Wednesday, October 7, 2009

Indonesia Nak Ganyang Malaysia Pada 8 Oktober 2009

Negara Asia Tenggara terpaling banyak ditimpa bencana alam dan pergolakan ialah Indonesia. Gempa bumi bagaikan mainan asasi. Namun ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di Indonesia cuba menangguk di air keruh mengambil kesempatan dari kelemahan pemantauan oleh pihak Susilo Bambang pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada mangsa-mangsa bencana.


Mereka lupa diri bagaimana Malaysia telah banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Indon termasuk menyediakan peluang kerja, menghantar pasukan bantuan bencana, menyemarakkan sektor pelancongan Indon dan sebagainya. Berapa ratus ribu pekerja Indon membawa pulang matawang Ringgit ke negara mereka dan hidup senang lenang kaya raya. Inilah jenis manusia yang diberi susu dibalasnya tuba...

Antara yang cuba membangkitkan konfrontasi dengan Malaysia ialah Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA). Menurut TheStar, BENDERA akan menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009. Motif konfrontasi ini dilihat sebagai dendam terhadap (kononnya) kezaliman keatas rakyat Indonesia di Malaysia.

Susah rasanya jika berbicara dengan manusia yang otaknya terletak dikepala lutut macam jugak orang Umno letak otak kat tumit kaki. Ketua BENDERA iaitu Adian kemungkinan tidak mengikuti berita dan isu semasa tentang Malaysia. Yang pasti dalam dirinya penuh dendam kesumat sedangkan semua pesalahlaku yang mendera dan menzalimi para pekerja serta penghiijrah dari Indonesia telah dikenakan hukuman setimpal oleh pihak kerajaan Malaysia.

Kumpulan ini juga telah menaja kegiatan sweeping terhadap rakyat Malaysia pada bulan lepas tetapi digagalkan oleh pihak polis Indon.

Menurut koordinator BENDERA bahawa pihaknya telah menyusupkan 10 orang sukarelawan ke Malaysia untuk melakukan kerja-kerja risikan tentang kekuatan Malaysia. Disamping itu mereka turut menubuhkan satu rangkaian 'pekerja' Indon dalam menjayakan usaha ini. Perancangannya ialah para pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang akan melaksanakan huru-hara di tempat kerja masing-masing sewaktu konfrontasi.

Aktivis BENDERA, Andian menambah, pada 8 Oktober ini seramai 1500 sukaralewan akan bersama menuju ke Malaysia bertolak dari Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya ke beberapa titik perbatasan yang lokasinya dirahsiakan. Seiringan itu 300 pejuang BENDERA berilmu kebal, taklut senjata atau ditembak akan menyerang Malaysia dari Pontianak dan Nunukan di Borneo.

Macam bebudak main perang je. Apa BENDERA ingat Malaysia sekadar tengok saje tahan congok gitu jika sempadannya dicerobohi. Jangan pendek akal. Jangan buang masa. Daripada engkorang sesaje kena tangkap kena ISA lebih baik lah pergi ke Padang sana bantu sedara mara kalian yang tersiksa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET