Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Bala Tuhan: Kemaman Dilanda Puting Beliung

Orang putih gelarnya 'Twister'. Dalam rencana biasa kita nengok kedahsyatan peninggalan kesan puting beliung. Kita ingatkan di Malaysia ni mustahil perkara sebegitu akan melanda. Namun semuanya kerja Allah. Bala atau musibah yang Allah turunkan bukan sesaja, pasti ada makna.

Terkini heboh sejongkel rakyat Ganu bualkan perihal diserang puting beliung. Sebelum ni bandar Kuala Terengganu diterjah oleh 'anak' tornado sehinggakan berderetan pokok kayu tumbang dan tidak sedikit premis yang rosak.

Gamaknya kejadian ini sebagai pembalasan Allah atas kelakuan dan kerakusan sang pemerintah yang zalim. Abg Mad mengulangi lagi perilaku buruknya yang suka merobohkan. Dulu dia robohkan masjid dan rumah rakyat di Kampung Bujal Kemaman. Terbaru kerajaan Ganu merobohkan rumah rakyat di Kuala Besut. Pasti kejadian puting beliung di Kemaman yakni di tanah tumpah darah Abg Mad sebagai peringatan kepada Abg Mad bahawa ini kali terakhir dia boleh berbuat zalim atau...... wallahuaklam.


Nik Rozita Zahari


Wednesday, October 19, 2011

Macam-macam: Kena Sihir Melalui Facebook

Bukan salah facebook tapi salah kita. Kenapa? Kerana leka dengan menempekkan gambar yang macam-macam atau yang havoc buat tatapan umum. Betul lah itu hak kita, hak kebebasan individu. Cumanya usah kita lupa bahawa jangan kita cari musuh atau bergaduh dengan sesiapa terutamanya insan yang rapat dengan kita, kerana facebook bakal mencetuskan segalanya.

Wednesday, August 24, 2011

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Pantai Timur Amerika Syarikat

MINERAL, Virginia: Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter, Selasa, menggegarkan bangunan dan menyebabkan sebahagian penduduk dan mereka yang berada di Capitol, Rumah Putih dan Pentagon dipindahkan.

Tiada laporan terkini mengenai kematian. Bagaimanapun, pegawai-pegawai bomba di Washington melaporkan terdapat segelintir yang mengalami kecederaan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 64 kilometer ke arah barat laut Richmond di sini. - AP

Lelaki Parah Dibelasah Oleh Teman Wanita

Seorang lelaki di Singapura ditinggalkan dengan kesan luka dan berdarah setelah dibelasah oleh teman wanitanya.


Wanita tersebut, usia 24, dilaporkan telah mengilas, memukul dan menendang teman lelakinya mengkritik cara beliau berpakaian.

Sementara itu wanita tersebut dikatakan bimbang akan kehilangan teman lelaki beliau.

Dia berkata masih sayangkan lelaki itu tetapi dia marah kerana dikritik tidak kena pada waktunya.

"Dia menyuruh saya guna make-up, pakai kasut tumit tinggi dan jangan pakai t-shirt. Saya akur kerana saya sayangkan dia", katanya.

Tahun kedua perkenalan mereka, teman lelakinya mahukan dia berbadan slim.

"Dia tidak membenarkan saya bersarapan pagi dan skip makan tengahari", tambahnya itulah antara punca yang perbalahan antara mereka.

Walau bagaimanapun, dia masih berharap agar hubungan mereka dapat diselamatkan.-China Press

Nota: Ramai perempuan sekarang celik mata dan belajar seni mempertahankan diri. Malang si lelaki ini kerana bertemankan seorang wanita ada jurus, lantas si wanita ter'karate' kat salah tempat kerana marah sangat.

Thursday, August 19, 2010

AbgMad Said Tunjukkan Kegedebelannya.

Apa tujuan AbgMad-Umno-Apco menjarah tanah orang kampung atas nama pembangunan? AbgMad nak tunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa atas mukabumi Terengganu ini selain dari Umno-Apco? Tuhan pulak AbgMad nak campak kemana?


Tragedi Masjid Bujal telah mempamirkan kejaguhan AbgMad menentang Allah. Diruntuhkannya masjid Bujal dan dicampakkan sisa-sisa masjid ke tempat pembuangan sampah. Kes ni AbgMad dah taubat ke belum? Sekarang ni masih nak tunjuk samseng lagi dengan rakyat dan dengan Allah? Sedarlah AbgMad di akhirat kang tak sempat nak dihisab dan ditimbang amalan tu terus Allah tendang kamu ke neraka Jahannam.

Yang penting sekali ialah AbgMad nak sohorkan bahawa dia lebih gedebe dari Mad Deris jaguh Besut. Lantak kamulah dua ekor nak berlagak atas dunia ni. Kat padang Mahsyar pepandailah jawab bila rakyat yang kamu zalimi dan abaikan berbondong datang minta haq mereka yang kamu rampas kat atas dunia.

Friday, June 11, 2010

Ambulan MERCY Di Bom Israel

Astaghfirullah...


Aku baru terima SMS dari teman bahawa sebuah Ambulan MERCY dalam misi bantuan keamanan ke Gaza telah di bom oleh Israel Laknatullah malam tadi.

Diberitakan ada beberapa orang yang meninggal atau syahid dan cedera parah. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan ke atas mereka serta doa kesejahteraan ke atas roh para syuhada.

Kita nantikan berita yang mungkin pasti bakal menyusul.

Wallahu'aklam.

Saturday, April 10, 2010

Oh GanuKu Dadah Sana Sini

Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang hisap dadah, orang main bola dia main dadah. Pastu lepas kena buang dengar kabornya dilantik sebagai 'orang kuat pemuda umno' Kuala Abang. Sekarang tubuh dia aku nengok kurus kediang. Kesian mamat tu. Sekarang ada lagi ikut jejak dia. Dah la gitu dia 'isap' dadah beregu dengan polis pulok tu.



Dalam kes lain polis yang selalu duk ganggu kerja-kerja dan ceramah pembangkang pun kena tangkap kerana baham dadah. Kita duk harap depa kuatkan kerja lagi untuk basmi dan banteras dadah tapi silap tafsiran ropanya Encik polis yang gian dadah. Terbalik dunia dah lama terbalik.


AbgMad apa kabor? hehehehh... dulu ada bekas tangan roboh masjid Bujal dan sekarang dah buat offer beli masjid Pasir Minal untuk dirobohkan.

Semoga Islam senantiasa di dalam PerlindunganNya.

Saturday, February 13, 2010

Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang: Umno Makin Sawan

'Jangan ganggu penjual, haramkan jika mahu'


Kinibooks - penerbit dua buah buku yang dirampas di seluruh negara - mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut dan menggesanya menghentikan gangguan terhadap penjual buku.

Penerbitnya - sebuah anak syarikat Malaysiakini - menjelaskan sebanyak 118 naskhah kedua-dua buku itu 1Funny Malaysia danWhere is Justice telah dirampas di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 7 Januari lalu.

NONERampasan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas dakwaan boleh membahayakan ketenteraman awam, moral, keselamatan awam dan hubungan antarabangsa.

Ketika dihubungiMalaysiakini, pihak berkuasa berkenaan menjelaskan buku tersebut tidak diharamkan dan rampasan tersebut dibuat untuk membolehkan polis "menganalisis kandungannya".

"Sekiranya mereka mahu untuk menilai buku tersebut, mereka boleh mendapatkan daripada kami. Kami berbesar hati untuk memberikan setiap naskah secara percuma kepada mereka.

"Kami mahu polis dan KDN secara rasmi menghentikan gangguan kepada penjual buku di seluruh negara," kata Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Beliau menambah Kinibooks bercadang untuk menghantar surat peguam kepada KDN supaya menjelaskan sebab rampasan tersebut dibuat dan mendesak naskah tersebut dipulangkan.

'Berhentilah guna pintu belakang'

Bersetuju dengan pandangan itu, editor buku Where is JusticeNathaniel Tan berkata KDN "sepatutnya perlu menilainya dan membuat keputusan dengan segera".

"Sekiranya kamu mahu ia diharamkan, maka lakukanlah. Kami sedia mencabarnya di mahkamah. Tetapi mereka menggunakan taktik pintu belakang untuk menghalang orang awam mendapatkan buku ini.

"Buku-buku ini (kandungannya) tidak berapa panjang dan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Saya rasa pegawai KDN mampu berbuat demikian," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak ada sebarang sebab yang munasabah dari segi undang-undang untuk mengharamkan buku tersebut. Ini kerana ia ditulis berdasarkan kepada fakta dan "tidak melanggar sebarang undang-undang".

Sementara itu, pengarang buku 1Funny Malaysia Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata rampasan itu terus mengekang industri kartun politik di Malaysia.

"Peranan kartunis sentiasa memerhati gerak geri kerajaan (tetapi) mereka cuba untuk mewujudkan budaya takut yang akan mempengaruhi hasil karya mereka," katanya.

Zunar menambah, walaupun penerbitannya yang lain Gedung Kartunsebelum ini turut mendapat nasib yang sama, tindakan KDN tersebut bagaimanapun menguatkan lagi keazamannya.

"Saya menerima banyak e-mel pembaca yang memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha. Ini kerana kartun boleh diterima pelbagai lapisan umur dan latar belakang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penjualan buku Kinibooks kini mencatatkan penjualan yang tinggi selepas berlakunya rampasan yang mendapat "liputan meluas secara percuma".

"Kami juga menerima panggilan dari kedai buku yang meminta tambahan naskah," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malaysiakini See Tho Chee Seong.

Beberapa kedai buku bagaimanapun mengeluarkan buku tersebut daripada raknya dan hanya dijual berdasarkan permintaan.

"Ini tidak betul... Berhentilah melakukan muslihat dan taktik kotor. Sekiranya (kerajaan) mengambil berat dan tidak mahu pekung di dada mereka dibuka, selesaikanlah masalah dalaman mereka sendiri. Janganlah mengganggu penjual buku," katanya.-malaysiakini.

Saturday, January 16, 2010

Bumbung Sekolah Nak Runtuh


Tengok gambar kat atas ni apa dah jadi dengan bumbung tu? Sebatang kayu digunakan untuk menongkat ia daripada runtuh. Semua ni kes bahaya membahayakan nyawa bebudak sekolah. Kejadian ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Sering Kota Bharu seperti yang dilaporkan oleh NST.

Kemana perginya kualiti pembinaan atas sebilangan bangunan milik kerajaan? Apa nak jadi dengan para kontraktor haramjadah kat Malaysia ni? Pulun pitih rakyat berkoyan-koyan tapi aspek keselamatan dan keselesaan para pengguna depa tolak tepi.

Dasar kontraktor hadhari celaka. Eloklah kontraktor celaka berpakat dengan jurutera sial yang makan rasuah lulus kerja-kerja 'haramjadah' ni. Hasil kerja tak ikut spesifikasi tak ikut piawaian. Main hantam saja. Jurutera dapat 'rokok' sebungkus cuma pejam mata kais bawah karpet.

Untung diutamakan, kualiti dan keselamatan diketepikan.

Friday, January 8, 2010

Jakarta Akan Tenggelam

Perkara sebegini kadang-kadang kita tak boleh ambik remeh. Walau kita lihat jarak atau jangkamasa untuk berlakunya trajedi sedemikian masih jauh tapi langkah awal dan berjaga-jaga perlu dibuat. Mustahil untuk Jakarta tenggelam tapi tidak mustahil juga untuk ia tenggelam bersama khazanahnya dan menghanyutkan penghuninya.

Kita turut bimbang dengan fenomena mencairnya iceberg di Kutub Utara dan Selatan. Memeningkan para saintis memikirkan cara mengatasinya. Jika tidak kerana sikap dan tangan-tangan manusia sendiri pastinya bumi ini tidak akan rosak dan punah. Tanda-tanda akhir zaman.

Jakarta predicted to sink in 2030

JAKARTA: Executive Director of the Indonesian Environmental Forum (Wahli) Ubaidillah has predicted that Jakarta will sink in 2030, if the city's government does not take anticipatory steps, Antara news aegncy reported yesterday.
Based on his observation, Ubaidillah said that the sinking of Jakarta is caused by Jakarta's open green spaces, which is reduced continously, and currently remained 9.6 percent of space from 661.52 square kilometres of space.

"The remainder has been transformed into building sites," Ubaidillah said adding that after all some of the land surface in Jakarta had subsided as a result of floods and water inundations, reported Antara.

He said that, in fact, some of Jakarta's land surface had always been lower than the sea surface. Therefore, he said, the government should take into account the construction of building structures which were not complemented with ecological balance studies.

"If all this is not handled properly, Jakarta will really sink," he said.
- Bernama

Monday, December 21, 2009

Berapa Banyak Punya Runtuh Daa...????


HULU TERENGGANU, 21 Dis : Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.-harakahdaily.

Sunday, December 6, 2009

Pelik Tapi Benar: Skirt Pendek Disambar Api

MUAR: Seorang wanita melecur pada tangan dan paha apabila skirt pendeknya terbakar akibat disambar api ketika melalui kawasan berhampiran longgokan kertas yang sedang dibakar di hadapan pejabatnya di Jalan Bakariah di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12. 30 tengah hari itu, mangsa, Liu Yong Ling, 28, dipercayai baru keluar dari pintu pejabat menuju ke arah motosikalnya dan ketika melalui kawasan longgokan sampah yang dibakar, tiba-tiba api menyambar depan skritnya.

Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa hendak balik ke rumah untuk makan tengah hari bersama keluarga yang tinggal berdekatan.

“Sebaik keluar dari pejabat, Liu menuju ke arah motosikalnya dan kebetulan ada individu sedang membakar sampah termasuk kertas di kawasan itu dan ketika dia melintas, tiba-tiba api menyambar skirtnya menyebabkan mangsa terkejut.-harianmetro.


Saturday, December 5, 2009

"MAAF" Ungkapan Sukar Terucapkan

Tragedi kelakuan 'paranormal' beberapa orang pimpinan DAP memijak gambar tiga ekor 'katak puru' Perak dalam Konvensyen DAP Perak baru-baru ini amat tidak masuk akal.
Mendapat kecaman yang maha hebat baik dari pihak lawan ataupun kawan. Semua orang tidak dapat menerima tingkahlaku liar tersebut. Memalukan sesama manusia dan menjatuhkan nilai peradaban sebuah negara dan masyarakat yang bertamaddun.

Ada pun menyedari kesilapan luar kawalan atau separa sedar oleh Lim Kit Siang dan para anakbuahnya, membawa kepada sikap randah diri permohonan maaf oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, mewakili DAP di lobi Parlimen pada 2 Disember lalu. Ramai orang sukar untuk melahirkan kata-kata 'maaf' atas dasar ego dan berkepentingan diri sendiri. Sedangkan ia suatu ucapan yang dimuliakan dalam Islam demi memupuk kembali persaudaraan.

Itulah sikap terpuji setelah menyedari kesilapan telah jauh melangkaui norma-norma kesopanan dan kehormatan diri. Apakah Najib sedia dan rela untuk memohon maaf kerana menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan wang royalti? TGNA yang tinggi nilai intergriti lebih pantas mengungkapkan maaf meskipun tiada dizahirkan dengan mengubah hala doa agar Tuhan menjahanamkan Najib, konco-konconya dan UBN sekaligus.

Berbalik kepada Nga Kor Ming yang merakamkan berbanyak kemaafan atas tragedi itu, beliau mengharap semoga kes berkenaan tidak diperbesar-besarkan atau dibangkitkan lagi di Parlimen khasnya.

Bak kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'. Sejarah hitam tidak akan dilupuskan dengan mudah terutamanya oleh UBN yang tegar sikap dendamnya. Gambar perilaku buruk itu akan disimpan kemudian di edit secukup rasa bagi menjayakan propaganda jahat perkauman UBN.

Itulah lain kali semua pihak perlu berhati-hati. 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku buruk padahnya'...

Monday, November 23, 2009

Doakan Ustaz Nasha Segera Pulih

Diberitakan pagi tadi Ustaz Nasha mengalami sakit dada sewaktu sessi soal jawab sidang Parlimen. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.45 pagi dan beliau diberikan rawatan awal ECG oleh doktor di Parlimen. Kemudian segera Ustaz Nasha dibawa ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.


Kita mendoakan semoga Ustaz Nasha segera sembuh dan kembali dapat menjalankan amanahnya secepat mungkin.

p/s: Aku fikir ustaz Nasha sedang stress sekarang ni memikirkan pelbagai serangan dan tohmahan terhadapnya, bagaimana cara menanganinya. Sikap membisu Ustaz Nasha mungkin lebih baik bagi dia jika tidak lebih parah lagi penyakit bakal menimpa. Senakal-nakal dia pun, dia masih pemimpin Pas, perlu kita hargai jasanya dan tak kurang juga sumbangannya untuk perjuangan ini.

Saturday, October 31, 2009

Pulih Dari Koma


Alhamdulillah TKO sedar dari koma.

Masih dalam proses pemulihan. Berdoalah semoga ia kembali gagah mengungguli persada.

Layari Tranungkite Online di www.tranungkite.net/V10/

Monday, October 26, 2009

Tranungkite @ TKO Akan Kembali

Salam Perjuangan.
Berita gembira untuk pencinta TKO tetapi menjadi berita kecelakaan buat cybertroopers Umno dan bloggers Umno. TKO akan pulih dan kembali dalam sedikit masa lagi.

Maklumat dari sumber yang sahih bahawa TKO sedang menghampiri tempoh siap sepenuhnya setelah di bom oleh kerajaan dua bulan lalu. InsyaAllah jika takde aral melintang mungkin dalam seminggu lagi TKO akan membuat new comeback menurut sumber itu lagi.

Para cybertrooper blogger upahan Umno pasti segera mempersiapkan fail dengan bahan-bahan propaganda mereka manakala forumers pro-Pas/PR semestinya bersiap siaga dengan hujah dan fakta untuk menyanggah fitnah-fitnah mereka.

Jazakallah.

Saturday, October 24, 2009

Tranungkite @ TKO Koma: Angkara Siapa?


Pejam celik dah lebih kurang dua bulan TKO koma tak celik-celik. Siapa punya kerja? Lahanat sungguh sifat dengki manusia tu. Apa salah TKO? Sekadar menyiarkan berita mutakhir dan telus ramai jugak yang marah pabila terkena atas batang hidung sendiri. Rasanya bukan hanya dari sebelah sana yang senang hati TKO koma malah segelintir dari dalam Pas pun gembira dengan status TKO kini.

Tepatlah dengan motto Maklumat Terkini Berita Sensasi, TKO menjadi tumpuan dengan puluhan ribu hits sehari. Maklumat statistik perayau web TKO pernah mencecah sebanyak 25,000 hits pada satu masa. Bayangkan kalau satu hari berapa juta hits.

Sebab itulah walau pada sesetengah orang baik dari Pas atau Umno yang buta memandang remeh keupayaan TKO. Malah mencebik TKO. Sedangkan disatu pihak yang senantiasa membuka mata dan celik minda selalu menginginkan TKO sebagai wadah maklumat terkini. TKO meskipun milik DPPKD tapi kadangkala artikel yang tersiar tidak memilih bulu. Itu antara sebab mengapa ada ramai yang anti-TKO.

Berbalik kepada isu TKO koma. Aku tertarik dengan kecaknaan oleh sahabat Blogger ahli TKO menyentuh mengenai perkembangan pembinaan TKO. Mungkin benar sumbernya mengatakan TKO sedang menuju ke tahap 70% pembaikpulihan. TKO memang tenat.

Pada saat mula TKO tumbang aku menyangkakan ia hasil kerja perahan idea jahat cybertrooper yang dibiayai kerja-kerja kotor mereka oleh kerajaan melalui agennya JASA. Umno terlalu senang mempergunakan dan menyalahgunakan hakmilik kerajaan. Kerja jahat Umno amat terancang. Sebab itu menepati ungkapan 'kerja jahat yang terancang akan menandingi kerja baik yang tidak tersusun".. gitulah lebih kurang.

Oleh: addin_77

"Menurut sumber di percayai Kementerian Penerangan mengupah ratusan lepasan graduan universiti bagi menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi pelbagai laman blog dalam cubaan membina semula kredibiliti UMNO BN yang semakin terhakis. Angkatan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikatakan dibayar imbuhan kira-kira RM 3,000 sebulan bagi memantau dan menangkis segala dakwaan dan tuntutan yang dianggap menjejaskan krediliti BN, kata-kata sumber rapat dengan JASA.

Mereka diberi kemudahan komputer dan internet dan misi utama ialah menyerang pimpinan Pakatan Rakyat melalui blog yang kononnya dibangunkan mereka secara peribadi. Tidak dapat dipastikan sama ada pasukan itu turut di tugaskan untuk menggodam blog dan laman web pro Pakatan Rakyat yang menjadi wadah maklumat alternatif rakyat Malaysia masa kini. Penubuhan pasukan bloggers tersebut di lihat sebagai tindakan terdesak UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan keluhan rakyat terhadap UMNO BN di alam maya.

Pastu aku terfikir pulak setakat mana sangat keupayaan cybertrooper ni, baik sket dari aku je kot. Mereka pandai ke buat advance punya onar dengan melakukan 'injection' terus menggodam menjahanamkan database TKO? Kalau setakat buat onar sekadar 'flooded' kan TKO atau 'DDOS' kan TKO mungkin lah. Mereka pun bukan bijak sangat. Taraf budak hingusan mengganggu blog-blog atau web forum pembangkang dengan sumpah seranah maki hamun dan mencarut.

Perkara yang tidak terduga malah menggemparkan aku kemudian ialah menurut sumber tidak rasmi aku bahawa kerja-kerja penjahanaman TKO dilakukan oleh tangan dari Kementerian Dalam Negeri. Mungkin Admin TKO lebih tahu tapi maklumat itu dirahsiakan. Takpelah mintak izin dari Admin TKO aku nak royat kat sini.

Ingat tak dulu Samudin pernah 'sound' nak 'block' mana-mana blog atau web pembangkang yang dikatakannya banyak menaburkan berita fitnah. Tapi saranan itu mendapat tentangan dari ramai pihak termasuk para blogger pro-Umno sendiri. Kemudian isu itu senyap dan tenggelam.

Rupanya dalam duk diam tu, KDN yang bawah telunjuk beliau sekarang melakukan pemantauan 24 jam terhadap blog panas berapi yang tersenarai. Salah satunya pasti TKO masuk senarai. Oleh kerana itu bila berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tiada terjangkakan oleh Admin TKO maka sepantas itu KDN mengambil peluang melalui bijakpandai IT mereka godam dengan sesungguh-sungguhnya menggodam mengganyang TKO sehingga tak sedar diri.

Pihak dibelakang tabir TKo sedang berusaha dengan sebaik mungkin membina kembali dan menguatkan semula sistem imunisasi TKO bagi menghadapi virus Umno pada masa depan. .

Dari itu marilah kita semua yang 'berkepentingan' dalam TKO mendoakan agar TKO segera pulih. Bangkitnya TKO kali ini akan segera melenyapkan penyebaran berita palsu oleh semua media ampu Umno.

Saturday, October 17, 2009

Tranungkite @ TKO Koma: Angkara Siapa?

Pejam celik dah lebih kurang dua bulan TKO koma tak celik-celik. Siapa punya kerja? Lahanat sungguh sifat dengki manusia tu. Apa salah TKO? Sekadar menyiarkan berita mutakhir dan telus ramai jugak yang marah pabila terkena atas batang hidung sendiri. Rasanya bukan hanya dari sebelah sana yang senang hati TKO koma malah segelintir dari dalam Pas pun gembira dengan status TKO kini.

Tepatlah dengan motto Maklumat Terkini Berita Sensasi, TKO menjadi tumpuan dengan puluhan ribu hits sehari. Maklumat statistik perayau web TKO pernah mencecah sebanyak 25,000 hits pada satu masa. Bayangkan kalau satu hari berapa juta hits.

Sebab itulah walau pada sesetengah orang baik dari Pas atau Umno yang buta memandang remeh keupayaan TKO. Malah mencebik TKO. Sedangkan disatu pihak yang senantiasa membuka mata dan celik minda selalu menginginkan TKO sebagai wadah maklumat terkini. TKO meskipun milik DPPKD tapi kadangkala artikel yang tersiar tidak memilih bulu. Itu antara sebab mengapa ada ramai yang anti-TKO.

Berbalik kepada isu TKO koma. Aku tertarik dengan kecaknaan oleh sahabat Blogger ahli TKO menyentuh mengenai perkembangan pembinaan TKO. Mungkin benar sumbernya mengatakan TKO sedang menuju ke tahap 70% pembaikpulihan. TKO memang tenat.

Pada saat mula TKO tumbang aku menyangkakan ia hasil kerja perahan idea jahat cybertrooper yang dibiayai kerja-kerja kotor mereka oleh kerajaan melalui agennya JASA. Umno terlalu senang mempergunakan dan menyalahgunakan hakmilik kerajaan. Kerja jahat Umno amat terancang. Sebab itu menepati ungkapan 'kerja jahat yang terancang akan menandingi kerja baik yang tidak tersusun".. gitulah lebih kurang.

Oleh: addin_77

"Menurut sumber di percayai Kementerian Penerangan mengupah ratusan lepasan graduan universiti bagi menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi pelbagai laman blog dalam cubaan membina semula kredibiliti UMNO BN yang semakin terhakis. Angkatan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikatakan dibayar imbuhan kira-kira RM 3,000 sebulan bagi memantau dan menangkis segala dakwaan dan tuntutan yang dianggap menjejaskan krediliti BN, kata-kata sumber rapat dengan JASA.

Mereka diberi kemudahan komputer dan internet dan misi utama ialah menyerang pimpinan Pakatan Rakyat melalui blog yang kononnya dibangunkan mereka secara peribadi. Tidak dapat dipastikan sama ada pasukan itu turut di tugaskan untuk menggodam blog dan laman web pro Pakatan Rakyat yang menjadi wadah maklumat alternatif rakyat Malaysia masa kini. Penubuhan pasukan bloggers tersebut di lihat sebagai tindakan terdesak UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan keluhan rakyat terhadap UMNO BN di alam maya.

Pastu aku terfikir pulak setakat mana sangat keupayaan cybertrooper ni, baik sket dari aku je kot. Mereka pandai ke buat advance punya onar dengan melakukan 'injection' terus menggodam menjahanamkan database TKO? Kalau setakat buat onar sekadar 'flooded' kan TKO atau 'DDOS' kan TKO mungkin lah. Mereka pun bukan bijak sangat. Taraf budak hingusan mengganggu blog-blog atau web forum pembangkang dengan sumpah seranah maki hamun dan mencarut.

Perkara yang tidak terduga malah menggemparkan aku kemudian ialah menurut sumber tidak rasmi aku bahawa kerja-kerja penjahanaman TKO dilakukan oleh tangan dari Kementerian Dalam Negeri. Mungkin Admin TKO lebih tahu tapi maklumat itu dirahsiakan. Takpelah mintak izin dari Admin TKO aku nak royat kat sini.

Ingat tak dulu Samudin pernah 'sound' nak 'block' mana-mana blog atau web pembangkang yang dikatakannya banyak menaburkan berita fitnah. Tapi saranan itu mendapat tentangan dari ramai pihak termasuk para blogger pro-Umno sendiri. Kemudian isu itu senyap dan tenggelam.

Rupanya dalam duk diam tu, KDN yang bawah telunjuk beliau sekarang melakukan pemantauan 24 jam terhadap blog panas berapi yang tersenarai. Salah satunya pasti TKO masuk senarai. Oleh kerana itu bila berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tiada terjangkakan oleh Admin TKO maka sepantas itu KDN mengambil peluang melalui bijakpandai IT mereka godam dengan sesungguh-sungguhnya menggodam mengganyang TKO sehingga tak sedar diri.

Pihak dibelakang tabir TKo sedang berusaha dengan sebaik mungkin membina kembali dan menguatkan semula sistem imunisasi TKO bagi menghadapi virus Umno pada masa depan. .

Dari itu marilah kita semua yang 'berkepentingan' dalam TKO mendoakan agar TKO segera pulih. Bangkitnya TKO kali ini akan segera melenyapkan penyebaran berita palsu oleh semua media ampu Umno.

Tuesday, October 13, 2009

Kebesaran Allah: 3 hari selepas gempa di Padang

KEMARIN, 3 hari paska gempa, warga Padang, Sumatera Barat, mendadak menyaksikan 2 fenomena alam yang aneh. Segumpal awan bertuliskan Allah terlihat bertengger lama di atas puing-puing reruntuhan yang menimpa ribuan korban.

Selain awan, matahari berbentuk cincin yang dikelilingi pelangi juga ditemukan menghiasi langit kota yang baru diguncang gempa 7,6 SR tersebut.

Pantauan wartawan, matahari berbentuk cincin tersebut terjadi pada pukul 11.00 WIB. Warga yang sedang sibuk mencari jenazah kerabat mereka di RS M Djamil, Padang, sempat terkagum-kagum melihat fenomena tersebut. “Bagusnya, Masya Allah,” kata salah seorang warga.

Sejam kemudian, warga kembali melihat fenomena lain. Awan berbentuk tulisan Allah membentang di langit Padang yang cerah. Sontak hal ini membuat warga kembali terkagum. Di tengah kondisi sulit, mereka memperoleh tanda-tanda alam yang diharapkan menjadi berkah.

“Mudah-mudahan ini tanda kebesaran Allah dan gempa tidak akan terjadi lagi,” kata Endang, salah seorang warga Padang Timor.

Seiring itu, Uni Eropa (UE) menyampaikan bela sungkawa atas gempa 7,6 SR yang mengguncang Padang, Sumatera Barat. UE juga memberikan bantuan sebesar 3 juta euro atau setara dengan Rp 41 miliar untuk penanganan pascagempa.

Demikian dirilis The EU Heads of Mission. Ucapan bela sungkawa itu juga telah disampaikan ke Menteri Luar Negeri Hassan Wirajuda. Selain bantuan uang sebesar Rp 41 miliar, UE juga mengirimkan tim dari European Commission’s Humanitarian Aid Department (ECHO) ke Padang.

“Tim itu akan terus memantau situasi di wilayah gempa untuk melihat bantuan apa lagi yang diperlukan. Bantuan juga diberikan oleh negara-negara anggota UE secara individu,” lanjut rilis tersebut.

Tak hanya UE, negara asing lain juga menunjukkan keprihatinannya terhadap Padang. Bantuan banyak negara pun mulai berdatangan bagi Indonesia. Salah satunya dari Australia.

Pemerintah negara Kangguru itu akan mengirimkan tim SAR, bantuan dan tim kesehatan militer, serta tim penilai teknis langsung ke lokasi gempa. Tim SAR yang dikirimkan berjumlah 36 orang, ditambah dengan 20 orang tenaga medis dan insinyur Angkatan Pertahanan Australia. Demikian isi rilis dari Kedubes Australia.

Bantuan darurat dari Australia mencakup obat-obatan, selimut dan tenda. Namun, pemerintah Australia juga memberikan bantuan sebesar 250 ribu dolar Australia atau setara dengan Rp 2 miliar kepada LSM Muhammadiyah dan dana sebesar 100 ribu dolar Australia atau setara dengan Rp 838 juta telah diberikan kepada Palang Merah Indonesia untuk operasi tanggap darurat.

Sementara itu, Inggris juga berniat mengirimkan tim ahli pencari dan penyelamat korban bencana ke Indonesia untuk membantu proses pencarian korban gempa. Tim pemadam kebakaran dan staf dari badan penyelamat sebanyak 60 orang, dengan membawa peralatan penyelamat khusus, saat ini tengah menuju ke wilayah gempa.

“Ribuan masih terjebak dala reruntuhan, petugas pemadam Inggris dan petugas penyelamat akan membantu proses penyelamatan korban. Kami siap membantu pemerintah Indonesia,” kata Menteri Pembanguan Internasional Douglas Alexander, seperti dilansir AFP.

Bantuan lain datang dari Pemerintah Qatar yang mengirimkan pesawat berisi bantuan dan sejumlah tim SAR langsung ke lokasi gempa di Padang.

Pemerintah Uni Emirat Arab tak mau kalah, mereka juga mengirimkan bantuan bagi korban gempa. Bantuan yang dikirimkan berupa 56 orang tim SAR, obat-obatan dan peralatan untuk membantu evakuasi.

Tak ketinggalan, Pemerintah China juga mengirimkan bantuan sebesar Rp 4,8 miliar atau setara dengan 500 ribu dolar untuk korban gempa di Padang. Palang Merah China telah mendonasikan Rp 481 juta atau setara dengan 50 ribu dolar. Demikian seperti dilansir kantor berita Xinhua. / Pos Metro Medan

Thursday, October 8, 2009

AZEEZ REMPIT WANTED: 100,000 Rupiah

Tengok apa hasilkerja jahat kau Azeez. Nukilan provokasi baghal kau terhadap Pas/PR pada hari penamaan calon telah menyemarakkan semangat gila khinzir pengikut fanatik Umno. Bagi kau Azeez perbuatan olok-olok tu sekadar suka-suka tapi penyokong lembUmno sudah sampai tahap gila-gila.

Segalanya bermula dari sikap Azeez sendiri. Aku cadangkan supaya KDN tangkap Azeez dan sumbat dalam lokap, dakwa dia atas dasar membangkitkan semangat perkauman. Takde pulak tragedi ni disiarkan dalam TV3 suku dan suku sakatnya. Celaka Umno. Celaka Media Prima.

Tanya polis mana dia hasil siasatan kes pukul Azeez seperti yang beliau laporkan. Sehingga ke saat ini masih belum ada bukti dan tangkapan dibuat. Sebaliknya barua Azeez bertindak ikut nafsu berteraskan undang-undang rimba.

Sah lah Umno mengamalkan undang-undang drakonian. Orang Umno pasti bersorak gembira. Hooray!! padan muka kau Pas. Tanpa sedar moral Umno semakin terperosok ditapak kaki.

Pandai Azeez bermain sandiwara. Dasar mamak kaki ampu kaki putar belit kaki auta. Yang heran kenapa ramai ramaja melayu bodohloh yang sekonyong-konyong tunduk taat pada mamak India ni. Heran aku. Melayu tulen takde maruah.

Cuba korang tengok gambar mangsa tetakan dan belasahan puak pekida dan rempit umno yang gila babi. Siapa yang nak bertanggungjawab? Azeez kau jawab ni!

mangsa tetakan dan belasahan pekida/umno


Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET