Thursday, October 22, 2009

YB Khalid Samad: Kritikan Dari Pemikir Luar Kotak

Dalam banyak-banyak sanggahan atau komen terhadap kritikan Dr.Aziz Bari terhadap pimpinan Pas tempohari dan masih hangat kini, aku baru ketemu satu ulasan yang lebih terbuka kesimpulan daripada YB Khalid Samad. Bagi aku ini suatu pandangan jauh untuk semua pihak yang terbabit menjadikannya samada sebagai teladan atau sempadan.
Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bariyang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif. Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik?

Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan sewajarnya. Tidak mengapa kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan, tetapi janganlah sehingga memperlekehkan. Kita hujjah balik, point demi point. Dengan itu kita dilihat sebagai berhemah dan berilmu serta terbuka dan juga tawaddu'.

Bagi menyanggah tulisan Prof. Aziz, PAS perlu memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. Bagi saya, beliau ingin PAS menginsafi bahawa kekalahan di Bagan Pinang mungkin disebabkan kelemahan-kelemahan tertentu, khususnya diperingkat kepimpinan PAS itu sendiri. Kerana apa? Ini kerana kekalahan itu lebih teruk dari kekalahan yang dijangka dan lebih teruk dari kekalahan pada 2008. Ini memberi isyarat bahawa sokongan terhadap PAS dan PR semakin merosot. Persoalannya, adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah faktor-faktornya? Sekiranya tidak, maka apakah pula jawapannya?

Respon bahawa PAS hanya mempunyai 3 cawangan hanya mampu menjelaskan mengapa ianya sukar untuk PAS menang di Bagan Pinang. Tetapi PAS juga hanya mempunyai 3 cawangan pada 2008. Oleh itu, respon ini tidak menjawab mengapa prestasi kali ini merosot. Menang mungkin sukar, tetapi mengapa merosot?

Oleh yang demikian PAS perlulah 'disect' pendapat Prof. Aziz, sekiranya kritikan tersebut ingin disanggah. Dengan itu perlulah dikenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini, khususnya di kalangan bukan Islam,
mengikut pandangan Prof. Azizitu. Seterusnya diulas semula dengan mengemukakan point yang dapat menyokong pendirian PAS dalam perkara ini, sekiranya tidak bersependapat. Secara ringkasnya, menurut Prof. Aziz, faktor-faktor ini adalah:
  1. Tindakan PJ Selangor berhubung SelCAT dan isu-isu lain yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang pentadbiran PR Selangor. Tindakan-tindakan ini dianggap menyebabkan orang bukan Islam mempertikaikan keikhlasan PAS bersama PR di Selangor kerana sering menimbulkan konflik dan bersikap unilateral. Ia tidak menzahirkan semangat 'kesepakatan' dan 'kesetia-kawanan'.
  2. Seterusnya, mengikut pandangan beliau lagi, kelemahan pimpinan PAS Pusat, khususnya Timbalan Presiden dan Presiden, dalam mendisiplin PJ Selangor apabila masalah sebegini berlaku juga dilihat dengan penuh sangsi oleh pengundi bukan Islam.
  3. Seterusnya, Prof. Aziz beranggapan PJ Selangor perlu didisiplinkan atau terus disingkirkan untuk mengembalikan keyakinan pengundi.
  4. Keengganan untuk mengambil tindakan sebegini, mengikut Prof. Aziz, adalah kerana sikap 'pro-UMNO' pimpinan-pimpinan PAS.

Sekiranya ada pihak ingin mengulas pendapat Prof. Aziz tersebut, maka inilah sebenarnya isu-isu dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh beliau. Isu dan cadangan inilah yang perlu diberi tumpuan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bukan soal kepakaran Prof. Aziz! Mana-mana pendekatan yang mempersoalkan kepakaran Prof. Aziz tidak akan menjawab isu-isu yang ditimbulkan beliau serta bacaan beliau berhubung kemerosotan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan cara menanganinya. Dengan itu ia akan memberi persepsi bahawa tiada pihak di dalam PAS yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan dan ini akan memburukkan lagi imej PAS.

Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan
semua yang dinyatakan oleh Prof. Aziz. Namun saya tidak sekali memandang remeh pendapat beliau ini dan merasakan satu jawapan yang lebih 'bernas' perlulah dikemukakan oleh PAS. Saya sendiri tidak akan memberi respon kepada analisa yang dikemukakannya hari ini. Saya ingin menunggu respon yang dari pimpinan PAS yang lain terlebih dahulu dan hanya akan saya ulas sekiranya perlu.

Tuan-tuan sebagai pengunjung juga dijemput untuk memberi respon dan pandangan terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh Prof. Aziz ini. Sementara itu, tulisan
Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) dan Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) boleh juga dijadikan rujukan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET