Sunday, June 21, 2009

TV Islam Era Najib

Elok sangat jika Najib bersetuju dengan buahfikiran Majlis Kebangsaan hal Ehwal Islam supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.


Kalau perati dari dulu sampai sekarang slot tuntutan syariat yang paling aku suka ialah bacaan Quran pembuka siaran dan bacaan doa akhir siaran. Rancangan agama yang lain aku tak berapa nak sempat tonton sebab siarannya tak kena timing.

Baik kat RTM maupun TV milik Media Prima, dimanakah deme letak siaran atau slot yang berbentuk ilmiah dan agama. Jika perasan pastinya rancangan bab haji, fekah, mengaji dan seumpamanya disiarkan selewat petang atau malam. Siar waktu ni buat apa? Orang takde depan TV. Ramai yang beriadah atau beristirehat kat taman rekreasi.

Antara rancangan sukaramai harini ialah Tilawah Interaktif. Tengoklah dulu pukul berapa ia bersiaran selepas abis dunia jam 11, dimulakan jam 11.30 hinggalah tamat lebih kurang jam 1.00 pagi. Mana ada ramai yang larat tengok? Pastu mungkin ramai peminat yang komplen kot maka sekarang barulah ada perubahan waktu yakni dialih ke pukul 5.00 petang.

Molek jugak dengan cadangan TV Islam ni. Mana yang molek kita sokong, takde masalah. Tapi janganlah dihidangkan dengan rancangan jumud je. Lepas bab solat, masuk bab puasa, pastu zakat, pastu kahwin, pastu bab harta/wasiat, pastu bab solat balik... bla..bla..bla..

Sekurang-kurangnya londehkanlah juga perkara-perkara wajib dan utama yang dipandang ringan oleh ramai orang seperti hal tutup aurat. Ramai pemimpin khususnya wanita Islam Umno dan orang awam yang pandang remeh bab berpakaian dan bertudung. Melalui TV Islam ini berilah penjelasan dengan sejelas-jelasnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET