Sewaktu ketegangan isu UG memihak pada Umno pelbagai pujian yang manis dari mulut hapak mereka menerpa ke pendengaran kita. Kelibat Muhyiddin, Hishamuddin dan beberapa orang elit Umno kerap terpampang di media-media ampu mereka memberikan kenyataan tentang UG.
Hari tu mereka puji macam-macam, ada yang katakan Pas ikhlas Pas jujur. Malah mereka bersedia duduk berbincang tanpa syarat. Itu sebenarnya strategi melumpuhkan Pas, orang No.2 Pas diperangkap dan kesannya pasti panjang tanpa kesudahan jika kita masih terpedaya dengan mesej-mesej yang telah siap ditulis atur oleh tokdalang Umno.
Jika rekod sebelum ini Umno belum pernah bersedia untuk bersemuka berdialog malah seringkali berhelah untuk melarikan diri dari berdebat dengan Pas, kenapa bila isu UG diwar-warkan tetiba Umno dengan tak malunya mengajak Pas duduk berbincang demi kepentingan rakyat dan orang Melayu.
Kalau diambil kira pengalaman lepas dari beberapa episod jemputan oleh Pas untuk berdebat, kenapa Umno berdalih walhal debat tersebut semuanya turut menyentuh isu mengenai rakyat dan orang Melayu.
Mujur dalam serba kekalutan ini kita cepat sedar dan tidak lagi menari mengikut rentak joget Umno. Kita membawa rentak nasyid sebagai alternatif kepada penyelesaian isu UG.
Dan kini Umno semakin panas menggelupur bagai cacing kepanasan akibat lukah yang mereka pasang rabak lagi. Walau umpan yang baik mereka letakkan tetapi 'mangsa' lukah lebih tahu akan isi disebalik umpan itu sebenarnya berintikan taik.
0 comments:
Post a Comment