baju dibadan sendiri dulu, baru tahu langit tinggi ke rendah. Idea first class tapi perlaksanaannya third class. Selagi RASUAH dijadikan mahkota oleh haprak bn-umno-apco usah sembanglah pasal negara itu ini. Yang nyata akan berubah dan mengaut pendapatan tinggi hanyalah kroni dan talibarut celaka yang mengampu kamu sedangkan rakyat daif dan miskin tahap begitu juga sampai bila-bila menadah ihsan dan simpati umno-apco.
Menegaskan pentingnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, Najib berkata golongan masyarakat yang terdiri daripada perbadanan, perusahaan, pekerja, cendekiawan dan penyelidik perlu mengumpulkan sumber kolektif mereka dalam memastikan matlamat itu direalisasikan.
Dalam ucaptama pada persidangan kebangsaan "Menjadikan Negara Berpendapatan Tinggi, Satu Realiti" di sini hari ini, Najib berkata: "Tiada siapa boleh meragui komitmen kerajaan dalam perkara ini, dan saya berharap persidangan hari ini akan menunjukkan bahagian lain masyarakat yang sama-sama berdedikasi dan bersedia memainkan peranan dalam memajukan ekonomi."
Hasilkerja oleh wohulu at 11:49 0 comments
Monday, August 29, 2011
Petronas Untung, Gerombolan Tadah Kantung
FLOM bingung, cincin $24 juta belum disarung, tapi duit mau datang lagi berbondong-bondong.
Hasilkerja oleh wohulu at 02:34 0 comments
Labels: BN, copy-paste, ekonomi, korup, politik
Tuesday, February 1, 2011
RON97 Naik Lagi: Terimakasih Pada Kebodohan Sendiri
Apalah nak jadi kepada puak gerombolan ni, sampai sudah tak reti-reti dan tak faham-faham. Mati-matian mempertahankan kedustaan dan retorikan pemimpin bangang mereka. Takkan sampai pasir masuk dalam mulut pun baru nak kelih cahaya kebenaran, sudah terlewat sahabat, tatkala mungkar nakir mengajukan soalan subjektif nya.
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
Hasilkerja oleh wohulu at 15:14 2 comments
Wednesday, January 12, 2011
Sorok Minyak: Binawe Punya Orang
Orang ramai bukan main susah lagi pusing ligat nak dapatkan sepeket minyak masak. Si lahabau ni sesuka dia je sorok minyak. Akibat telah diwar-warkan malah semakin panas khabar angin bahawa minyak masak akan naik harga lagi lepas Raya Cina nanti maka sudah ada pembekal yang mengambil kesempatan menyorok minyak masak.
Pemangku Pengarahnya, Abd Ghani Harun berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.
Premis berkenaan turut disita dan pemborong itu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 Urus niaga Barang Tanpa Lesen dan dikenakan penalti di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Barang 1961.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara.
“Pihak PDNKK akan melakukan siasatan lanjut berhubung bekalan minyak masak yang diperoleh dan barangan rampasan dilelong pada hari ini kepada pemborong di sekitar daerah Kuala Terengganu,” katanya kepada pihak media yang hadir.
Sementara itu pada masa sama, Abd Ghani menjelaskan, sebanyak 1,800 metrik tan minyak masak diagihkan kepada 11 pemborong di negeri ini dalam masa sebulan dan melalui pemantauan, Terengganu tidak mempunyai masalah kekurangan minyak masak dalam pasaran.
Pihaknya juga tidak pernah mengehadkan pembelian minyak masak kepada orang ramai atau pengguna.
“Hasil pemantauan mendapati di Terengganu tidak berlaku masalah kekurangan minyak masak, malah agihan kepada pemborong mencukupi bagi menampung keperluan pengguna,” katanya.
Hasilkerja oleh wohulu at 11:39 0 comments
Labels: ekonomi, krisis, society, Terengganu
Saturday, January 8, 2011
Bekalan Minyak Masak Tambahan 3 Februari?
Menurut Ismail Sabri bekalan tambahan minyak masak bagi menampung permintaan yang semakin meruncing sekarang ini selewatnya pada 3 Februari depan.
Hasilkerja oleh wohulu at 10:48 0 comments
Wednesday, December 22, 2010
Rakyat Melarat: Curi Paku Landasan Keretapi
Hasilkerja oleh wohulu at 11:37 0 comments
Labels: ekonomi, society, Terengganu
Monday, December 20, 2010
YDP MPD: Bangunan Takde CF Pun Beroperasi

Hasilkerja oleh wohulu at 07:17 0 comments
Labels: BN, ekonomi, korup, Terengganu
Wednesday, May 26, 2010
Negeri Kaya Rakyat Masih Papa
Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu, Norazaman Ab Manaf berkata, rahsia itu diketahui hasil soal siasat dilakukan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini.
“Sebahagian besar individu diselamatkan adalah terdiri daripada penghuni di Taman Rahmat, Pulau Kerengga yang sememangnya telah pun mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM300.
“Apa yang menyedihkan, mereka mendakwa melakukan kegiatan mengemis di bawah pengetahuan ahli keluarga dan bagi yang sudah berumah tangga, mereka menyatakan anak yang membantu menghantar ke lokasi tumpuan orang ramai bagi tujuan mengemis,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau yang diadakan di sekitar bandar raya ini termasuk di lokasi perbankan.
Norazaman berkata, antara lokasi yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan hangat pengemis untuk mencari pendapatan adalah berhampiran kawasan perbankan, Dataran Shah Bandar, Pantai Awam Batu Burok, Pasar Besar Kedai Payang, Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan di pasar malam di sekitar bandar raya ini.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:11 0 comments
Labels: ekonomi, society, Terengganu
Saturday, April 3, 2010
Perkedaian Pulau Serai Tiada Jalan Masuk

Hasilkerja oleh wohulu at 13:47 0 comments
Labels: ekonomi, society, Terengganu, video
Friday, March 19, 2010
Umno Grahak Generasi CheDet Hancurkan Wawasan Tun Razak
Ungkapan kat atas oleh Allahyarham Tun Razak kata omputih "Loud & Clear". Sesiapa tak reti baca atau tak faham atau buat-buat tak reti bahasa memang bukan manusia. Sama spesis dengan beruk kat hutan lah tu. Huk..huk..siang malam. Lebih baik beruk belaan MatYeh kerana pandai ikut arahan MatYeh tapi beruk Umno ni lain macam. Bodo sombong.
Hasilkerja oleh wohulu at 10:23 0 comments
Labels: ekonomi, krisis, Oil and Gas, politik, Terengganu
Sunday, March 14, 2010
KEMELUT PETANI DI ZAMAN BN, MASIH GUNA CARA KUNO?
Oleh: NOOR DIANA MOHD. RAZIS PERJALANAN agak panjang merentasi desa-desa di pedalaman di Tenom, perjalanan kami terhenti di satu kawasan penanaman padi. Kawasan yang agak luas menarik perhatian kami. Apakah ini yang Kerajaan UMNO/BN banggakan dengan pencapaian matlamat Kerajaan pimpinan mereka? Lihat sahaja, petani kampung suku Murut yang masih menjalankan sistem penanaman padi secara kuno yang masih digunapakai tahun 50-an. Dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa tiada keperihatinan dari wakil-wakil rakyat BN yang telah mendapat undi dari penduduk-penduduk kampung? Di mana tanggungjawab wakil-wakil rakyat ini yang sepatutnya menjenguk dan menawarkan apa-apa khidmat bantuan Kerajan UMNO/BN? Bukankah mereka sepatutnya membela nasib para pengundi di kawasan yang diwakilinya? Satu persoalaan yang lain pula timbul, pernahkah mereka di ulu pedalaman ini di jenguk dan ditanya khabar? Tidak pernahkah ada bantuan untuk memajukan penanaman sawah padi mereka? Bagaimana mereka dapat mempertingkatkan ekonomi kehidupan mereka sekiranya tanaman padi yang mereka usahakan masih lagi ditakuk lama? Masih lagi menggunakan kaedah kuno? Kita semua amat maklum kaedah penanaman padi amat perlahan prosesnya, sekurang-kurangnya, sebagai wakil rakyat yang perihatin kepada pengundi-pengundi yang telah bermurah hati menyedekahkan undi mereka sehingga memangkin kemenangan pada diri masing-masing; hulurkanlah bantuan atau paling tidak jentera pembajak yang moden yang boleh digunapakai secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung, suku Murut yang dari zaman British hingga merdeka di zaman Malaysia; mereka terbiar miskin. Hargailah mereka yang telah berjasa secara tidak langsung kepada wakil-wakil rakyat UMNO/BN walaupun mereka hanyalah penduduk pedalaman yang serba kekurangan. Inilah tugas anda sebagai wakil rakyat sebenarnya untuk membela nasib mereka yang jauh dari arus pembangunan kota. Inilah yang menyebabkan rakyat pedalaman kini telah beralih arah dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Inilah antara sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah mulai kehilangan pengundi-pengundi setia mereka hari demi hari. Rakyat undi mereka untuk bela nasib, tetapi mereka gunakan kedudukan mereka untuk kepentingan masing-masing, ada yang tidak hadir mesyuarat dewan undangan negeri dua penggal berturut-turut, ada yang pula berlumba-lumba cari artis-artis muda untuk di jadikan madu-regu untuk isteri masing-masing. Itulah pasalnya rakyat yang diwakili tidak mendapat perhatian dan perihatin sewajarnya dari wakil-wakil rakyat UMNO/BN. Maka janganlah salahkan rakyat seandainya pada PRU13 nanti akan berlaku lagi gelombang reformasi dan janganlah terperanjat seandainya ianya lebih hebat lagi dari PRU12. Jangan nanti ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung dan jangan juga ada yang menangis tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Fikirkanlah!.
Hasilkerja oleh wohulu at 09:33 0 comments
Labels: copy-paste, ekonomi, politik, sosial
Thursday, March 4, 2010
Ekonomi Negara Sudah Pulih?
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat. Pengumuman dibuat oleh YAB PM DS Najib beberapa hari lalu bahawa ekonomi telah pulih tentunya merupakan satu berita gembira. Dalam suku terakhir tahun 2009, ekonomi mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5%, meskipun mengalami penguncupan sebelumnya; penguncupan tiga suku sebelumnya, iaitu 6.2% pada suku pertama, 3.9% pada suku kedua dan 1.2% pada suku ke tiga. Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3% yang diunjurkan sebelum ini. Untuk pengetahuan umum, pertumbuhan adalah sebanyak 4.6% dalam tahun 2008. Ekonomi telah pulih tegas Najib dan pimpinan kerajaan seperti Menteri Besar Pahang yang kurang arif tentang ekonomi lantas menyebutkan bahawa ini semua adalah kerana kebijaksanaan Najib mengurus ekonomi negara. Penulis tidak suka untuk menganggu keseronokan dan euporia ini. Rakyat telah lama terhempit dengan pelbagai penderitaan hidup. Mereka mahukan satu suntikan harapan. Najib pula sangat berhajat untuk membuktikan bahawa beliaulah penyebab pemulihan ekonomi ini dan dialah harapan untuk rakyat. Malangnya penulis terpaksa berterus terang bahawa Najib tersilap dalam membuat rumusan bahawa ekonomi telah pulih, kecuali dalam erti yang terlalu ‘teknikal’. Lebih silap lagi ketika dia dan pimpinan Umno/BN menyangka bahawa dialah pencetus dan pemangkin kesemua ini. Yang layak disebut Najib hanyalah bahawa ekonomi tumbuh pada 4.5% dalam suku keempat 2009 dan keseluruhan 2009 mencatat penguncupan pada paras 1.7%, iaitu lebih baik dari penguncupan 3% yang dijangkakan. Ada pun sebab utama pertumbuhan 4.5% yang dicapai tidaklah kerana apa jua langkah ajaib dan keberkesanan pendekatan Najib mengurus ekonomi kecuali kerana permintaan global pada suku akhir 2009 sememang meningkat dan ini disaksikan di semua negara. Meletakkan punca utama kerana suntikan rangsangan fiskal seperti didakwa Najib agak tidak tepat kerana dari jumlah RM 67 bilion yang diperuntukkan dalam dua pakej rangsangan fiskal itu, sehingga akhir September 2009, hanya RM8.2bilion sahaja yang dibelanjakan (ms 3, Dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia 2009/2010). Najib mutakhir ini pula mendakwa telah membelanjakan RM17bilion dari pakej tersebut, dengan jumlah bayaran setakat ini sebanyak RM13.9bilion. Puratanya sebanyak RM1bilion disuntik sebulan dakwa beliau dalam 13 bulan lalu. Dengan mengambil kira kesan berganda kegiataan ekonomi akibatnya, mungkin ada kesannya sedikit terhadap pertumbuhan KDNK dalam sebuah ekonomi yang KDNKnya ialah anggaran RM700bilion. Penulis boleh akui. Namun pertumbuhan 4.9% suku akhir 2009, tegasnya adalah akibat permintaan global yang semakin pulih dan kesemua negara-negara Asean seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura mengalami pertumbuhan yang lebih baik dan rancak lagi. Ini tidak termasuk China dan India yang mengalami pertumbuhan yang lebih mantap. Pun begitu, apakah dengan pertumbuhan 4.5% dalam suku akhir 2009 lalu maka kerajaan BN di bawah Najib ini mampu berkokok seluruh kampung yang ekonomi telah ‘pulih’? Tambahan pula kalau seperti didakwa mereka bahawa ini adalah hasil suntikan pakej rangsangan kerajaan kerana kaedah rangsangan adalah kaedah ’pump-priming’ atau ’mengepam’ ekonomi. Ia adalah tidak mapan, tidak lestari atau ’sustainable’ dan bersifat jangka pendek. Tidak ada yang boleh di sorak atau diberikan tepukan gemuruh akibat ’kejayaan’ pertumbuhan ini! Pemulihan sebenar ekonomi perlu menggarap beberapa persoalan asas yang bersifat fundamental dan struktural yang telah mengakibat ekonomi negara, seperti diakui oleh Menteri Kewangan kedua-2 sebagai mengalami satu dekad ’kebekuan’ atau ’stagnation’. Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi? Itu adalah model ekonomi yang dihajati negara untuk keluar dari perangkap modal lama. Ia tentunya perlu menggarap kegiatan bidang selain dari ekonomi seperti pendidikan dan latihan yang menghasilkan warga kerja dan buruh berkemahiran tinggi (supply-side economics) bersekali dengan mencapai pertumbuhan mapan dan lebihan bajet yang mampu dilaburkan bagi memacu pertumbuhan seterusnya. Pemulihan ekonomi secara jangka-panjang dan mapan adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi negara. Pastinya ’pemulihan’ atau ’recovery’ tidak hanya sekadar merujuk kepada perbandingan angka pertumbuhan dalam dua suku. Itu ’pulih’ secara ’teknikal’ sahaja. Tambahan kalau ekonomi masih di belenggu dengan segala kegiatan yang tidak menghasilkan dayasaing atau ’competitiveness’ dengan polisi yang mengutamakan kroni, perlindungan industri yang tidak berdaya maju, monopoli, pemberian subsidi pada sasaran yang salah, pengurusan timpang yang tiris dan bocor yang sarat dengan amalan rasuah. Kedua, kenaikan lebihan dagangan luar (external trade surplus) pada tahun 2009 sebanyak RM118.35bilion tidak diikuti dengan peningkatan sejajar simpanan asing (foreign reserve). Simpanan asing pada tahun 2009 menokok hanya USD5 bilion pada jumlah USD96.7bilion pada tahun Dis 2009 dari USD91.5bilion pada tahun Dis 2008. Pakar-pakar ekonomi amat runsing dengan ketidaksejajaran atau kesenjangan ini yang sekaligus memaparkan bahawa di sana terdapat aliran keluar dana lebih banyak dari kemasukan dana ke dalam negara. Bank Negara Malaysia juga turut runsing dengan fenomena ini yang sekaligus mengisyaratkan ’kehilangan keyakinan’ pelabur terhadap ekonomi negara. Dengan ekonomi yang telah sekian lama dipacu oleh perbelajaan kerajaan atau faktor ”G” dalam formula KDNK/GDP yakni KDNK= C + G + I + (X-M), di mana C- adalah Perbelanjaan (awam), G – perbelanjaan kerajaan, I – pelaburan swasta (luar dan dalam) dan (X-M) atau (Ekpsot – Impot), ia telah mengakibatkan defisit belanjawaan selama 13 tahun dan ke paras 7.4% bahkan ada yang menyebutkan sebagai 8% tahun 2009. Justeru itu kerajaan tidak lagi mampu melakukan ’pengepaman’ atau ’pump-priming’ dalam menjana pertumbuhan. Hutang kerajaan Persekutuan tahun 2009 adalah ke tahap RM362bilion atau bersamaan 55.2% KDNK, berbanding RM306bilion pada 2008. (KDNK negara sekitar RM700bilion). Faktor ”G” tidak lagi mampu digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK kerana terbeban dgn hutang dan bakal menjejaskan ‘penarafan negara’ atau ’sovereign rating’, sekaligus menjejaskan pelabaruan kerana tidak menarik sebab kos kewangan/pinjaman akan meningkat. ”I” seperti dalam KDNK ialah pelaburan swasta samada dari sumber luar atau asing dan tempatan. Sumbangan pelaburan swasta di negara kini hanya pada paras 10% berbanding lebih dari 30% dalam tahun 90an. Hakikat ini mesti diakui oleh kerajaan BN sekarang ini. Kehilangan dayasaing negara telah meletakkan negara bukan sahaja gagal mengamit pelaburan asing langsung (FDI) bahkan sebaliknya mengalami aliran keluar dana tempatan sebanyak RM9.14bilion pada tahun 2007, RM26bilion pada tahun 2008 dan RM14.6bilion untuk 9 bulan dalam tahun 2009. Fenomena pengaliran keluar dana tidak boleh lagi dihujjahkan sebagai pelabur tempatan mahu menyambut seruan menjadi pelabur global. Ketika kerajaan tidak lagi mampu memacu pertumbuhan dengan ”G” kerana melebarkan defisit, maka ”I” diperlukan. Namun ”I” tidak mampu memacu pertumbuhan kerana pelaburan swasta tidak dapat dijana. Kelembapannya akan menjejaskan penjanaan kerja, pelaburan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi untuk merancakkan pencapaian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya pertumbuhan yang mapan. Sementara itu model ekonomi negara yang bergantung kepada pendapatan sumber minyak dan gas sudah tidak lagi wajar dan tidak mapan (sustainable) kerana telah ke paras 45% dari seluruh pendapatan negara. Akhir sekali, andainya inflasi terus meningkat kerana antara lainya, kenaikan cukai, seumpama kesan GST, penarikan subsidi seumpama bahan bakar, kenaikan tarif utiliti seperti elektrik, maka rakyat akan terus kehilangan kuasa membeli. Dengan itu peningkatan ‘C’ atau perbelanjaan akan turut terjejas. Kesan ini akan menjejas ‘demand side’ atau permintaan. Sedikit sebanyak faktor ’C’ atau perbelanjaan inilah, yang telah membantu peningkatan pertumbuan dalam suku akhir 2009. Namun sayugia dingatkan bahawa ‘gaji sebenar’ atau ‘real wages’ buruh atau ‘labour’ di negara ini hanya mengalami peningkatan sebanyak 2.6% mengikut Bank Dunia dalam 1994-2007. Dengan kata lain faktor ’C’, akibat dari ’gaji sebenar’ dan gaji ’boleh berbelanja’ (disposable income) yang tidak meningkat, akan mengekang pertumbuhan yang lebih rancak. Kita beraleh kepada faktor (X-M) atau Ekspot tolak Impot. Lebihan dagangan telah penulis sebutkan di atas. Sememangnya kita adalah sebuah negara yang bergantung kepada ekspot. Itu tidak salah. Dan inilah juga yang memacu pertumbuhan dalam suku akhir tahun lalu ini secara signifikan. Tetapi sebaliknya pula, selama manakah produk-produk negara boleh terus berdayasaing, kalau kita terperangkap dengan nilai-tambah yang rendah dengan pelaburan swasta (I) serta ekonomi domestik mandom dan lembap? Fikirkan. Mampukah kita melonjakkan dayasaing negara atau ‘competitiveness’ dalam mendepani persaingan global yang semakin sengit dan getir? Kesemua penghujjahan dan senario ini membuktikan bahawa ekonomi negara belum pulih dalam erti yang sebenarnya. Sedarlah wahai semua! Sedarlah wahai Najib dan Umno/BN. Kesedaran adalah titik bermula perubahan dan reformasi tulen.
Hasilkerja oleh wohulu at 16:19 0 comments
Labels: copy-paste, ekonomi, Minda, politik
Saturday, February 27, 2010
Tak Ada Ke Elaun Untuk Penganggur?
Hari Khamis 26 Februari 2010 aku ke K.Trg atas beberapa urusan. Semua urusan itu bersangkutan dengan hal-hal cari makan. Bukan senang nak senang beb. Kena kasi belengas kelangkang dulu, basah baju dan hanyir badan dengan peluh. Perlu kerja keras dan 'struggle' asalkan hasilnya halal dari titik peluh sendiri.
Hasilkerja oleh wohulu at 16:30 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Hooray..! Hooray..! Taarif Letrik Naik Lagi.
Cabinet to decide on new power tariff tomorrow (Update)
KUALA LUMPUR: The Cabinet will likely decide on the electricity tariff increase on Wednesday, an outcome which is being anxiously awaited by the industry and consumers alike.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui said the Cabinet would discuss whether to approve the increase or hold off plans to do so.
“The paper on the tariff increase is with the Cabinet. If it approves the proposal, there is expected to be some increase; there cannot be a reduction,” he said Tuesday after attending Tenaga Nasional Bhd’s Chinese New Year open house.
Among those present were TNB president and chief executive Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, and board member Tan Sri Lau Yin Pin.
Chin, however, claimed that the poor would not be burdened by any tariff increase.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:40 0 comments
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...


.jpg)