Abdul Azeez mengadu bahawa dia ditumbuk lebih dari 20 kali oleh para penyokong Pas yang mengerumuninya pada sessi penamaan calon siang tadi di Pejabat Perbandaran Port Dickson. Dalam buletin TV3 aku tak nampak pun kesan lebam pada muka atau tengkuk sepertimana beliau laporkan.
Aku agak mungkin akibat kulitnya putih melepak itulah kesan lebam tidak kelihatan. Bebudak Pas tu pun satu hal. Apasal kasi 20 tumbukan je, sekurang-kurangnya tambah lagi 50 debik biar padan dengan laporan polis dibuat Azeez tu. Tubuh besar gempal macam mamat kutty ni apalah sangat dengan 20 debik. Dasar budak Umno, nampak gah kemain tapi lembik, pondan dan pengecut.
Dengar pada slogan pemuda Umno 'Gerak Gempur' bikin gempak. Reramai berani la. Macam perangai kutu-kutu pekida jugak. Kalau berdepan cara solo hampeh lari kecut batu.
Bebudak muda Baling memang loya dengan Azeez. Mereka menggelarnya Azeez Rempit. Kenapa? Aku pun taktau. Mungkin mamat ni sombong berlagak, atau dia auta je lebih. Yang jadi barua dia cumalah bebudak kutu brahak rempit sekitar Baling tu lah.
Tengok statement dia dalam peristiwa petang tadi konon nak mempertahankan DS Ismail Sabri dari kena pukul walhal orang tengok ada polis yang mengiringi mereka berdua. Nak bodek DS Ismail lah tu. Marah la kat polis kenapa tak tembak je mereka yang menumbuk kamu.
Mustahil dak kalau aku syak mereka yang tumbuk Azeez tu puak-puak SB. Usahkan pakai T-shirt Pas/PR malah sarung jubah dan ikat serban pun depa buat. Setakat T-shirt Pas apalah sangat, bebudak rempit pun ramai yang pakai. Jangan tak caya SB berkeliaran dimana-mana lebih-lebih lagi dalam gerombolan Pas/PR.
Azeez mesti kau tak puashati. Pasni aku rasa engkau tak duduk diam. Apa yang terjadi petang tadi sekadar gimik atau pembakar emosi untuk engkau mulakan kes. Tentu diarahkan anak buah rempit dan pekida kau membuat provokasi serta amuk di Bagan Pinang.
0 comments:
Post a Comment