Tuesday, June 30, 2009

Manusia Berkebinatangan

MasyaAllah. Kemana hilangnya fitrah kemanusiaan dalam sebahagian jiwa masyarakat hari ini? Apabila tiada petunjuk keIslaman maka ranaplah perisai keimanan dalam jiwa kita.


Banyak bukti Islam hadhari PakLah gagal membentuk masyarakat penyayang, sekadar indah khabar dari rupa. Kita dihidangkan lagi dengan perlakuan kebinatangan seorang wanita yang tidak selayaknya digelar ibu kerana membunuh bayinya sendiri.

Wanita rendam bayi sampai mati

KUANTAN 29 Jun – Jika haiwan sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita di sini.

Tidak diketahui ke mana hilang sifat keibuan wanita itu sehingga tergamak membunuh bayi sendiri.

Puncanya hanya kerana si ibu dikatakan tertekan dengan teman lelaki sehingga nekad merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan ke dalam baldi cat di sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut.

Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah dekat Rompin itu dipercayai baru dua hari menyewa bilik di wisma tersebut bersama seorang kenalan wanita untuk mencari kerja.

Mujurlah kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu disedari oleh beberapa penghuni rumah sewa yang terdengar tangisan bayi dari dalam tandas di wisma itu.

Wanita itu pada mulanya enggan membuka pintu walaupun didesak. Dia sebaliknya hanya berbuat demikian setelah kira-kira sejam. Itupun selepas bunyi tangisan bayinya yang terendam dalam baldi cat berisi air bersama tali pusat, tidak kedengaran lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET