Dari mata kasar sejak kebelakangan ini kita pasti menyedari lantas mengira congak beberapa peristiwa atau kes yang memberikan kredit kepada pihak PR. Kita mesti percaya bahawa Allah Maha Mendengar akan doa, rayuan rintihan dan munajat dari hambaNya yang Muslim atau non-Muslim tetapi dizalimi oleh Umno/BN.
Kita melihat dengan jelas banyak perubahan dan peningkatan dilakarkan dalam diari kejayaan PR terutamanya dalam menjalinkan kerjasama dan keakraban antara Muslim dengan non-Muslim. Itu petanda bahawa PR pasti berada dititik yang menghampiri kemuncak kegemilangan di roda perhitungan.
Berlandaskan fakta tersebut maka hari ini kita mendapat satu lagi kemenangan oleh pimpinan Pas iaitu Dato' S/U Agong Pas dalam kes saman polis dan kerajaan Malaysia. Kebiadapan polis mengasari TokPa di Parlimen dua tahun lepas menyaksikan mahkamah mengarahkan supaya kerajaan Malaysia membayar RM50,000 atas saman yang dikemukakan oleh TokPa.
Sebelum itu Datuk Mahfodz juga telah memenangi kes samannya terhadap Berita Harian yang membuat berita palsu dan fitnah ke atasnya. Sebanyak RM150,000 diarahkan bayar oleh mahkamah kepada Datuk Mahfoz.
Demikian juga kita mengharapkan agar jihad ini berterusan mendapat pertolongan Allah di PRK Bagan Pinang nanti dengan mengurniakan kemenangan untuk Islam dan PR.
0 comments:
Post a Comment