Friday, June 26, 2009

Takaful Kifalah - The Killer Product

Dipelopori oleh Kelantan, diilhamkan oleh TGNA, Takaful Kifalah menjadi produk pemangkin kepada kejayaan Negeri Kebajikan. Beberapa buah negeri naungan Pakatan Rakyat juga telah dan sedang melaksanakan perkara yang serupa.


Inilah faktor yang menarik perhatian golongan warga emas untuk mendekati pihak kerajaan Kelantan dengan lebih dekat. Tidak kira partisan mana sekalipun, semua warga emas diberi peluang dan berhak untuk menjadi ahli Takaful Kifalah.

Telah terbukti sepanjang 18 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, selain dari Takaful Kifalah banyak lagi 'produk' kebajikan dari Kelantan berjaya menjadi role model kepada Kerajaan Pusat untuk mencontohinya.

Kerajaan Kedah telah melaksanakannya demi rakyat, syukran ;

Kuala Lumpur- Pertemuan kali ketiga antara kerajaan Negeri Kedah dengan pengurusan Syarikat Takaful Ikhlas Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan Skim Takaful Kifalah akhirnya mencapai kata sepakat.


Hasil perbincangan tersebut, satu tindakan susulan akan dibuat dalam masa terdekat dimana ianya telah mendapat kelulusaan daripada kerajaan negeri, khususnya YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.


Demikian yang telah dijelaskan oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad selaku wakil kerajaan negeri kepada Warta Darul Aman selepas pertemuan tersebut.


"Sekiranya MoU dapat dilaksanakan secepat mungkin, Insyaallah perlancaran skim Takaful Kifalah ini akan di lancarkan pada awal tahun 2009 nanti," ujar beliau.


Begitu juga dengan negeri Perak jika tidak kerana karenah bahlol Umno bermamandakan kudeta Zambry, rakyat Perak telah lama menikmati manafaat Takaful Kifalah ;

IPOH, 10 Nov :- Kerajaan perak akan memperuntukan 1.o juta ringgit bagi memperkenalkan takaful kifalah bagi golongan warga emas miskin dinegeri Perak yang berumur 65 tahun keatas.Demikian antara isi Bajet 2009 yang dibentangkan oleh YAB menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin.
Skim tersebut akan memberi manfaat dengan sumbangan sebanyak RM 1000 akan diserahkan oleh waris simati.

Umno Kelantan pernah meniru dengan memperkenalkan produk takaful mereka sendiri untuk menyekat dan menyaingi Takaful Kifalah tapi akhirnya senjata makan tuan. Rakyat Kelantan bijak membaca helah dan tipudaya oleh Anuar Musa ;

Kenyataan ini dipetik dari sumber berita Sinar Harian 7 Nov 2007.

Skim perlindungan insurans Takaful Merdeka yang diperkenalkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan telahpun ditamatkan pada bulan September lalu. Ianya khusus diberi kepada ahli-ahli UMNO yang tujuan sebenarnya adalah untuk menyekat mereka dari menerima SkimTakaful Kifaalah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Semasa membahaskan ucapan bajet 2007 yang lalu, Ketua Pembangkang semasa itu, Datuk Seri Annuar Musa telah memperlekehkan Skim Kifaalah dengan macam-macam tuduhan liar yang tidak berasas. Antara nada yang diucapkan beliau semasa berceramah ialah;

“Sekarang, PAS sedang buat sistem Takaful Kifalah untuk rakyat berumur 60 tahun ke atas. PAS guna wang kerajaan negeri untuk berniaga nyawa si warga emas demi untuk memanjangkan hayat politiknya. Bila pencarum meninggal dunia, kerajaan negeri bayar kepada waris si mati. Semasa warga emas hidup, PAS tidak memberi bantuan, tetapi bila mati baru hendak dibantu. Lagipun, wang pampasan diberi kepada waris si mati. Ini bermakna warga emas tidak mendapat apa-apa faedah dari skim ini. Yang untung cuma warisnya sahaja. Lainlah dengan UMNO/BN yang membantu warga emas semasa mereka masih hidup. Kalau macam ni, buat apa PAS perlu kekal di Kelantan?”

Walau bagaimanapun, akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan mewujudkan Takaful Merdeka dan memberi tawaran kepada ahli UMNO supaya menyertainya. Apa yang jelas tujuan sebenarnya hanya untuk kepentingan pilihanraya pada masa itu semata-mata. BUKTInya skim itu kini telah ditamatkan.

Skim Takaful Kifaalah sekarang telah disertai oleh lebih dari 100 ribu orang rakyat Kelantan yang layak menerimanya. Walaupun menghadapi kesukaran untuk membiayainya, akan tetapi Kerajaan Kelantan tetap meneruskan skim kebajikan untuk rakyatnya.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET