Terharu mengenangkan perselisihan yang berlaku dalam barisan kepimpinan kita. Wajar juga dengan keputusan TGNA untuk mengadakan EGM Pas bagi merungkai kakalutan dan kekusutan. Aku diantara seorang dari kalangan satu juta orang Pas ingin melihat Pas kembali berpadu kembali bersatu.
Mengenangkan ucapan Datuk Hassan Ali sejurus PR mengambil alih Selangor iaitu lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan Umno, apakah orang Pas masih selesa dalam jajahan kebodohan itu? Oleh itu marilah kita segera bermuhasabah serta benar bertekad untuk keluar dari kepompong kebodohan itu.
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
0 comments:
Post a Comment