Susulan dari kejadian runtuhnya bumbung stadium paling gah di Pantai Timur tempohari, maka ramai rakyat yang prihatin mula mengambil sikap cakne atas banyak premis atau bangunan yang dibangunkan di era Deris Jusoh.
Malah MB Abg Mad sendiri mengarahkan penyiasatan dilakukan ke atas Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang dibaikpulih, kolam renang bertaraf komanwel di Batu Burok dan Stadium Tertutup bersebelahan stadium bumbung runtuh.
Siasat punya siasat kolam renang rupanya sedang bocor dan stadium tertutup pun retak. Apa nak jadi dengan kualiti kakitangan kerajaan di zaman Deris Jusoh? Kuat makan rasuah dan baham pitih. Berapa gred yang kita nak beri?
Bagi aku kalau markah paling rendah -10 maka aku akan bagi gred -9 saja. Memang teruk.
Terkini yang aku dengar ramai soksek-sosek pasal Dewan konvensyen di Taman Tamadun Islam juga alami keretakan. Seteruk mana retaknya tidak dapat disahihkan. Pihak berkenaan perlu ambil tindakan segera.
Dahsyat penangan Deris Jusoh ni. Semuanya rapuh dan retak. Kehebatan yang digemburkan oleh Deris dulu hanyalah tempelan semata. Disebalik tempelan itu cuma ruang berongga bukan konkrit yang kukuh.
Peninggalan Deris yang masih utuh hanya billboard simbol kehebatan pemerintahannya tersergam disepanjang jalan. Sepatutnya Deris dibawa kemuka pengadilan, menjawab segala kekotoran dan kebejatan yang telah dilakukannya.
0 comments:
Post a Comment