Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010: Aku Terharu

Aku akui ada pembaharuan dari Najib. Lain wawasan lain pandangan. Lain padang lain belalang. Walaupun semua 'hidangan' itu tidak berupa rasuah tapi sedikit sebanyak ada beberapa tawaran seolah mencerminkan sogokan kepada rakyat agar senantiasa memastikan Umno berada dipuncak buat selamanya.

Aku tertarik dengan satu tawaran iaitu skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan macam aku ni yang tiada pangkal dan penghujung serta tak tahu samada ke tengah atau ke tepi. Sekiranya benar ada ruang nanti KWSP sediakan 'of course' aku mesti ambil peluang.

Perhatian dari pihak Najib aku ucapkan berbanyak terimakasih. Tiada apa yang dapat aku balas jasamu Najib melainkan undi Pas jua yang akan aku berikan..wakakaka...

Kerajaan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan yang tiada berpencen atau mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka yang terbabit ialah golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.

Membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka termasuklah pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan apabila mencapai umur persaraan.

Menurutnya, skim ini akan diuruskan oleh KWSP.

Melalui skim ini, katanya, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Perdana menteri berkata, bagi setiap RM100 caruman, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun.

Katanya, sumbangan kerajaan itu hanyalah untuk tempoh lima tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET