Friday, September 4, 2009

Bagan Pinang: Apa Pula Helah SPR

Dalam situasi sekarang yang banyak memihak kepada Pakatan Rakyat, Umno sebolehnya tidak mahu mana-mana kawasan DUN Umno kosong kerusi YB nya. Umno pasti panas punggung. Liuk lentok macam cacing mabuk air ketum.


Bermacam alasan dicipta SPR untuk menyelamatkan YB Umno di Kota Seputeh Kedah daripada tergugur status ADUN nya, selamat buat sementara, namun tak lama, kini Allah turunkan 'bala' kepada Umno dengan mengganti 'kemenangan' Kota Seputeh berupa kematian ADUN Bagan Pinang pula.

Diberitakan YB Azman Mohd Noor meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 55 tahun.

Rela dalam paksa Umno mesti berdepan dengan jentera jihad Pas dan para petugas pemuda Pakatan Rakyat yang semakin tinggi nilai intergriti mereka. Kita akan melihat nanti seluruh pemuda gerak gempur Umno dan Pekida belaan Umno akan dipergunakan sepenuhnya di Bagan Pinang.

Dan missi PR kali ini bukanlah untuk mengurangkan majoriti Umno tetapi lebih bermakna daripada itu memberi pukulan maut atau K.O. kepada Umno di Bagan Pinang. Tidak mustahil Umno kalah di Bagan Pinang jika peranan dan kesatuan yang diamalkan oleh PR diterjemahkan lagi di sini.

BAGAN PINANG 2008
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333

Bagan Pinang termasuk dalam parlimen Telok Kemang yang dimenangi PKR. Daripada 5 DUN, 3 dikuasai PR manakala 2 lagi dimenangi BN termasuklah Bagan Pinang. Jika difikir logik akal peluang Pas untuk menang agak cerah. Sekiranya PR dapat menguasai solid 30% pengundi India dan Cina serta 30% dari undi Melayu Bagan Pinang, insyaAllah PR Boleh.!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET