Showing posts with label Manik Urai. Show all posts
Showing posts with label Manik Urai. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Raja Katak Lebih Baik Mati Katak

Sepatutnya dia diberikan jolokan Bapa Kekacauan. Terkenal dengan tindakan liar ala gangsterism nya meledakkan huru-hara di Kelantan pada tahun 1977 membawa kepada MAGERAN diisytihar seterusnya pada 1978 BN berjaya menjatuhkan kerajaan PAS pada tahun itu.


Celako demo Raja Katak. Kawe harap demo akan didatangi keinsafan tapi ruponyo makin burok perangai demo. Jelaslah hidup demo bukan ikhlas untuk Islam dan Melayu tapi kerana pitih serta nafsu.

Demo buleh lah gedebe sesamo manusio. Tapi dengan Allah demo nak samseng tahap mano? Demo kembali kepado stail jahiliyah, membaham pitih rakyat, menzalimi rakyat, dan membahagikan semula pitih yang dirompak itu atas nama keMelayuan.

Konon pitih demo rompak tu pitih Umno...ptuiii... mano Umno ado pitih? Umno bangsat tere!! Kalu demo tak buat kerjo menipu lamo doh Umno mapuh.

Tapi demo masih buto Raja katak. Sehebat-hebat perancangan demo, perancangan Allah itu lebih hebat, Allah Maha Hebat.

Sekuat-kuat segah grup mafia Perkasa demo, Allah Maha Perkasa. Demo tunggulah azabNya nanti bersama-sama dengan pengikut Perkasa demo.

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.


Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Setakat mana gak gedebe demo tu, nak tongkat langit ko? Demo ni kalu mati penyek lori molek lah. Mati katak mati penyek.

Wednesday, July 15, 2009

Keranamu Hadhari - Rela Murtad

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.


Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.

"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.

Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.

Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.

Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi.

Tuesday, July 14, 2009

Seloka Jambatan Kayangan

Angan tinggal angan.
Angan untuk menang.
Janji tinggal janji.
Rasuah jambatan besi.
Umno kempen ramai taraf Menteri.
Dengan harapan pengundi berubah hati.
Datangnya TokYid senyum putih gigi.
Petah berseloka kata manis diberi.
Bekal duit berguni-guni.
Segala media kasi taji.
TV ampu tukang lobi.
Beg sekolah dan basikal Umno bagi.
Beras gula engkau kasi.
Habis idea Umno uli tapi semuanya basi.
Hati pengundi tetap pada Abe Uji.
Kini kalah di sini Umno lari tak toleh lagi.
Malu pening sengih putih gusi.
Tertunaikah janji jambatan besi.
Atau sekadar jambatan kayangan retorik terpatri.
Rilek la Umno jangan kecil hati.
Di lain PRK boleh cuba lagi.

Pas Menang - Majoriti Berkurang

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI65
JUMLAH UNDI ROSAK92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG4 DARIPADA 9
MASA :8.29 PM (RASMI)

Sumber : web prkn41

Selamat Mengundi di Manik Urai


Ya Allah.. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah.. Ya Tuhan Kami Engkau Selamatkanlah Agama Kami Yakni Islam.
Engkau Bukakanlah Hati Para Pengundi Manik Urai Baik Penyokong Maupun Seteru Islam Dengan Ilham dan HidayahMu Semoga Mereka Memilih dan Memangkah Wakil Islam Pas.

Monday, July 13, 2009

Pengakuan TokPa: Sekatan Terhadap Kelantan

Orang inilah yang berlaku khianat terhadap rakyat Kelantan. Dan hari ini orang inilah juga dengan takde perasaan dan kemaluan terhadap rakyat Kelantan khasnya di Manik Urai turun padang mengempen menabur janji-janji tipu dusta semata. Layakkah orang sebegini dan sekutu sepapatnya diberikan ruang dan tempat sebagai pembela rakyat Kelantan. Harapkan pagar..pagar makan padi. Hampeh. Kelik awal la demo TokPa & TokYid.


Budaya Ugut Budaya Rasuah

Dua resepi utama yang menjaminkan kemenangan Umno dalam setiap pilihanraya selama lebih 50 tahun adalah berdasarkan kepada 2 perkara utama iaitu rasuah dan ugutan. Di zaman rakyat buta maklumat sudah tentu tektik ini terkesan. Tapi dikala rakyat mula celik IT dan maklumat, tektik ini mula ketinggalan serta terkebelakang. Namun Umno masih ketandusan idea untuk mencipta pelan baru maka cara ugut dan rasuah tetap menjadi modal Umno.


1) Rasuah masih menjadi teras survival periuk nasi Umno dilangsungkan aktivitinya kat Manik Urai ;

MUHYIDDIN UMUMKAN “RASUAH PILIHANRAYA” DI MANEK URAI

Posted by admin
Monday, 13 July 2009 11:31

By Amin Iskandar

Jika apa yang dilakukan oleh Muhyiddin semalam dilakukan di Taiwan, sudah pasti pagi ini beliau akan ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara.

Pengumuman yang ditunggu-tunggu di Manek Urai dari TPM, Muhyiddin Yassin semalam rupa-rupanya hanyalah salah satu bentuk “rasuah pilihanraya” klik disini.

TPM berjanji untuk memberikan jambatan dan membangunkan Manek Urai jika pengundi memilih BN.

Jika apa yang dilakukan oleh Muhyiddin semalam dilakukan di Taiwan, sudah pasti pagi ini beliau akan ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara.

Taiwan, mempunyai undang-undang anti rasuah pilihanraya yang ketat dan tegas.

Janji-janji pembangunan dalam tempoh berkempen dianggap sebagai salah satu rasuah pilihanraya di negara tersebut.

Amalan ini turut dilarang dinegara-negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina dan banyak lagi.


2) Begitu juga kaedah ugutan sukar untuk Umno lepaskan ;

Muhyiddin tabur janji berbentuk ugutan - Anwar
Zuharman MN
Mon | Jul 13, 09 | 2:19:41 pm MYT

KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai?� katanya.

Sunday, July 12, 2009

Ada BN- Ramai Polis

Kenapa bila ada BN bertanding maka ramailah polis. Jahat sangat ke Umno/BN? Pemuda Umno Bukit Katil dua minggu lepas dah tunjuk kesamsengan mereka dengan mengganggu serta membuli Pemuda Pas dan DAP.


Nak tau jahat samseng ker tidak Umno ni cuba lihat kronologi dari 4 PRK lepas.

PRK Permatang Pauh, PKR lawan Umno, ramai polis takde Martek.
PRK K.Trg, Pas lawan Umno, ribuan polis siap dengan Martek.
PRK Bukit Gantang, Pas lawan Umno, ribuan polis dan ada Martek.
PRK Penanti, PKR lawan Bebas, ramai pulak tu Bebas, TAKDE UMNO, polis cukup-cukup je tanpa Martek, suasana aman.

Maknanya tanpa Umno maka PRK akan aman. Oleh itu kesimpulannya ada kehadiran Umno polis ribuan siap Martek. Maksudnya nak jaga Umno dari buat jahat dan onar. Jahat samseng mung Umno..!!

Suku Sakat Hamman Tak Puashati

Zaman BN memerintah, balak keluar banyak, tapi untung ciput, tokei kilang balak kaya raya, broker barua Umno goyang kaki cungkil gigi. Untung hasil balak taktau alir kemana. Negeri selalu berhutang. Hutang ratusan juta.


Bila Pas memerintah, pengeluaran balak lebih kurang sama, tapi untung besor, tokei kilang balak kaya dengan kadarnya, broker barua Umno baham tanah makan rumput. Negeri berusaha langsaikan hutang akalan dajjal Umno. Tahi Umno berjaya dibersihkan. Akhirnya hutang setel.

Zaman Pas memerintah, geran perkapita sengaja diperlambatkan sedangkan ia kepunyaan rakyat Kelantan yang wajib Pusat bayar. Dicanang kerajaan negeri tak berupaya membangunkan negeri. Sedangkan itu semua hasil kerja jahat Umno. Setelah TokPa ngaku itu antara kerja jahat dia dan Umno baru ramai nak percaya.

Sejak sekian lama Umno menutup minda rakyat Kelantan dari menyedari bahawa minyak dan gas di perairan Teluk Siam juga milik rakyat Kelantan. Alasan si belatuk Mukriz konon perbincangan mengenai tuntutan bertindih kawasan carigali di Teluk Siam belum selesai. Korang Umno betul layan ore kelate mace ore bodo... bengong... korang ingat ore Kelate bodo ko...? Kalau bodo lamo doh Umno takluk Kelate. Sebab ore Kelate cerdiklah maka Umno diperbodohkan selamonya.!!

Maka asbab kezaliman Umno menyekat geran perkapita dan royalti minyak untuk Kelantan, kerajaan negeri menyedari bahawa pembalakan adalah hasil kedua terbesar selepas minyak (jika ada). Malah Pengarah Perhutanan Kelantan sendiri mengakui pembalakan menyumbangkan 30% hingga 40% hasil untuk Kelantan dan pada tahun 2008 sahaja ia menghasilkan RM400 juta perolehan negeri Kelantan.

Bodo sangat para pengampu yang menaikkan kain rentang memprotes aktiviti pembalakan di Kelantan. Kerana hasad dengki dengan kemakmuran Kelantan dari hasil balak selain jelak melihat saban hari deretan lori balak merentasi jalan-jalan di Kelantan maka kain rentang murahan tersebut dinaikkan. Golongan katak dalam tongtaik ini hanya pandai merungut dan akan senyap jika taik disuapkan kemulut mereka.

KUALA KRAI, 12 Julai (Bernama) -- Kain rentang bertulis dalam dialek Kelantan, 'pemimpin gomol balok, rakyat makin selok' menarik perhatian ramai di Manik Urai, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berdepan dengan pilihan raya kecil Selasa ini.

Bagi penduduk Kelantan, ramai yang tersenyum apabila membaca ayat dua baris itu namun kebanyakan 'orang luar' yang tidak faham maksud tersiratnya, mungkin langsung tidak faham apa yang dimaksudkan.

Bagi yang tidak tahu, ayat itu membawa maksud 'pemimpin makan hasil balak, tetapi rakyat semakin susah' banyak dapat dilihat sekitar kawasan Manik Urai sepanjang kempen bermula 6 Julai lalu berlangsung.

Mungkin deretan puluhan lori membawa kayu balak di Jalan Gua Musang-Machang-Kota Baharu, yang menunggu giliran untuk diperiksa di balai pemeriksaan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan di Laloh di sini menarik perhatian pengguna jalan berkenaan.

Kepada barua Umno tu, sila la kemukakan saman di mahkamah dan dakwaan dengan SPRM jika benar pemimpin Pas yang diceritakan itu baham pitih. Macam kat Pahang nun AbeNan senget pulok kena saman RM200 juta lagi pasal ingkar janji kes balaklah. Jenis barua ni bodoh takleh nak ajar sombong tak nak dengar.

Time Gini La Nak Pulun

Kalau hari biasa, nak harapkan pemimpin Kerajaan Pusat a.k.a. Umno turun kat kampung-kampung jengok bertanya masalah penduduk contohnya kat Manik Urai, haram takkan turunnya bodo-bodo gitu. Mesti ada agenda atau jadual terancang untuk mereka hadir. Paling koman mesti rebah sekor dua kerbau wat menjamu. Pastu ada joget plak. Macam nak jamu hantu.


Mereka pemimpin Pusat duk 100% percaya kat JKKK atau JPP yang banyak seleweng fakta dan masalah. Pasal tu tak logik kalau Umno tabur macam-macam janji kat orang kampung tapi mereka haram tak tau apa masalah sebenor orang kampung. Disebalik tu JKKK duk baham pitih yang diperuntukkan kepada orang kampung yang sememangnya layak kepada kerabat kerabit depa.

Orang Manik Urai wehh.. inilah masa nak mintak itu ini. Pasti dapat. Aku tak jamin dapat. Pasal Umno ni sembang dan janji je lebih tapi pale hotak kosong. Kalau mintak tu biarla sesuatu yang segera dapat, sesuai dengan gelaran 'projek mee segera'. Nanti tersilap mintak projek 'gulai merah' alamat basi la santan.

Jika mintak benda yang bertangguh masa siapnya maka balik awal la. Macam kat PRK Kuala Terengganu haritu Umno janji nak bina apartmen rakyat di Hiliran. Tapi aku duk perati haram jadah takde. Waktu kempen pembangunan situ pembangunan sini, ketar gigi aku mendengarnya. Langsung tak kempen pasal mati esok nak simpan kat kubur mana, atau nak upgrade kan tanah kubur mana. Semuanya cakap hal dunia.

Manik Urai by-election: Residents want better infrastructure

2009/07/12

KUALA KRAI, Sun: Residents in Manik Urai Lama and Manik Urai Baru have expressed the hope that their new assemblyman - to be elected on Tuesday - will look into upgrading existing facilities in the area.

They said that it was no longer enough to merely have the facilities in place.

"We have nearly everything... electricity, water supply, roads, schools, clinics, markets, mosques, even a train station but we want them to be upgraded. We hope that the new assemblyman will look into this," said Nik Yaakub Nik Hassan, 65, of Manik Urai Lama.

Wednesday, July 8, 2009

Pencuri Di Era Millenium

Pencuri sekarang semakin berani dengan tektik baru. Kalau dulu nak mencuri kena pakai topeng kemudian menggerakkan pelan curi dalam waktu malam, gelap atau bersembunyi. Kini dah berlawanan sangat stail pencuri yakni menjalankan aktiviti dalam terang, free style (tunjuk muka) dan di khalayak awam.


Ada empat peristiwa untuk kita jadikan contoh;

  1. Lokasi di sebuah restoran dekat simpang lampu isyarat Taman Uda, Paka Trg. Waktu hampir tengahari, restoran tu dibuka dari jam 5.00 ptg hingga 10.00 malam. Dalam tempoh bertenang tu ada seorang matpek dengan selamba datang menghogeh (cuba mencabut) sinki luar restoran tersebut untuk dijual. Terkebetulan sahabat aku yang rumahnya dibelakang restoran tersebut terlihat perlakuan pelik matpek berkenaan lalu menjerkahnya. Dengan selamba matpek tu jawab "ingatkan dah tak diguna benda ni bang! sori aa...".
  2. Lokasi diperkarangan rumah aku sendiri. Suatu petang aku dan keluarga keluar jalan-jalan kat pantai berdekatan tanpa menutup pintu pagar. Bajet masa untuk pusing-pusing keliling sekejap je tambahan almaklum la jiran rumah aku petang tu sedang lepak bawah pokok. Jadi tak ada keraguan untuk aku tinggalkan pintu pagar terkangkang. Balik rumah je aku terkejut melihat pasu bunga beralih dan bateri kereta lama yang aku simpan dah hilang. Aku tanya jiran. Jawab mereka baru sekejap tadi ada seorang pemuda bermotosikal masuk keperkarangan rumah aku lepas tu keluar. Mereka tidak mengesyaki apa-apa, ingatkan pemuda tu kawan aku atau apa, tapi nyata satu barang yang ada nilai telah hilang.
  3. Lokasi di sebuah kawasan parking bot fiber nelayan sekitar Kuala Abang. Suasana tengah malam. Kat area tu ada kedai makan, ada tempat lepak kawasan peranginan, tempat tumpuan pengail dan ada waqaf nelayan lepak main dam. Tiga buah enjin sangkut nelayan hilang. Dekat kawasan tumpuan orangramai gitu benda sebesar enjin sangkut tu senang je pencuri angkut.
  4. Lokasi di sebuah kawasan kempen PRK. Namanya tersohor Manik Urai. Sebuah parti kerajaan yang bangang tanpa sedar telah mengisytiharkan di depan rakyat umum dan dihebahkan lagi dalam surat khabar bahawa mereka telah membaham mencuri duit rakyat. Wakil pencuri moden glamer dengan nick manja TokPa menyatakan dalam majlis Umno tentang keprihatinan TokYidin menyalahgunakan dana kementerian pelajaran dengan membeli bag, basikal dan kelengkapan sekolah kemudian disalurkan kepada murid-murid atas nama Umno. Lagi hebat malaun ni dalam terang juta-jutaan baham pitih rakyat.
Tapi ramai juga rakyat yang buta dan mengizinkan pitih mereka dikedarah oleh Umno untuk diserahkan semula kepada mereka atas nama kebajikan Umno. Taikucing..!!!

Tuesday, July 7, 2009

Takkan 4000 je Kot?

Semalam Umno konfiden bahawa hari penamaan calon mereka akan digegarkan dengan kehadiran lebih kurang 10,000 penyokong mengiringi calon Umno. Malangnya hari ini berita melaporkan sebaliknya. Hanya 4,000 orang sahaja dianggarkan hadir. Siapa pulak lagi 6,000 agaknya. Mungkin cepelos dan gengnya.


Sebelum ini Umno kerap menafikan kehadiran ramai penyokong pembangkang tidak sekali mempengaruhi kemenangan PR. Tapi kita lihat kehadiran yang ramai rupanya memberikan satu impak kepada kemenangan dan majoriti. Umno mati kutu.

Aku Berkampung Di Kampung Halaman

Orang lain sibuk seronok berarak di Manik Urai, aku pulak terpaksa sibuk dengan hal famili, orang putih cakap 'family first'. Benar Islam sepatutnya didepan lenlain dibelakang. Bukan bermaksud aku membelakangkan agama suci ini tapi keterpaksaan keadaan memperuntukan aku diwaktu ini untuk senantiasa disisi keluarga.


Aku dalam 'mode standby'. Isteri sedang sarat mengandung dan katanya lagi dia dalam zon merah, 24 jam 'alert', bila-bila masa boleh meletup. Itu pasal aku terpaksa lupakan hasrat untuk bersama-sama sahabat yang mengajak bersama pemimpin di majlis penamaan calon di Manik Urai hari ini.

Dalam pada itu kesibukan juga menerjah sehingga tak sempat nak menjengah blog-blog menatap berita penamaan calon hari ini. Sehinggakan blog sendiri tak terusik. Jadi sekarang urusan harian dah selesai dan baru ada masa nak belek blog berkenaan.

Tak apalah walaupun tak berkesempatan ke Manik Urai, melalui blog terpilih dapat jua aku luputkan rasa terkilan. Wah hebat semakin hebat sambutan para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen mereka terhadap perjuangan dan kesatuan Pakatan Rakyat di Manik Urai.

Bohonglah suratkhabar dan TV yang melapor songsang mengenai kesepakatan dalam PR. Jahanam lah suratkhabar dan TV yang menipu tentang pergolakan dan krisis dalam PR. Walau apa jua badai mendatang, PR tetap akan utuh.

Itulah berkat permuafakatan, kerjasama dan kepercayaan yang terjalin dikalangan pimpinan dan pendokong PR. Kata pepatah, seberkas lidi tidak akan patah. Tapi tongkang reput BN hanya tunggu masa untuk karam.

Ya Allah! Menangkanlah Pas dan Islam di Manik Urai.

Sunday, July 5, 2009

Aku Hampir Muntah Kuning

Dalam sejarah politik dunia mungkin Umno/BN sahaja yang masih mengamalkan politik pasca merdeka. Politik yang amat terkebelakang. Selama 50 tahun, negara bangkit dari taraf negara membangun kini berdiri megah setaraf negara industri, Umno masih dengan kaedah sama, sempit dan retorik menjanjikan pembangunan untuk rakyat.

Mengikut kaedah sains, cara Umno membelit dan mengulit bermodalkan pembangunan itu sudah mencapai tahap tepu. Jika air gula dikacau hingga tahap pekatnya timbul berhablur maka cuba korang minum, sebelum masuk ke anak tengkuk, pasti mulut dah reject dengan rasa muak geli geleman, pastu muntah...muntah kuning.

Gitulah jika anda baca atau lalui pengalaman dari setiap PRK. Ambil contoh yang terdekat dari PRK K.Trg sehinggalah ke PRK Manik Urai ini. Apa yang Umno/BN sogok? Bantuan demi bantuan lepas tu bantuan ini bantuan itu tapi saksikan selepas setiap PRK mana perginya yang berbaki bantuan?

Ramai yang telah, sedang dan akan tertipu, tak kurang juga yang sudah lejuh kena tipu masih sudi minum gula tepu. Kerana $50 sanggup muntah, kerana beg sekolah dan basikal rela muntah. Tapi mereka lupa sekali muntah maka akan selama-lamanya muntah.

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.


Gini la TokPa dan TokYidin, meh orang dok gi Universiti ni nak royat, bantuan yang mu canang tu guna pitih siapa? Mesti pitih kementerian. Dah Kementerian tu hak kerajaan. Kerajaan tu siapa yang sokong dan dokong. Bukan rakyat ke? Pitih kerajaan pitih rakyat la. Bodo piang dua makhluk ni. Duk pusing konon suruh rakyat percaya bantuan tu dari Umno. Baghal.



Apa Ni TokPa?

Kalau bukan dari kalangan tukang kempen tukang hasut Umno yang reka fatwa pelik-pelik ni, agaknya siapa lagi? Orang dah tau la TokPa ramai 'undercover' Umno yang kempen rumah ke rumah menyamar sebagai ahli atau muslimat Pas sebar fatwa sesat dan berita palsu.


InsyaAllah mintak Allah lindungi para pengundi Manik Urai dari fitnah dahsyat sebegini.

TokPa kasi lah sumber sket. Mana datangnya fatwa tengok muka dapat pahala ni. Sepanjang aku hidup pun tak pernah dengar lagi dari mulut mana-mana pemimpin Pas mengatakan bahawa tengok muka dapat pahala.

Kalau ada pun dulu yang berfatwa begitu adalah dari kalangan jemaah Abuya yang telah diharamkan. Pasti ada niat jahat disebalik tuduhan TokPa pada Pas. Dia cuba menyamakan imej Pas dengan Arqam agaknya. Jauh panggang dari api TokPa. Tersasar jauh tu.

Mustapa turut membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa parti itu sengaja membuka ruang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang pimpinan mereka terutama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana itu akan memberi kelebihan kepada PAS.

"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia.

"Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala."


Aku tengok muka TokPa naik cuak, tengok muka makcik Jambul jadi muak.

TokPa Real Koman

Aku memang dah jangka bahawa akan bersuara juga TokPa dengan poin bodoh baghal sepertimana poin yang digunakan oleh YB cabuk Umno kat kampung. Itu lah tak semestinya belajar jauh, pendidikan tinggi, bangunan bertingkat, ada Phd, ada Master, kepala depa mesti high-grade.


Silap la brader. Ilmu yang tinggi tapi tanpa amalan dan penghayatan serta tanpa disiram dengan iman maka kearah lainlah pemahaman. Tanpa iman minda dikuasai nafsu. Bila nafsu didepan maka idea pun celaru.


TokPa kena tau beza. Betul kita sembah tuhan yang sama, tapi dalam hati masing-masing berlainan akidah, TokPa dengan Islam Hadhari, aku dengan Islam syumul. Malangnya bagi TokPa semua sama. TokPa perlu faham jika hukum tolak hudud jatuh kufur. Tapi Islam hadhari boleh ciluk lagi konon kita rakyat majmuk belum sesuai untuk laksanakan hudud.

Satu hal lagi. Kalau benda onar Umno buat kedian Pas bongkar maka itu fitnah. Kalau Umno tipu rakyat takpe itu hasrat pemimpin konon. Sampai taruk C4 bikin hancus tu fitnah ke TokPa. Retorik, menipu 24 jam 365 hari setahun.


Nah tu dia maksud negara Islam Umno. TokPa pun faham gitu jugak. Sempitnya otak. Cukuplah sekadar ada bank Islam, pendidikan Islam dan bla..bla.. maka mengiktirafkan Malaysia sebagai negara Islam. Mat rempit pun boleh jawab ni. Abis kat Russia, kat China pun ada pendidikan Islam ekonomi Islam. Kat Eropah lagilah hebat kesatuan ekonomi dan pendidikan mereka. Hishh... TokPa mengapa idea takleh upgrade sikit dari bebudak tadika.

Tuesday, June 30, 2009

Umno Mula Mengungkit

Bila berkeadaan terdesak pelbagai cara mula dilakukan untuk meraih undi. Antaranya ungkit mengungkit apa yang Umno dah buat itu ini..bla..bla..bla.. Tak sudah Umno dengan pemikiran kolot dan kaedah kempen yang amat terkebelakang.


Seorang senator yang kalah PRU-12 tapi menyondol dengan Najib kemudian dipromotkan ke portfolio Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil dengan idea ungkitnya. Aku biasa dengar YB Umno kat kampung berceramah, low-class punya kepala hotak. Tapi padanlah dengan taraf loyar buruknya. Tapi makcik ni bertaraf menteri namun kepala hotak senget macam YB-YB loyar buruk depa.

RM89.8j bantu rakyat miskin


Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan warga emas selepas menghadiri majlis Jejari Bestari di Kampung Temalir, Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI 29 Jun - Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan sebanyak RM89.8 juta untuk membantu rakyat miskin khususnya kaum wanita di negeri Kelantan sejak Januari 2007 hingga Mei lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam tempoh yang sama pula, kerajaan negeri hanya membelanjakan sebanyak RM23.5 juta.

Katanya, jumlah itu menjadi salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pusat membantu rakyat jika dibandingkan kerajaan negeri yang hanya 'gah' bercakap dengan usaha membangunkan negeri itu.



Jika Shahrizat ikhlas kenapa perlu dibandingkan nilai keupayaan bantuan kerajaan negeri dengan persekutuan? Sepatutnya Shahrizat perlu memberikan sokongan berupa peruntukan dana tambahan kedalam kantung kerajaan negeri kerana beliau lebih arif dengan kedhaifan kerajaan negeri. Barulah rakyat Kelantan sayang dengan makcik Jambul ni. Walau sesengkek mana sekalipun kerajaan negeri tetap berusaha membantu rakyatnya.

Hotak Shahrizat setaraf sekoman kepala hotak TokPa jua. Duit yang kementerian kamu guna agihkan kepada rakyat Umno tu bukan duit Umno tapi duit rakyat dan kerajaan. Orang Kelantan bayar cukai, seluruh rakyat bayar cukai, penuhi kantung Kerajaan. Tapi kau Shahrizat sewenang-wenang. Duit semua orang. Duit semua bangsa dan kaum di Malaysia. Baghal kau Shahrizat kerana sampai sekarang kau tak dapat hayati lagi apa itu 1Malaysia.

Sunday, June 28, 2009

Umno Kerjanya Kencing Rakyat

Lebih 50 tahun Umno lawas memperbodoh dan kencingkan rakyat. Pada hari ini di Manik Urai kencing Umno takkan lawas lagi akibat tersekat salurnya oleh batu karang. Nanti Umno akan tahu betapa sakitnya bila menghidap sakit batu karang.


Hari-hari berikutnya Umno akan merasai sakit kencing yang pastinya berdarah, darah yang patut dibayar atas kebejatan menzalimi rakyat. Penangan buasir yang Umno rasai di 2 Bukit dua bulan lepas masih belum pulih. Tahi dan darah masih berjejeran akibat luka buasir haritu. Tak lama lagi Umno akan kena sakit busung pula dan seterusnya kojol.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Berkat pemerintahan Tok Guru rakyat Kelantan tetap mengecapi kesenangan dan kemewahan meskipun tanpa limpahan wang royalti minyak. Emas hitam itu adalah hak Kelantan dan rakyatnya juga.

Bermunajatlah wahai rakyat Kelantan agar Allah menjatuhkan bala yang setimpalnya ke atas Umno atas sebab tipudaya mereka.

Maksud Tersirat Najib

Dalam sidang media semalam Najib mengatakan bahawa walaupun sukar untuk Umno menang di Manik Urai tapi Umno masih ada peluang. Sejenak aku terfikir mungkin aku faham maksud tersirat 'ada peluang' oleh Najib.


Sepertimana biasa perkara asasi yang membantu memberikan 'peluang' kemenangan kepada Umno ialah salahguna harta hak kerajaan. Tak payah senarailah apa ke benda jentera kerajaan yang dipergunakan. Hingga budak kecik pun kenal mana satu van penerangan pasal kerap keluar masuk kampung bantu kempen Umno.

Mana projek mee segera? Ramai mana askar untuk undi Pos? Najib expert tentang strategi raih undi pos gamaknya sebab dia sendiri pun YB pos.

Maka antara strategi Najib yang tersirat kini tersurat di Manik Urai. Sikap petualang Melayu dan pengecut ini tak dapat disembunyikan lagi kerana kemajuan teknologi memungkinkan maklumat strategi 'bawah tanah' mereka terbongkar.

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan Manek urai terlepas ke tangannya pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, termasuk dikatakan cuba mempengaruhi pengundi luar.

Antara strategi terbaru dikesan dilakukan iaitu cuba mempengaruhi pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan supaya tidak pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi," dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Lupakah Najib pada pesan mamak Zainudin Maidin mantan Menteri Penerangan yang kalah teruk dalam PRU-12. Tak silap aku katanya janganlah dipengapakan lagi dengan Kelantan kerana buang masa.

Banyak mana pun Umno tipu, walau berjuta duit Umno tabur, insyaAllah rakyat Kelantan tetap loyalty pada Tok Guru mereka. Kalau dak caya cubalah lagi kat Manik Urai.

Saturday, June 27, 2009

Ingatkan TokPa Terer Tapi...

Tapi rupanya sama bodoh macam Anuar Musa. Umno boleh menang ke kat Manik Urai? TokPa pun takde kualiti jugak. Camner TokPa boleh ganti Anuar Musa? Satu sebab je sebab TokPa low profile berbanding Nuar Musa. Lagi pun rekod TokPa bersih belum terpalit isu baham pitih.


Dari segi buah fikiran dan percakapan baik TokPa atau Nuar Musa tetap sama. Macam budak tak pass SPM cakap heh. TokPa guna idea lapuk macam ni...

Tegasnya, Nik Abdul Aziz perlu ingat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah berjuang berhabis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ini dan memerangi unsur-unsur yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.

“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.

“Kita sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng, yang menyokong Chin Peng adalah rakan sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Meh biar aku yang tak masuk Universiti ni nak tolong jawab. Engkau sembang dengan orang kampung kat kedai kopi boleh la TokPa.

Bukan Umno yang berjuang habis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ni tapi pihak keselamatan, kerajaan dan rakyat. Tak pernah aku baca dalam buku sejarah Umno masuk hutan pegang senjata lawan komunis. Kalau korang Umno tengok cerita Bukit Kepong, ada ka manusia yang lawan komunis tu pakai lambang Umno. Lambang polis la. Dalam polis pun ada Umno ada Pas. Bodoh.

Bukan Umno sahaja yang bermatian mempertahankan tanah air, tapi semua rakyat semua kaum, dan bukan kerana Umno yang mengharamkan komunis tapi Kerajaan. Andai Pas yang menjadi Kerajaan takkan Pas nak claim bahawa Pas juga yang mengharamkan komunis tapi Kerajaan. Baghal.

Siapa pulak yang TokPa tuduh sokong komunis dan Chin Peng. Bukan Umno ke? Kalau tak kerana MCA sanggup zip mulut mana tak mahunya Umno bawa balik Chin Peng. Demi meraih sokongan Melayu dan kesinambungan nyawa-nyawa ikan Umno/BN maka isu Chin Peng diperbesarkan. Mustahil MCA dan kaum Cina tak bengkek tapi telan jelah. DSAI bukan kata dia sokong Chin Peng balik tapi bercakap atas dasar keadilan maka perlu ada pertimbangan. Bangang.

Aku tau maksud sebenar engkau TokPa tapi bercakap tu biar berlapik dan bernas. Engkau kan pemimpin a.k.a Menteri MITI a.k.a Ketua Perhubungan Kelantan maka bijak sket la bila buat kenyataan. Jangan anggap pendengar yakni rakyat ni pekak dan dungu.

Aku rasa kalau macam ni lah minda kau TokPa, alamat balik awal lah Umno. Orang Kelate majoritinya celik politik dan faham bahasa. Ingatkan TokPa hebat tapi kongkalikong.


Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET