Sunday, October 4, 2009

Berebut Surat Mayat

Cerita pelik aku dengar dari seorang rakan sewaktu melabuhkan punggung memasang telinga di sebuah warung dalam DUN Paka. Awalnya berbicara tentang kematian seorang ahli Umno totok di Paka kemudian meleret kepada satu maklumat selama ini terpendam. Maklumat yang menjurus kepada perlakuan meraih wang dengan cara kurang baik.


Sedang asyik berbual tetiba salah seorang dari kami membuka tajuk baru perbualan dan semakin menghangatkan.

Tanya sahabat itu,"kamu nak tahu satu perkara? Yang selama ini ramai orang dok tahu?".

Aku menyampuk,"menda apa tu? rahsia bebeno macam akta rahsia rasmi je?".

"Memang rahsia la. Aku dapat info ni pun dari sahabat Umno yang dok berpuashati", jawab sahabat.

"Amende hal acu cerita gok aku nok tau", aku korek rahsia.

"Gini... ada mamat Umno ni kabor kat aku. Selepas selesai sesuatu upacara pengkebumian mayat orang Islam dok kira la dari Umno atau Pas, dok lama lepas tu pasti pemegang surat si mati akan didatangi oleh beberapa orang Umno (ibarat fisrt come first serve) menanyakan tentang surat pengesahan kematian. Biasanya yang layak buat kerja ni hanya dari kalangan orang kuat je seperti ketua cawangan, ketua pemuda, ketua puteri atau ketua wanita Umno", bersungguh sahabat tu bercerita.

Aku cungkil lagi apa nak dibuat dengan surat mayat tu?

"Dengan surat tu mereka akan pergi ke pejabat agama atau pejabat Umno untuk membuat tuntutan konon dia telah selesai mengendalikan urusan jenazah dan pengebumian. Berbekalkan surat mayat itulah mereka kemudian akan dibayar konon atas khidmat (palsu) itu sebanyak RM250.00", jelas sahabat.

Orang Umno memang pandai keceh dengan apa cara sekalipun bagaimana buat duit. Mereka memang 'salesman' yang hebat. Kiri kanan dak kira alhalal walharam semua sapu janji duit.

Walaupun mengikut prosedur ianya adalah sah tetapi kaedah memperolehi surat perakuan simati itu jelek dan memalukan kita orang Islam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET