Saturday, November 7, 2009

Beri Peluang Kepada Aziz Bari

Kalau ada insan yang lantang mengkritik menghentam Umno/kerajaan kita bersorak bertepuk tangan. Kita tak ambil kisah dia siapa, orang Pas ke orang PKR ke? Dia dah ahli Pas ke belum? Tak berkait langsung asalkan kepala hotak minda sekufu dengan fikiran kita yakni hentam Umno/kerajaan. Fe'el rasmi orang melayu.


Samalah dengan gelagat pakcik makcik kat kampung yang dengar tazkirah atau kuliah dari ustaz Pas, ramai antara mereka mengangguk-angguk bila poin yang ustaz biacarakan itu terkena atas batang hidung orang Umno. Jenis manusia taqlid buta. Anehnya bukan contoh teladan atau peringatan dari kuliah itu ingin diterapkan dalam kehidupan diri sendiri dan keluarga tapi poin itu digarap semula atas dasar semata untuk menghentam mereka yang tidak sealiran dengan parti. Sebaliknya jika ustaz yang sama menegur mengkritik pakcik makcik tersebut tentang mana-mana perkara bertentangan dengan hukum dan adat, alamatnya minggu depan dan beberapa siri kuliah seterusnya lenganglah separuh surau berkenaan. Tak caya?

Aku simpati dengan Aziz Bari. Memang akhir ni kritikan dia keras terutamanya bila dia dilihat seolah mencabar Presiden Pas. Orang melayu ni kuat sentimen kepuakkan. Kritik Presiden umpama hina parti merekalah. Dalam hal puak, agama letak kat tepi kejap. Setel dulu soal kejantanan. Sama jugak dengan Umno. Ini lagi teruk. Bapak Rasuah pun depa bela.

Ingat lagi sewaktu Aziz Bari dijemput sebagai panel oleh MAMPAT menjelas dan mengupas isu royalti minyak Terengganu bertempat di TER dulu? Idea-idea bernas dari jawapan beliau bagaimana untuk menangani kengkangan Umno atas royalti minyak mendapat pujian serta ulasan meluas dari mulut mereka yang mengikuti perjalanan forum tersebut samada secara 'live' atau melalui internet.

Kemudian itu banyak lagilah keterlibatan Aziz Bari dalam aktiviti seumpama itu diadakan. Nama dah menjulang bagaikan sebutir mutiara dia dipandang. Aziz Bari tak lekang jadi sebutan.

Setelah selesai PRK Bagan Pinang keadaan menjadi tunggang langgang. Aziz Bari melalui pengkajian mempergunakan ruang memberi kritikan kat mana lubang dan lompang. Tentang pengalaman beliau dalam perjuangan Pas, itu tak perlu disembang. Aku dan kita belum masak dengan corak perjuangan dan sumbangan Aziz Bari.

Aku melihat beliau melontarkan kritikan, menghentam orang perseorangan berdasarkan kepada pengamatan, empat mata yang memandang, kajian yang mendalam, pandangan dari ahli yang melihat kecacatan, pendekata dia ada kertas kerja. Bukan macam kita yang melaung ketidakpuasan hati membabi buta.

Apa pun lontaran itu adalah hak dia, itu cara dia. Mana kita tahu lontaran itu salah atau betul? Kecuali individu yang dikritik itu lebih tahu dan Allah Maha Mengetahui. Kita pulak naik angin apa jadi? Kalau hujah lawan hujah. Jangan kasi jalan mati. Macam JAIS tangkap Ustaz Asri, malu dapat, muka mana nak bawa lari? Kroni Pas keluar kenyataan macam-macam itu ini. Tapi paling aku kurang senang kenyataan dari Ketua Pemuda Pas sendiri. Macam takde kualiti. Aku lain lah blogger capati tapi bukan parpukari.

Umno boleh cakap orang Pas hati mati, orang lain takleh sibuk sila ketepi. Akhbar lahanat kemain lagi, pong sana peng sini, jual fitnah busuk isi.

Kita tengok apa kesudahan seminar esok hari. Peluang dah Pas bagi so apa ditunggu Aziz Bari, gasaklah lagi. Mudah-mudahan ramai yang akan mengerti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET