Friday, October 16, 2009

Umno Kikis Rakyat Untuk Cari Makan

Artikel Malaysiakini "kikis Umno untuk cari makan", suatu hal yang melucukan. Selama 53 tahun negara dan rakyat telah dikikis harta, masa dan tenaga. Dalam masa Umno berseronokan menghisap 'madu', seusia itu jugalah rakyat diperbodohkan agar berkorban segala madu yang ada untuk Umno. Redha diserahkan madu negara kepada Umno.


Contoh madu paling manis telah Umno telan sensorang ialah wang royalti Terengganu. Rakyat seperti biasa kena dibodohkan lalu diperbodohkan supaya menerima kerja jahat Umno lahanat merentap hasil mahsyul rakyat Ganu untuk di're-brand'kan menjadi wang ihsan. Manakala projek wang ihsan atau lebih sinonim dengan nama projek hadhari hanya diperuntukkan melalui kantung pemimpin Umno tertentu sahaja. Sebagai contoh syarikat JE (Jusoh Enterprise) kepunyaan Mad Deris membedal ratusan juta ringgit projek hadhari.

Apabila sakit dipalu dihentam rakyat yang semakin sedar dan enggan lagi diperbodohkan serta enggan lagi menyerahkan saki baki madu yang ada, Umno meroyan, merapu sana, merepek sini, madu yang ditelan meracuni diri, memamah meratah mereputkan parti sendiri. Barulah Umno cuba mengalah, cuba bermuhasabah, tapi mustahil tidak munasabah. Umno tetap akan kekal sebagai sebuah parti perkauman dan rasuah, sebuah agenda yang dibudayakan sejak lama sudah.

Umno mencari dahan untuk berpaut terutamanya dengan seteru utama mereka iaitu Pas. Dalam pada jahat itu Umno tetap cerdik. Dipujuk Pas yang bertunjangkan Islam dan melayu agar dapat bersatu hati dengan Umno atas nama Melayu. Seperti kata matsaleh 'Pas is a shoulder to cry on'... wakakakaka... malangnya tak disangka pulak ada jugak segelintir puak dalam Pas yang sudi menerima serta berbaik dengan Umno lahanat atas dasar perjuangan Melayu.

Bermuhasabah lah kita rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya bahawa Umno adalah parti yang hidup atas kekuatan nilai rasuah serta menghisap ratah darah Melayu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET