Kedatangan bulan Zulkaedah mengingatkan kita semua kepada beberapa peristiwa besar dan bersejarah yang telah berlangsung pada bulan ini antaranya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy dan juga Peperangan Bani Quraizah yang berlaku sebaik sahaja selesai Peperangan Ahzab tahun 5 Hijrah di mana peristiwa ini banyak meninggalkan pengajaran kepada umat Islam. Bermulanya gerakan untuk memerangi yahudi Bani Quraizah berlaku apabila Rasulullah s.a.w yang sedang membersihkan dirinya selepas pulang dariPeperangan Ahzab di mana tiba-tiba datangnya malaikat Jibril dan berkata : “ Adakah kamu telah meletakkan senjata? Sedangkan para malaikat belum meletakkan senjata mereka. Oleh itu bangkitlah dengan mereka yang bersamamu untuk menyerang Bani Quraizah. Aku akan pergi dahulu untuk mencampakkan rasa takut ke dalam hati musuh”. Selesai sahaja memberitahu Rasulullah s.a.w lalu Jibril mengetuai rombongan malaikat menuju ke perkampungan Bani Quraizah.
Selepas itu Rasulullah s.a.w pula bersama dengan 3 ribu orang tentera menuju ke tempat tersebut di mana yahudi Bani Quraizah tidak menentang lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam. Walau pun yahudi Bani Quraizah boleh bertahan beberapa lama lagi di dalam kota mereka disebabkan bekalan makanan dan air yang banyak disamping di kelilingi oleh kota yang kukuh sedangkan tentera Islam masih keletihan kerana baru pulang daripada Peperangan Ahzab ditambah pula dengan musim sejuk dan kekurangan makanan. Namun tentera Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi sedangkan yahudi berada dalam ketakutan dan lemah semangat. Ketakutan yahudi bertambah kuat apabila Sayyidina Ali dan Zubair bin al-Awwam mula mara di mana Sayyidina Ali bertempik menyatakan : “ Wahai tentera Iman! Aku merasa seperti yang telah dirasai oleh Sayyidina Hamzah iaitu gugur syahid atau aku berjaya membuka kota yahudi ini”.
Akhirnya yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri. Setelah berlaku sedikit rundingan lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan hukuman terhadap yahudi pengkhianat ini kepada Sa’ad bin Mu’adz untuk menghakiminya. Sa’ad yang masih uzur akibat luka parah yang dialaminya semasa Peperangan Ahzab telah menjatuhkan hukuman agar kaum lelaki yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh manakala kaum perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Mendengar hukuman itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya engkau telah berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang datang dari 7 petala langit”. Sa’ad mendapat keredhaan yang nyata daripada Allah S.W.T di mana doanya agar dilanjutkan usianya sehingga dia dapat menghukum Bani Quraizah dimakbulkan. Selepas peristiwa tersebut, keadaan Sa’ad semakin tenat sehingga nabi mengarahkan agar didirikan khemah di dalam masjid bagi membolehkan Sa’ad sentiasa berhampiran dengannya. Rasulullah s.a.w bersabda :
اَهْتَزَّ عَرْشُ الرَّحْمنِ لِمَوْتِ سَعْدٍ ( رواه الصحيحان )
Maksudnya : ‘Arasy Allah S.W.T yang Maha Pemurah telah bergoncang kerana kematian Sa’ad
إِنَّ المَلائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ ( رواه الترمذي )
Maksudnya : Sesungguhnya para malaikat menanggung jenazahnya (Sa’ad bin Muazd.
Walau pun hukuman yang dijatuhkan ke atas yahudi Bani Quraizah ini pada zahirnya begitu keras bagaikan berbentuk paksaan sedangkan musuh telah menyerah diri tetapi hakikatnya ia begitu adil dan tepat sekali apalagi dengan terdedahnya bagaimana yahudi Bani Quraizah itu bukan sahaja mengkhianati janji tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat Islam dengan menyimpan begitu banyak senjata untuk tujuan itu. Pelaksanaan kepada hukuman bunuh ini dijalankan dengan yahudi Bani Quraizah itu ditahan di kampung Bani Najjar lalu di gali parit-parit di kawasan pasir di Madinah dan kemudiannya dibawa sekumpulan demi kumpulan yahudi itu untuk dipancung leher mereka yang menyaksikan antara 6 hingga 7 ratus yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh. Terdapat juga dikalangan yahudi itu yang memeluk Islam
sumber: e-khutbah
0 comments:
Post a Comment