Jangan.. Jangan Pas.. Jangan dok saman.. mesti saman Kosmo lahabau ni. Dasar lidah syaitan penjilat bontot Umno. Lain kali Kosmo studi betul-betul sebelum nak ampu majikan kamu tu. Sesedap kepale hotak berjambul je korang nak tuduh orang sesat. Islam hadhari tu takde pulak Kosmo ulaskan kesesatannya. Memang Kosmo barwa Umno top 5.
Alang-alang Pas nak saman biarlah kow-kow. Paling koman pun 10 juta hinggit pasal Kosmo terlampau memainkan isu maruah dan agama penganut Islam. Itu pun rasanya tak padan.
Sekurang-kurangnya sebahagian wang tu boleh lah dialirkan ke Tabung GMI bagi menampung keperitan hidup keluarga mangsa-mangsa ISA.
PAS Mohon Kosmo Tarik Balik Artikel Peristiwa Memali
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Parti Islam seMalaysia (PAS) hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam (26 Okt) yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataannya amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.
PAS juga, katanya mahu Kosmo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.
Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.
-- BERNAMA
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment