Saturday, October 17, 2009

Perhimpunan Umno Ada Kelainan

Syukur alhamdulillah kerana Najib cuba mencorakkan idea dengan membawa imej perhimpunan Agung Umno kali ni dengan sedikit kelainan. Kelainan itu berupa penerapan nilai ala-ala Islam didalam ucaptama, perbahasan dan penggulungan. Ucapan Najib dan perwakilan lebih menjurus kepada hal-hal kebajikan. Mereka cuba mengalih perhatian rakyat bahawa Umno juga sebuah parti berkebajikan. Takde keje lain Umno ni cedok idea orang lah dia. Tak kreatif dan kritis. Maklumlah hari-hari keje orang Umno takde lain..fikir pasal duit, pitih, duit, pitih.. rakyat mampus kaulah jadi hamba.


Cakap tentang Islam berdegar-degar tapi kencing tak basuh. Maksudnya kat atas pentas tu sembang pasal Islam lebih hebat dari Mufti hadhori tapi audien wanita kat bawah nung ramai yang berjambul dan togel. Yang asas dah failed nak sembang pasal pembinaan kemajuan Islam macam mana? Tapi pasti depa claim Islam takde kena mengena dengan jambul, itu hal dia dengan Tuhan. Samalah jugak dengan kes anak Mahadir join San Miguel katanya tak menjejaskan Islam dia. Kepala hotak kau berjambul letak kat lutut.

Apa-apa pun Islam hadhari jugaklah kiblat Umno. Ada had ada hari. Mau pegang sana mau raba sini. SammyBellu pun lahap itu lembu kari. Takpe katanya pasal dia sudah hadhari. Mengong.

Selagi Umno tak beri laluan, keutamaan dan kemudahan kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) jangan nak sembang lebihlah pasal Islam. Kenapa takde teluq sangat dengan SAR? Kerana Umno menjahanamkan SAR maka SAR kini bakal menjadi kenangan. SAR tidak segah dulu lagi. Bapak sedara sabit aku pun yang totok Pas menarik balik pulang anaknya dari SAR. Bimbang anaknya takde peluang kehidupan. Lalu disekung kat sekolah harian biasa. Sekarang budak tu bertukar haluan jadi mat rempit isap rokok. Itulah budaya sosial yang dipupuk oleh Umno sejak sekian lama. Najib punya angkara jugalah dengan celuparnya dulu menuduh SAR sebagai sarang perkaderan pengganas sehinggakan Amerika Syaitan bersedia mengirimkan hantu FBI nya ke Malaysia.

Umno dah rasa cukup anak-anak belajar tahap j-Qaf dan KAFA di sekolah? Memperkasakan tulisan jawi tu boleh memperkuatkan iman anak-anak ke? Bagus saranan beliau tapi setakat mana je Jawi boleh membimbing anak-anak tanpa lebih lagi ilmu? Kalau sehambar itu silibus agama anak-anak belum cukup bagi merealisasikan pembinaan modal insan. Atau modal insan dah dibuang dari diari Najib?

Oleh itu perbetulkanlah rukun Islam kamu tu dulu wahai Najib dan Umno. Takyah sembang pasal pemantapan Islam pasal belum sampai masanya walau dah 52 tahun Umno belum mayyiz lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET